Permintaan Penduduk Ditunaikan Hasrat Tecapai (Surau Al -Ikhwan Harus Dimanfaatkan Bersama)

Gombak – Gembira tidak terkira dihati penduduk sekitar Zon 11 yang meliputi penduduk Casmaria, Tmn Samudra, Flat Samudra, Fiona, Tmn Selasih Fasa 2 apabila hasrat penduduk sekitarnya telah mendapat kelulusan menunaikan solat jumaat di Surau Al-Ikhwan.

Berkata En. Yusri salah seorang penduduk sekitarnya melahirkan kesyukuran dan kegembiraanya kerana permohonan kami melalui Ustazah Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11 dalam Majlis Perasmian Surau Al-Izzah Bulan Mac yang lalu telah menjadi kenyataan, diatas segala usaha beliau dengan sedaya- upaya membantu menunaikan hasrat penduduk bagi menyediakan sebuah Masjid atau menaiktaraf salah satu surau yang sediaada untuk menunaikan solat jumaat, memandangkan kawasan Zon 11 mempunyai lebih kurang 16000 orang penduduk.

Katanya lagi, alhamdulilah kami sebagai penduduk di sini, kini boleh menarik nafas lega apabila masalah ini dapat diatasi dengan segera. Kalau tidak sebelum ini kami solat jauh daripada kawasan ini yang amat membimbangkan kami terutamanya keselamatan anak-anak yang masih peringkat umur 7 thn untuk bersama solat jumaat.

Jika mereka tidak bersama bapa /penjaga mereka, nyawa anak-anak ini amat membimbangkan. Kini kebimbangan tersebut tiada lagi kerana impian kami telah tercapai dan insya-ALLAH keselamatan anak-anak terjamin selain daripada itu tempat parking disini juga terjamin tanpa berlaku kemalangan.

Dengan kemudahan yang telah disediakan, alhamdulilah sudah hampir 5 kali kami dapat tunaikan solat jumaat disini dan hampir 2000 penduduk yang telah bersama menunaikan solat disini, alhamdulilah dan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada kedua pimpinan kami Y. B Dato’ Hasan dan Ustazah Khatifah yang telah menjalankan amanah dan memberi kerjasama dengan penduduk dengan sebaiknya di Dun Gombak Setia.

Sehubungan dengan itu, YB Dato’ Dr. Hassan Bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Surau Al-Ikhwan disini dengan menekankan tanggungjawab ibubapa/penjaga dalam mendidik anak-anak terutama dalam memberi penekanan bab-bab solat.

Solat anak-anak perlu diambil berat dari sudut bacaannya, sentiasa mengajak anak-anak turut serta dalam majlis ilmu di masjid/surau agar tidak ketinggalan dalam pengetahuan sudut ilmu fardhu ain.

Pendedahan ilmu agama perlu diberi kepada anak-anak, agar mereka tidak tersasar jauh daripada persimpangan. Jika kita tidak mendorong mendidik mereka daripada kecil sudah pasti anak-anak ini tidak mengenal siapakah penciptanya (ALLAH swt), tidak merasa bersalah apabila tidak menunaikan solat-solat fardhu, sedangkan solat fardhu adalah WAJIB bagi orang ISLAM untuk melaksanakannya.

Beliau berkata lagi, penduduk disini harus rasa bersyukur dengan kemudahan yang telah disediakan. Surau Al-Ikhwan yang telah diusahakan untuk mendapat kelulusan dengan mengadakan solat jumaat diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Surau /Masjid ini harus diimarahkan dengan berbagai program jangan sekali dibiarkan tiada sebarang aktiviti bersama rakyat.

Surau /Masjid bukan sahaja untuk tempat menunaikan solat malahan rumah ALLAH ini jika dimanfaatkan sebaiknya boleh digunakan dengan berbagai aktiviti yang berfaedah.

Selain mengimarahkan surau/masjid dengan majlis ilmu pihak pengurusan boleh juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengadakan musyawarah untuk berbincang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menarik generasi-generasi muda minat kepada surau/masjid.

“Jangan kita hanya buka surau/masjid kepada golongan tua sahaja. Tetapi harus dibuka dengan berbagai peringkat golongan agar rumah ALLAH ini dimanfaatkan sebaiknya”.

Beliau juga melahirkan syukurnya kerana ALLAH swt memudahkan urusannya dalam permohonan ini, atas kerjasama pihak JAIS dan Ustazah Khatifah yang telah melahirkan hasrat ini ketika Perasmian Penamaan Surau Al-Izzah yang lalu.

Rentetan daripada itulah, saya cuba membantu hasrat penduduk agar tercapai untuk mengadakan solat jumaat disini. Semoga usaha kami dalam membantu rakyat diterima ALLAH swt dan dimanfatkan sebaiknya oleh penduduk gombak katanya.

Ustazah Khatifah Zamani berkata semasa Perasmian Penamaan Surau Al-Izzah Mac, 2010 yang lalu, beliau mewakili pihak penduduk Zon 11 telah meminta pihak YB Dato’ agar dapat membantu memenuhi hasrat beliau bersama penduduk agar dikawasan yang telah diterajui olehnya diadakan sebuah Masjid atau menaiktaraf salah satu surau yang sediaada untuk menunaikan solat jumaat, memandangkan kawasan Zon 11 mempunyai lebih kurang 16000 orang penduduk.

“ Dahulunya, penduduk menunaikan solat jumaat di masjid Ar-Rahimah yang berada disebelah lebuhraya Karak. Keselamatan penduduk terutama anak-anak adalah merbahaya”.

Sebagai Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11, adalah 1 tanggungjawab saya untuk menyelesaikan masalah ini segera dan alhamdulilah permintaan penduduk dan hasrat saya agar surau Al-Ikhwan yang mempunyai Kawasan strategik dinaiktarafkan menjadi sebagai tempat solat jumaat untuk keselesaan penduduk Zon 11 telah mejadi kenyataan.

Terima kasih kepada Y. B Dato’ Hasan B. Mohd Ali / Adun Gombak Setia telah mengambil keperihatinan beliau dengan perhatian atas permohonan ini dan mempertimbangkan dengan sewajarnya bagi menyediakan kemudahan untuk umat ISLAM disini bagi menunaikan solat jumaat.

Semoga rakyat disini dapat manfaatkan sebaiknya dengan kemudahan yang telah kami usahakan dengan mendapat kelulusan daripada pihak JAIS atas usaha YB Dato’ Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor, katanya. ”

Editor :Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: