Pejabat Ahli Majlis MPS Zon 11 Mula Operasi

Gombak- Rakyat sekitar Zon 11 yang meliputi kawasan Casmaria Aprtment, Fiona, Tmn Samudra, Flat Samudra dan Tmn Selasih Fasa 2 menarik nafas lega ekoran Pej. Ahli Majlis MPS Zon 11 telahpun siap dibaik pulih setelah hampir 2bulan pejabat Ahli Majlis tidak beroperasi dikawasan ini akibat daripada serangan anai-anai menyebabkan struktur bahagian bumbung dan dinding telah rosak.


Menurut P.A Ahli Majlis MPS Zon 11, Khaulah Azwar berkata, alhamdulilah kerja-kerja baik pulih mengambil masa hampir 2 minggu sahaja dan kini Pejabat kami akan operasi kembali seperti sediakala.

Rakyat di Zon 11 tidak perlu risau lagi apabila setiap kali berhubung dengan saya asyik bertanyakan kedudukan Dewan dan tempoh siap baik pulih.

Penduduk boleh berurusan dengan pejabat kami seperti biasa kembali dan urusan penggunaan dewan untuk menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan disini boleh dijalankan tanpa ragu-ragu dan takut lagi, insya-ALLAH semua sudah selamat digunakan.

Walaubagaimanapun, saya juga mewakili pihak JKP Zon 11 memohon maaf kepada semua penduduk sekitar Zon 11 atas segala kesulitan yang dihadapi.

Kami faham penduduk dan penyewa tetap yang meggunakan Dewan Selasih sukar untuk menjalankan aktiviti harian mereka dan untuk menyewa dewan bagi mengadakan kenduri perkahwinan tidak dapat dijalankan disini.

Tetapi bukan atas kehendak kami, keadaan benar-benar tidak mengizinkan untuk kami membenarkan kepada semua penyewa bagi menjalankan aktiviti ketika itu. Semua aktiviti di Dewan terpaksa dibekukan untuk keselamatan pengguna sementara waktu sahaja.

Walaubaimanapun dalam tempoh baikpulih Pejabat Dan Dewan Selasih Penduduk, kami tetap beroperasi di Pej. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia & Pej. Sekolah Taski Muhaijirin.

Manakala untuk menyewa Dewan pula ketika itu, pengguna boleh sewa di Dewan Flat Samudra bawah pentadbiran Ahli Majlis MPS Zon 11 juga. Kami mengucapkan terima kasih kepada Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali/ Adun Gombak Setia  dan Sekolah Muhajirin yang telah menumpang kami di pej PKM dan Pej Sekolah Taski Muhajirin  Sementara menanti pejabat kami siap digunakan.

Kami mengambil inisatif untuk berada ditempat yang hampir dengan penduduk agar mereka boleh terus berurusan dengan mudah bersama kami disini.

Jika kami izinkan penduduk / penyewa meneruskan aktiviti dan membuat urusan di Pejabat kami, yang amat kami bimbang kesannya akan memberi kemudaratan kepada pengguna Dewan.

Kami tidak mahu hanya memungut keuntungan dengan mengambil sewa Dewan tetapi daripada sudut keselamatan pengguna Dewan tidak kami ambil berat dan risiko akan datang memberi kesan buruk kepada imej pentadbiran kami.
Jadi untuk kebaikan semua pihak, kami amat berharap penduduk memahami segala kesulitan dan situasi kami dalam menguruskan pentadbiran Dewan Selasih.

Berkata pula, Pn. Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS Zon 11/Pengerusi JKP “Saya amat berterima kasih kepada pihak MPS yang telah memberi kerjasama dengan saya untuk memperbaiki Dewan Masyarakat ini dengan secepat mungkin dan kini pejabat kami boleh beroperasi seperti sediakala”.

Walaubagaimanapun, saya juga mohon maaf kepa penduduk & pengguna tetap Dewan Selasih kerana tidak dapat menjalakan aktiviti mereka.

Saya mengerti kesulitan yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar dengan menggunakan dewan ini, aktiviti harian mereka terpaksa dibekukan sementara waktu kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.


Pejabat kami terpaksa ditutup pada awal  Bulan April sehingga Awal Bulan Jun, 2010 kerana bimbang sekiranya kami meneruskan operasi pejabat seperti biasa, jika penduduk sekitar Zon 11 datang berurusan sekira ditakdirkan bumbung yang telah reput dimakan anai-anai jatuh dikepala mereka yang pasti akan melibatkan kemalangan ataupun kehilangan nyawa.

Saya amat mengambil berat daripada aspek keselamatan pengguna dan tidak mahu berlaku perkara yang tak diingini.
Oleh itu, saya amat berharap dengan semua penduduk memahami situasi ini dengan sebaiknya untuk menjaga keselamatan kakitangan dan penduduk disini.

Alhamdulilah pejabat kami sudahpun dibaiki dan selamat digunakan seperti biasa kembali. Rakyat sekitar boleh berurusan dalam segala hal yang berkaitan Aduan, permohonan, Daftar Pemilih dan sebagainya di sini insya-allah, katanya dalam sesi temubual bersama akhbar.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: