Doa Iftitah Mampu Mengawal Diri Manusia Melakukan Kemungkaran


Gombak – Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia  di Surau Al-Falah baru -baru ini dengan menyentuh  Pengertian Doa Iftitah Dalam Solat,  Tanggungjawab AJK Masjid / Surau dalam menjaga kebersihan dirumah-rumah ALLAH, Tatacara Menjaga Kehormatan Masjid/surau dan kedudukan Ahli Masjid disisi ALLAH.

Dalam penyampaian kuliah tersebut beliau mengajak semua yang hadir agar memperhalusi pengertian Doa Iftitah dimana jika kita menghayati

“Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin”.

“Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri”.

Apabila kita hayati Doa tersebut maka sekali gus apa yang kita lakukan dalam ibadah kepada ALLAH adalah semata-mata keranaNya.

Sebelum kita berhadapan ALLAH swt  hendaklah memastikan diri kita dalam keadaan suci bersih daripada hadas dan pakaian yang kita pakai juga mestilah bersih daripada kotoran yang boleh membatalkan solat.

Dengan melakukan solat kita tidak melakukan perkara-perakara yang dimurkai oleh ALLAH swt dengan tidak mengambil rasuah, berjudi, membuat maksiat dan sebagainya dimana akan merosakkan imej negara.

Y. B Dato’ juga menekankan bab Amanah iaitu “setiap amanah yang diberikan oleh rakyat pada pimpinan, amanah ibubapa kepada anak-anak, amanah majikan kepada kakitangan hendaklah dilakasanakan dengan penuh ketulusan walaupun orang yang memberi amanah tidak melihat dengan mata kasar apabila tiada bersama kita tetapi harus kita ingat  ALLAH swt sentiasa berada memerhati kita, malaikat kiri dan kanan juga sentiasa mencatit amalan-amalan yang kita lakukan samada baik/buruk walaupun sekecil zarah”, katanya.

Selain daripada itu, Yb Dato’ Hasan juga  mengingatkan kepada semua jemaah yang hadir dalam kuliah tersebut dengan setiap amalan kita lakukan hanya untuk mencari keredhaan ALLAH swt, mengamalkan konsep hidup ISLAM secara keseluruhannya dengan mengikuti sunah-sunah nabi saw, sentiasa muhasabahkan diri, mengambil berat kepada ahli keluarga terutamanya ibubapa yang semakin tua. Dan sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-sunah untuk meneruskan kehidupan.

Tatacara menjaga kehormatan masjid

Y. B Dato’ mengajak semua yang hadir dalam kuliah dengan mengingati kata- kata Sheikh Abu Laits As-Samarqandi r.a. dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin menjelaskan bahawa menjaga kehormatan masjid itu ada 15 (lima belas) perkara diantaranya:

Kedudukan ahli Masjid disisi Allah



Bagaimana mulianya kedudukan orang yang hatinya mencintai masjid dapat kita perhatikan dalam sebuah hadith kudsi yang dimuatkan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin  karangan Imam Al-Ghazali bermaksud:

“Sesungguhnya hambaku yang amat aku sayangi ialah mereka yang berkasih-kasihan sebab cintakan aku, dan orang yang hatinya sentiasa bergantung dengan masjid serta orang yang memohon keampunan ku dihujung malam. Orang ini sentiasa aku ingat bila aku hendak menyiksa penduduk bumi lalu tak jadi aku lakukan. Aku hindarkan bencana berkenaan daripada mereka”.


Marilah bersama-sama kita meramaikan masjid dan surau masing-masing dengan membuangkan anggapan salah masyarakat Islam setempat yang membahagikan penduduk ditempatnya kepada dua golongan iaitu orang masjid dan orang tak kemasjid.

Sebenarnya setiap orang yang mengaku dirinya sebagai Islam perlu menjadikan dirinya sebagai orang masjid kerana matlamat hidup masing-masing adalah satu dan sama iaitu menyediakan bekalan sebanyak mungkin untuk mengadap Allah sesuai dengan hadith Rasulullah saw yang bermaksud:


“Orang yang bijak dikalangan umatku ialah mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling banyak menyediakan bekalan untuk dibawa mati”.

Suasana dalam masjid diakhir zaman

Dalam kitab Tanbihul Ghofilin, dicatitkan bahawa disuatu masa nanti akan wujud suasana yang tidak sihat dimasjid-masjid berdasarkan keterangan berikut:

1. Menurut Hassan Al-Basri bahawa Rasulullah saw bersabda,    Ertinya, Akan tiba atas umatku suatu zaman dimana perbualan mereka dimasjid-masjid mengenai urusan dunia. Mereka tidak dikehendaki oleh Allah. Oleh itu maka janganlah kamu duduk bersama mereka.

2.  Dalam suatu ucapannya, Saidina Ali bin Abu Thalib berkata maksudnya,Akan datang atas umat manusia suatu zaman, tidak tinggal lagi islam kecuali namanya, tidak tinggal Al-Quran kecuali tulisannya. Mereka membangunkan masjid-masjid tetapi kosong dari zikrullah, orang yang sangat merbahaya pada ketika itu ialah para ulamaknya. Dari mereka timbulnya fitnah dan kepada mereka kembalinya fitnah.

Sikap Manusia ketika berada dimasjid

Dalam kitan Tanbihul Ghofilin tertulis,

“Orang Munafik berada dimasjid ibarat burung didalam sangkar. Manakala orang Mukmin pula berada dimasjid laksana ikan dalam air”.


Semoga dengan ilmu yang telah disampaikan oleh Y. B Dato’ dalam kuliah nya memberi kesedaran kepada kita dan memperbaiki diri, amal kita yang sudah pasti banyak kekurangannya. Memperbaiki  bacaan dan menjaga mutu solat  kita agar solat kita diterima oleh ALLAH swt.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: