Petugas PAS Gombak Membantu SPR Untuk Daftar Pemilih

Gombak –  Cuti hujung minggu bukan hanya dibuangkan masa begitu sahaja tanpa mengisi akiviti-aktiviti yang berfaedah. Bagi yang tahu menilai masa dengan berharga mereka akan mengisi masa dengan sebaiknya.

Baru-baru ini Petugas-petugas PAS yang terdiri daripada muslimin dan muslimat telah bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia bagi membantu pihak SPR untuk membuat Daftar Pemilih kepada penduduk-penduduk gombak yang masih tidak berdaftar.

Menurut En Omar Satari Pegawai Khas PKM Dun Gombak Setia menyatakan operasi turun padang daripada rumah ke rumah di sekitar zon gombak telah bermula pada 25hb May, 2010 .

Tujuan utama adalah inisatif daripada PKM Dun Gombak Setia setelah berbincang dengan YB Dato’ Hasan Mohd Ali Adun Gombak Setia  untuk membantu pihak SPR dalam membuat Penyemakan Daftar Pemilih .   Aktiviti ini akan berterusan setiap hujung minggu.

Petugas-petugas kami  semua akan turun padang daripada rumah kerumah mengikut  zon di sekitar gombak dan insya-ALLAH kita akan membantu rakyat untuk mendaftarkan diri mereka sekiranya mereka masih belum mendaftarkan diri lagi.  Rakyat boleh mendaftarkan diri juga di Pejabat PKM Dun Gombak Setia, Pej Ahlli Majlis MPS Zon 11 di Tmn Selasih Fasa 2, Pejabat PAS Kaw. Gombak.

Berkata Y.B Dato’ Hasan  Mohd Ali, dalam mesyuarat bersama setiap hari selasa, beliau meminta agar semua petugas dapat membantu dan mencari inisatif lain untuk mendaftarkan rakyat agar mereka tidak ketinggalan untuk mengundi pada PRU ke 13.

“Kita tidak kisah siapa  dan parti apakah yang  mereka  hendak pilih, tetapi yang penting adalah  semua rakyat Wajib mendaftarkan diri kerana ini adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat m’sia”.

Rakyat berhak memilih siapakah pemimpin yang layak mentadbir negara ini dengan sebaiknya tanpa menjalankan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat sehingga boleh mencemarkan imej negara kita.

Rakyat harus memilih dengan bijak seperti apa yang termaktub dalam Al-Quran dalam memilih pemimpin antaranya adalah “Pemimpin yang beriman yang sentiasa berpandukan Al-Quran & Al – Sunah dalam mentadbir negara, beribawa, mendahulukan rakyat daripada kepentingan diri sendiri dan keluarga,  adil dalam memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengira parti dan bangsa dan lain-lain lagi”.

Oleh itu adalah wajar kepada kita menjalankan tangungjawab kita sebagai rakyat dengan cara mendaftarkan diri agar apabila tiba Pilihan Raya kita telah membuat keputusan sendiri bagi melihat negara m’sia ini ditadbir oleh siapakah yang layak menerajuinya.

Beliau berkata lagi, pihak kami  telah mengambil inisatif dengan  turun padang daripada rumah ke rumah , dan didapati  mendapat sambutan baik dan dapat kerjasama semua pihak.

Petugas-petugas terutamanya Muslimat mereka  paling banyak membantu dalam membuat kerja-kerja untuk bertemu penduduk. Tak semua orang mampu bertemu dengan penduduk, mengetuk pintu membuat rayuan dan sebagainya.

Inilah kelebihan muslimat yang kita hargai, tidak mengira penat lelah setelah penat bekerja di pejabat dan menjalankan tanggungjawab dirumah tetapi mereka masih mampu meluangkan masa tidak kira waktu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam jemaah dan membantu PKM Dun Gombak Setia  untuk megadakan aktiviti bersama rakyat.   Inilah hasil tarbiyah dan dakwah yang telah diserapkan dalam diri mereka melalui usrah-usrah yang dijalankan diperingkat Cawangan dan Dun.

Sehubungan itu, beliau juga melahirkan rasa syukurnya  kerana semua petugas  telah bekerjasama  tidak kira muslimin/muslimat yang telah banyak membantu beliau dalam menerajui Dun Gombak Setia. Semoga amalan yang dilakukan dinilai oleh ALLAH swt dan bekalan kita dalam menuju alam barzakh nanti, insya-ALLAH, katanya.

Editor : Khaulah Azwar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: