Mengekal Adat Istiadat Melayu

Mengekalkan Warisan Adat Istiadat Melayu bukan semudah itu jika tidak diambil berat oleh masyarakat. Oleh itu untuk mengekalkan warisan ini  Persatuan Kompang Ezhar telah mengambil inisatif untuk mengadakan Majlis  Latihan Gabungan Ezhar Zon Gombak.

Majlis tersebut telah diadakan  baru – baru ini di Balai Raya Kg Kerdas yang  telah mendapat sambutan daripada penduduk sekitarnya.

Kemeriahan majlis tersebut telah dirasmikan oleh  YB Dato’ Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Turut menghadirkan diri dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Persatuan Ezhar En. Johari , Pengerusi -Pengerusi Cawangan Persatuan Kompang Ezhar, Tok Empat Kg Tengah En Idrus Bin Md Yusof.

Sebanyak 4 cawangan di peringkat Zon Gombak yang telah berkejasama untuk memeriahkan majlis tersebut iaitu Cawangan Persatuan Kompang Ezhar  Bt 6 1/5 Gombak, Persatuan Kompang  Ezhar  Bt 9 Air Panas, Persatuan Kompang Ezhar Sinar Budi & Persatuan Kompang Sri Changkat.

Menurut Pn. Liza AJK Persatuan Ezhar Kompang Kg Tengah, tujuan mengadakan Majlis Perasmian Latihan Kompang Ezhar adalah untuk mengeratkan siraturrahim antara ahli- ahli persatuan cawangan kompang, memahirkan kemantapan pemain kompang dengan mengadakan latihan. Insya-ALLAH latihan ini akan diadakan antara cawangan-cawangan agar pemain kompang merasa yakin dan lebih  mahir apabila dijemput dalam sesuatu majlis rasmi.

Setakat ini, alhamdulilah seramai 170 orang yang telah menjadi ahli Kompang Ezhar. Didapati jumlah keahlian semakin meningkat.  Dan kita lihat anak-anak muda tidak kira samada muslimin/muslimat begitu berminat untuk menyertai persatuan ini, katanya.

Berkata Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali yang merupakan Penaung Persatuan Kompang Ezhar, alhamdulilah walaupun zaman semakin berkemajuan namun Adat Istiadat Melayu ini masih dikekalkan oleh generasi kita  sehingga kini. Dan diharap pada masa akan datang anak-anak generasi ini akan meneruskan warisan nenek moyang kita agar tidak dilenyapkan begitu sahaja.

Selain daripada itu, dengan penglibatan anak-anak muda dengan persatuan kompang mereka akan terbuka minda dengan mempelajari cara pukulan kompang yang betul mengikut rentak lagu-lagu yang telah terpilih.

Bukan itu sahaja, dengan penglibatan anak-anak muda dengan aktiviti  ini, sekali gus mereka dapat  mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan tidak melibatkan diri dengan merosakkan akidah mereka sendiri.

Penglibatan pergaulan yang tidak terbatas, kurang pendididkan & pengetahuan agama  juga,   pasti akan melibatkan gejala sosial yang semakin meningkat. Ini amat membimbangkan semua pihak  untuk mengatasi masalah ini lebih-lebih lagi  isu gejala sosial yang kita dapati terutamanya pengambilan dadah, pecah rumah, kes pembuangan bayi yang semakin hari semakin meningkat.

Sehingga kini, semua pihak masih tidak bertemu lagi formula untuk mengatasi masalah ini melainkan sikap tanggungjawab semua masyarakat  untuk membimbing, memberi teguran dengan menjalankan amal maaruf nahi mungkar, majlis-majlis ilmu agama juga yang seharusnya perlu ditingkatkan dalam setiap majlis tidak kira di sekolah, ipt dan surau/ masjid untuk mengingati antara satu sama lain, katanya.

Kesian apabila kita lihat anak-anak kecil yang tidak berdosa dibuang begtu sahaja, dibunuh dengan berbagai cara tanpa belas ehsan. Penglibatan remaja-remaja yang mengambil dadah sekali gus membuat masyarakat dan penduduk sekitar merasa tidak aman kerana timbulnya kecurian dan sebagainya. Inilah natijahnya jika kita memberi tumpuan pada anak-anak dan penglibatan remaja-remaja dengan mengadakan hubungan seksual dengan meletakkan nafsu dihadapan tanpa takut hukuman ALLAH yang akan diberi mungkin tidak terima didunia tetapi diakhirat nanti, setiap amal perbuatan kita akan di persoalkan.

Jadi amatlah wajar pada kita sebagai masyarakat terutamanya ibubapa /penjaga menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dengan berbagai aktiviti dan persatuan-persatuan yang mendatangkan kebaikkan pada mereka dan masyarakat.

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mengambil daya inisatif untuk membawa anak-anak mereka melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah, tidak diberi teguran dan peringatan  saya yakin anak-anak generasi kita akan tersasar lebih jauh kerana kehidupan mereka  tidak dikawal rapi akibat sikap kita sendiri, katanya dalam majlis tersebut.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur Persatuan Kompang Ezhar yang masih mengekalkan warisan ini dan berjaya mengumpulkan anak-anak muda, yang kita lihat hari ini begitu ramai menyertainya.

Semoga usaha murni ini diberkati ALLAH swt dan diharap pihak penganjur akan berusaha lebih gigih lagi dengan mengadakan aktiviti -aktiviti sampingan yang melibatkan adat istiadat melayu agar mereka tidak melupakan adat ini, katanya. dan terus menerus mengekalkannya walaupun kita tiada lagi didunia ini satu hari nanti.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: