Macam-Macam Masalah Kg Gombak Tengah Tambahan

Gombak – Hidup mesti diuji dengan kesusahan dan  ujian. Inilah didikan yang diberikan oleh ALLAH swt setiap hambanya. Dalam menguji iman dan ketaqwan kita kepadaNya, redha /tidak.

Setiap yang berlaku itu adalah cubitan kasih sayang ALLAH pada hambanya agar hamba-hambanya tidak jauh daripadaNya dan tersasar jauh dengan melakukan kesilapan. Dengan ujian ini juga menguji kepintaran individu bagaimana untuk berhadapan dengan setiap masalah diberi. Ketika inilah kecekapan minda, tenaga kita diuji oleh Rakyat kepada insan yang bergelar pimpinan samada menjadi Menteri Besar/Exco /Adun.

Bukan semudah itu untuk menjadi pimpinan yang beribawa, jika tidak mempunyai pengalaman, pengetahuan, kebijaksanaan  yang luas, sudah pasti akan tercicir dan dijatuhkan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu gunakan kebijaksaan yang diberikan oleh ALLAH swt kepada kita semua dengan sebaiknya dalam membuat sebarang keputusan. Samada keputusan yang dibuat akan mendatangkan kebaikan /keburukan  kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam masa pendek dan masa panjang.

Beginilah cara Y. B Dato’ Hasan B. Mohd Ali dalam menangani setiap aduan rakyat satu persatu yang timbul, akan diatasi dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, beliau telah menerima aduan ketidakpuasan hati penduduk Kg Gombak Tengah Tambahan. Mereka merasa tidak begitu selesa apabila berbagai masalah yang  telah dihadapi beberapa bulan.

Diantaranya adalah masalah  pembuangan sampah yang terletak berhampiran kawasan perumahan, Tekanan Air yang rendah dan Laluan Jalan Raya.

Wartawan PKM Dun Gombak Setia difahamkan oleh Pn. Rokian Hj Mahmud diantara wakil penduduk sekitarnya telah memaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menutup kawasan lapang ini lebih kurang 2 bulan yang lalu.

Rokiah berkata “Kami terpaksa membuat aduan kepada MPS kerana kami tidak tahan lagi dengan hidup bertemankan sampah sarap,  udara yang kurang sihat  dan tidak menyenangkan.

Bukan sahaja sampah sarap malahan berbagai sisa-sisa kotoran dan najis juga dibuang dikawasan ini yang tidak diangkat oleh MPS. Akibat  timbunan sampah yang tidak diangkat berbulan-bulan, saya yakin  sudah pasti udara yang tercemar, terdapat anasir-anasir tikus, ular, lalat telah bermaharajalela di sini, dan tidak mustahil suatu hari nanti akan berlaku berbagai penyakit,  jika masalah ini tidak diatasi dengan segera.

Ekoran daripada itu, didapati laluan pengaliran air juga terlalu lambat, berkemungkinan akibat daripada sisa-sisa pembuangan sampah tersebut yang menyebabkan saluran tekanan air tersumbat.

Selain daripada itu juga, laluan jalan raya daripada Kg Gombak Tengah Tambahan hendak menuju ke K.L  agak menyukarkan kami untuk mencari jalan pintas kerana terlalu jauh. Kami terpaksa melalui jalan Highway  UIA dan kawasan ini juga terlalu gelap. Mengambil masa pada kami untuk sampai ke rumah.

Kami telah membuat aduan kepada pihak MTD Capital Tol   agar pihak MTD Capital Tol  dapat mengambil tindakan ini untuk kegunaan pengguna jalan raya dan penduduk disini. Kami amat berharap agar diadakan jalan “U-turn” agar perjalanan kami tidak mengambil masa yang lama, tetapi amat mengecewakan kami jawapan yang diberikan oleh pihak MTD Capital Tol, kerana mereka mengatakan jika laluan ini dibuka dan dijadikan kawasan “U-Turn”  akan berlakunya kemalangan. Ini amat merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, ujar pihak MTD Capital Tol, kepada wakil penduduk  disitu, kata Rokiah dengan panjang lebar selepas pertemuan ketika dalam lawatan bersama Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali di Kawasan tersebut.

Setelah mendengar rintihan masalah penduduk Kg Gombak Tengah Tambahan Y.B Dato’ Hasan B. Mohd Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia, telah memberi pandangan dan meminta kerjasama kepada pihak MPS iaitu En. Shaarani agar pemungutan sampah dan pemantauan harus dilakukan secara berkala agar tidak berlakunya rungutan daripada penduduk.

“Kita tidak mahu masyarakat  merasa ketidakpuasan hati ekoran daripada khidmat yang diberikan oleh MPS, kerana masyarakat telah membuat bayaran cukai pintu, jadi kita  harus memberi khidmat yang baik kepada masyarakat.

Jika ini berterusan bukan sahaja masyarakat hidup dengan bertemankan sampah, apa yang kita lihat tekanan air juga telah menjadi lambat. Cuba kita semua bayangkan jika perkara ini berlaku ditempat kediaman kita sudah pasti akan memberi  stress  / tekanan hidup kepada kita juga, oleh itu saya amat berharap agar MPS & pihak Syabas dapat mengambil tindakan selanjutnya  agar masalah yang timbul ini dapat diatasi secepat mungkin, dan laporan hasil kerja tersebut, diharap dapat dihantar dalam meysuarat khas yang akan diadakan tidak lama lagi, katanya.

Bagi masalah laluan jalan raya, Y.B Dato’ Hasan  juga  amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh MTD Capital Tol, kerana didapati kawasan ini tidak sesuai dibukakan jalan dan diadakan “U-Turn”, kerana untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Katanya “Biar kita lambat sampai daripada kita menangung kemalangan yang meragut nyawa kita, ahli keluarga dan pengguna jalan raya yang lain”.

Y. B Dato’ Hasan amat berharap penduduk sekitar Kg Gombak Tengah Tambahan bersabar dan insya-ALLAH masalah ini akan kita selesai sebaiknya, dan saya juga amat berharap agar penduduk disini harus menerima pandangan daripada semua pihak untuk kebaikan bersama. Kita kena ambil positif juga bukan untuk kepentingan individu, katanya selepas membuat lawatan di kawasan tersebut.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: