ALLAHYARHAM RIDZUAN TELAH PULANG KERAHMATUALLAH

Gombak – Perginya tidak akan kembali lagi bagaikan 1 kehilangan kepada ahli keluarga Pn. Hamsiah apabila suami yang dikasihi telah pulang kerahmatuallah baru-baru ini.

Allahyarham Ridzuan telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dialami sekian lama.

Menurut Hamsiah suaminya telah dimasukkan ICU untuk rawatan selanjutnya namun ALLAH swt lebih menyayangi beliau.

Allahyarham Ridzuan yang meninggalkan balu dan 5 anaknya di kediaman Tmn Perwira 1, telah menerima kunjungan ziarah daripada Y.B Dato’ Hasan  / Adun Gombak Setia  bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Nazir Masjid Ar-Rahimah. Ucapan takziah  untuk ahli keluarga mereka.

YB Dato’ telah  menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada Hamsiah sebanyak RM1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB Dato’ bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia  dan Nazir Masjid Ar-Rahimah dapat memberi sedikit kekuatan  dan menenangkan keadaan.

Al-Fateha buat Allahyarham Ridzuan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan para solihin.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: