Degupan Jantungnya Lemah Namun Mampu Mengukir Sebuah Senyuman

Gombak – Nasib Ibu Tunggal yang menetap di Kg Kerdas 2  telah diserangi berbagai penyakit. Kadangkala beliau merasakan seperti nikmat kesihatan yang ALLAH swt berikan dahulu telah hilang.

Pn Saidah Abd Manap, 77 thn,   telah mendapat rawatan percuma melalui program ziarah medic anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia yang telah diadakan baru-baru ini.

Petugas-petugas sukarelawan telah turun padang untuk memberi khidmat kepada masyarakat Gombak di sekitar Kg Kerdas 2 untuk memeriksa  kesihatan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mahupun pemahaman politik yang berbeza.

Beliau yang dikategori Warga emas telah menerima rawatan perubatan daripada Doktor panel yang telah ditaklifkan oleh PKM DUN Gombak Setia.

Menurut Saidah, beliau telah mengalami sakit degupan jantung yang amat lemah semenjak 19thn yang lalu. Selain daripada itu, beliau juga disahkan oleh Doktor mengalami sakit Darah Tinggi, Kolestrol tinggi, pernah diserangi stroke selama sebulan. Alhamdulilah telah sembuh dengan membuat rawatan rapi di hospital dan rawatan tradisional, katanya.

Beliau yang merupakan ibu tunggal mempunyai 5 orang anak yang sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan beliau sepanjang ketiadaan suami disisi.  Beliau kini dijaga oleh anaknya iaitu En. Abu Bakar Samsuddin.

Kedatangan petugas & Doktor di rumah beliau telah disambut baik oleh ahli keluarga beliau, dan ketika perbualan jelas kelihatan ibu tunggal ini seperti benar kepenatan kerana degupan jantungnya yang agak lemah tidak mampu untuk beliau berkata terlalu banyak.

Saidah berkata “kadangkala iman yang lemah sering membuat hati saya bercelaru memikirkan kehidupan yang hanya tinggal berapa waktu sahaja, amal kebajikan masih tidak banyak dilakukan, dan apabila melihat anak-anak muda yang datang disini, terubat segala kesakitan. Alhamdulilah kalian dipilih ALLAH swt untuk membuat kebajikan kepada masyarakat diusia muda, semoga amalan diterima dengan linangan air mata, ujarnya kepada semua petugas”.

Disebalik raut wajah yang kelihatan kepenatan, beliau masih mampu mengukir sebuah senyuman dengan erti kata amat menyenangi kedatangan pihak penganjur dan merasa beryukurnya kepada ALLAH swt kerana  PKM Dun Gombak Setia yang mewakili Y.B Dato’ Hasan sudi  menziarahi beliau dirumahnya dengan memberi rawatan medic.

Saidah merasa terharu dengan penerimaan ziarah dan sumbangan ikhlas daripada Adun Gombak Setia bagi meringankan bebanan  beliau untuk membuat rawatan seterusnya di hospital.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: