Masih ada yang mengambil berat

Gombak – Masih ada yang mengambil berat dan keperihatinan terhadap kehidupan masyarakat yang kurang upaya miskin  dan kehidupan sederhana.

PKM Dun Gombak Setia telah mengunjungi beberapa kawasan setiap bulan bagi  membuat rawatan  kepada rakyat yang tidak berkemampuan  untuk menanggung  kos perubatan yang semakin hari semakin meningkat .

Walaupun kita di m’sia diwawarkan dengan adanya klinik 1 m’sia untuk  membantu rakyat, namun ianya tidak memberi kepuasan kepada rakyat berikutan dengan bekalan ubat  yang diberikan kepada klinik-klinik yang ditubuhkan tidak mengcukupi seperti berlaku di Titiwangsa dan beberapa kawasan.

Ekoran daripada itu, ramai rakyat membuat aduan apabila bekalan perubatan yang dibekalkan  tidak mengcukupi telah membuat mereka terpaksa mengambil ubat di farmasi yang memakan belanja yang banyak.

Retetan daripada itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia telah mengambil inisatif untuk memberi bantuan dan perhatian perubatan kepada warga emas , ibu tunggal dan pesakit-pesakit yang lain.

Lawatan Ziarah Medic yang telah berjalan Fasa ke 2,  telah diketuai oleh Pn. Nik Rusyidiah wakil daripada DMPG dan beberapa orang daripada Penghulu Kg serta petugas sukarelawan  untuk memberi khidmat amal kepada rakyat bagi mewakili Y.B Dato’ Hasan Mohd Ali yang tidak dapat bersama untuk turut  menghadirkan diri ketika ini kerana beliau menghadiri 1 program yang penting.

Menurut  Nik Rusydiah, lawatan ziarah medic ini telah berjalan pada bulan April baru-baru ini dan bulan ini merupakan fasa ke 2 untuk kita mengunjui rakyat yang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas bagi membantu mereka.

Bagi Fasa ke 1, seramai 60 pesakit telah kita kunjungi ke rumah mereka di kawasan Simpang 3, Kg Changkat, Sg Pusu, Bt 8 Gombak yang telah dihadiri oleh Doktor-doktor panel yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan.

Bagi Fasa ke 2  kawasan yang terlibat adalah di Kg. Kerdas 2 dan 3 . Didapati ramai rakyat yang berstatuskan ibu tunggal dan warga emas telah menerima rawatan percuma.

Katanya lagi, tujuan kita mengadakan lawatan ziarah medic adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang tidak berupaya dan tidak berkemampuan. Insya-ALLAH lawatan ziarah ini akan berjalan berterusan daripada 1 tempat ke tempat yang lain di sekitar gombak.

Pn. Fatimah Junin 68thn  darpada Kg kerdas3, yang telah menerima rawatan untuk mengubati penyakitnya iaitu   Tiroid. Beliau telah mengalami kesakitan ini selama 3bulan. Dengan penyakit yang ditanggung ini hati beliau sering menjadi rungsing dan kadangkala fikiran beliau menjadi buntu.

Menurut Doktor yang telah membuat rawatan keatas Pn. Fatimah, atas kebuntuan yang sering menghantui hati dan jiwanya membuatkan penyakitnya semakin menular. Kini Beliau disahkan oleh Doktor bahawa  Biji Mata beliau didapati  semakin hari semakin besar berkemungkinan gangguan saraf mata. Salah satu simtom-simptom tiroid juga.

Bagi pihak pengunjung yang telah membuat lawatan ziarah medic ini, terasa juga kesakitan yang dialami oleh Pn. Fatimah. Untuk meringankan bebanan mereka sekeluarga pihak PKM  Dun Gombak Setia telah memberikan sumbangan ikhlas dan rawatan percuma.

Semoga bantuan diberi akan meringankan bebanan mereka sesisi keluarga. kepulangan kakitangan PKM, petugas sukarelawan dan Doktor yang mengunjungi membuat hati beliau tersentuh, dan merasa terharu. Kesedihan dan kerisauan dihatinya telah disuntikkan dengan kata-kata semangat oleh Khaulah bagi meneruskan kehidupan.

Harapan pihak kami kepada ahli keluarga mereka agar sabar diatas ujian yang menimpa. Mohon pertolongan daripada ALLAH swt agar diberi kekuatan iman dan keredhaan diatas musibah yang menimpa.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: