Mesyuarat PIBG Sek. Sg Chincin mewujudkan hubungan 2 hala antara Pimpinan, Guru & Rakyat

Gombak – Sek.  Keb. Sg. Chincin telah mengadakan Mesyuarat  Agung Tahunan Persatuan Ibubapa  & Guru Kali ke 12  yang  telah diadakan di Dewan Utama SRA Integrasi Sg Chincin baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y. B . Dato Hasan B. Hj. Mohd Ali. Kedatangan beliau telah diadakan silat dan nasyid yang dipersembahkan oleh para pelajar sekolah berkenaan.

Tujuan Mesyuarat PIBG yang telah dilaksanakan baru-baru ini adalah untuk mengatasi masalah sekolah, displin, isu-isu berbangkit bagi meningkatkan prestasi pelajaran para pelajar  dan menaikkan imej sekolah yang lebih baik di kawasan gombak.

YB Dato’ berpendapat dengan adanya majlis mesyuarat PIBG tahunan di semua sekolah-sekolah, beliau yakin ini adalah masa yang terbaik antara ibubapa/penjaga dan guru -guru duduk bersama bagi membincang dan mengatasi  masalah-masalah yang timbul dengan  cara yang baik.

Beliau berharap pihak Sekolah sewajarnya kerap mengadaan perjumpaan ibubapa/penjaga dengan mengadakan berbagai program kerana disitulah wujud hubungan 2 hala antara guru dan ahli keluarga pelajar.

Selain daripada itu dengan adanya pertemuan dengan pihak sekolah, ahli keluarga pelajar dapat mengetahui perkembangan anak-anak jagaan mereka disekolah daripada segi akhlak, pelajaran, displin dan sebagainya.

Jika pihak sekolah tidak memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat bersama ibubapa/penjaga dan mengadakan program saya yakin ibubapa/penjaga tidak mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak, displin dan sebagainya.

Ibubapa/penjaga juga harus bekerjasama dalam apa juga  dan wajib menghadirkan diri setiap kali diadakan program bersama. Dengan adanya pertemuan, hubungan ukhwwah juga akan terjalin dan mengenali lebih dekat lagi.

Jika ibubapa/penjaga tidak memberi kerjasama ini pasti akan memberi kesan kepada pihak sekolah dan anak jagan mereka sendiri.

Oleh itu sewajarnya setiap sekolah harus berperanan menghidupkan organisasi sekolah, program pelajar bersama ibubapa/penjaga dan sebagainya bagi meningkatkan prestasi imej sekolah dan pelajaran anak-anak.

YB Dato’  Hasan juga telah memberi saranan  kepada  ibubapa/penjaga, agar  sentiasa memberi sebarang bentuk cadangan dan pandangan – pandangan  yang bernas  kepada pihak pengurusan sekolah untuk kebaikan sekolah dan anak-anak jagaan mereka, katanya dalam majlis mesyuarat PIBG kali ke 12.

Bagi memeriahkan suasana majlis ini, pihak penganjur juga telah mengadakan cabutan bertuah yang telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’. Terserlah kegembiraan dihati ibubapa/penjaga apabila majlis tersebut telah diadakan berbagai persembahan, pengisian bermakna yang telah disampaikan oleh YB Dato’.

Semoga majlis tersebut mampu mewujudkan hubungan 2 hala antara pimpinan, guru-guru dan rakyat, insya-ALLAH.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: