Tarikh keramat P094 – 3 Hari Lagi, Rakyat Hulu Selangor Menentukan Segalanya

  • 25 haribulan ini (Tinggal 3 hari) merupakan tarikh keramat bagi pegundi-pegundi di Hulu Selangor. Seluruh pengundi Hulu Selangor akan membuat keputusan siapakah bakal menjadi wakil mereka di parlimen. Siapakah bakal membela nasib mereka yang tidak dibela meskipun sudah lebih dari 50 tahun Malaysia merdeka.

    Kami diperingkat diperingkat saf pimpinan Parti ISLAM Semalaysia, menyeru kepada semua pengundi untuk memilih pemimpin yang terbaik.

    Pemimpin yang mampu mengangkat suara mereka yang selama ini tidak dihiraukan. Suara mereka yang selama ini di hanya dipandang sebelah mata.

    Pemimpin yang dipilih seharusnya adalah yang rapat dan dekat dengan mereka. Bukan sekadar hanya menabur janji-janji manis apabila pilihanraya diadakan. Selepas mereka (UMNO/BN)  menang mereka akan tinggalkan rakyat begitu sahaja seperti apa yang telah berlaku di Negeri Sembilan.

    Lihatlah keperitan guru-guru KAFA yang tidak terbela, lihatlah rakyat felda di sana telah ditindas dengan pemimpin mereka yang tidak menghiraukan kebajikan rakyat. Adakah rakyat m’sia peka dengan apa yang berlaku di negeri sembilan setelah ISA memperolehi kememangan PRK Negeri Sembilan yang lalu???.

    Apakah kebajikan yang telah dilakukan kepada rakyat??? Dimanakah laungan   1 m’sia yang UMNO/BN lakukan dengan mengutamakan rakyat????t.. pimpinan-pimpinan mereka sering memberi harapan palsu kepada rakyatnya. Adakah kita, rakyat seluruh m’sia harus menerima pentadbiran UMNO/BN di negara kita??

    Pemimpin yang baik juga adalah pemimpin yang sanggup berkorban demi rakyatnya. Pemimpin yang sanggup berubah perangainya dari seorang yang buruk akhlaknya kepada baik budi pekertinya.

    Lihatlah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup meninggalkan kemewahannya demi rakyat tercinta. Beliau juga tidak menggunakan harta kerajaan dalam urusan peribadinya.

    Pemimpin sebeginilah yang boleh dipercayai dalam membela rakyatnya. Bukan pemimpin yang gilakan harta. Mengambil harta kekayaan negara untuk kepentingan keluarga, kuncu-kuncu pimpinan UMNO/BN. Bahkan sanggup memakan harta rakyatnya demi kepentingan peribadinya.

    Hulu Selangor seharusnya menjadi medan terbaik bagi para pengundinya memilih pemimpin yang betul-betul mahu membela mereka. Seterusnya mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.

    Harapan kami diperingkat pimpinan PAS & kerajaan  PR, agar pengundi Hulu Selangor memilih pemimpin yang betul untuk membela mereka. Semoga keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor akan mengangkat kembali suara rakyat Hulu Selangor yang sekian lama terpinggir.

    Bagi YB Dato’ Hasan Mohd Ali, beliau juga menyeru semua petugas-petugas Gombak dan seluruh negara “ayuh bagunlah untuk turut bersama pejuang-pejuang ISLAM yang inginkan kebenaran untuk membantu rakyat dan mengnyahkan UMNO/BN yang telah membawa agen yahudi dengan melibatkan APCO di m’sia ini.

    Jangan sekali kita  tidak mengambil sikap peduli tidak melibatkan diri untuk turut membantu menyelamatkan negara kita dijajahi oleh  agen Yahudi ini serta memberi peluang kepada UMNO/BN mentadbir negara kita. Luangkan masa kita untuk pertahankan kemenangan di Selangor.

    Begitu penting sekali PRK Hulu Selangor ini pada kita semua, andai kita ditewaskan dengan UMNO/BN dengan hasil tipu daya mereka, maka akan terjadinya berbagai agenda yang berlaku dan memberi kesan amat buruk di negeri pakatan rakyat khususnya di negeri selangor yang telah kerajaan PR bangunkan dengan menaikkan ekonomi selangor.

    UMNO /BN begitu tersepit dan mereka akan melibatkan SPR, polis dan lain-lain untuk memastikan kemenangan mereka dalam PRK ini. Lihatlah  data-data pemilih pengundi juga telah banyak didapati berubah.

    Pengundi-pengundi telah dipindahkan tempat mengundi dan didapati rumah-rumah yang tidak wujud, ini menunjukkan betapa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolhi kemenangan.

    Oleh itu sama-samalah kita mohon pertolongan ALLAH swt dan saya amat berharap agar para pengundi P094 dapat membuat keputusan terbaik dalam p.raya ini.

    Jangan sekali termakan gulu-gula UMNO/BN berikan yang akan menjerat leher kita semua, ujarnya selepas penamaan calon diadakan baru-baru ini.

    DSAI yang turut bersama dalam pilihanraya ini telah memberi maklumat penting kepada semua yang hadir dalam penamaan calon dimana beliau telah mendedahkan segala kerja-kerja kejahatan UMNO/BN yang melibatkan rakyat m’sia.

    Insya-ALLAH kita akan buka segala rekod-rekod buruk pimpinan UMNO/BN apabila kita berjaya memerintah di m’sia ini dan heret mereka di putrajaya dalam himpunan yang akan kami adakan tidak lama lagi.

    Oleh itu, saya menyeru agar semua rakyat m’sia membuka mata, gunakan kebijaksanaan yang ALLAH swt berikan kepada kita untuk menilai dalam P094 dan PRU ke 13 nanti.


    Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: