3 Serangkai Sri Kandri bersatu hati untuk menghancurkan kezaliman UMNO/BN

3 parti yang diibarat seperti 3 serangkai semakin hari semakin  rapat & utuh apabila berganding bahu bekerjasama untuk  memastikan p.raya Hulu Selangor jatuh ditangan PR.

Pelancaran jentera pilihanraya wanita pakatan rakyat yang telah dilancarkan di Bandar Baru Btg Kali baru – baru ini, telah dirasmikan dengan begitu meriah sekali oleh Dato’ Sri W. Azizah W. Ismail.

Pelancaran tersebut telah dihadiri oleh dif-dif terhormat, YB Zailah Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff, YB Dr. Siti Mariah Mahmud, YB Teresa Kok, Hjh W. Hasrinah W. Hassan, Ustazah Mariam dan beberapa saf pimpinan PAS, DAP dan PKR.

Majlis pelancaran telah disempurnakan dengan diadakan ikrar petugas dan penyerahan  bendera 3 buah parti  tersebut.

Bacaaan Ikrar parti yang telah dibaca oleh semua petugas telah diiringi petugas Unit Bridged Amal Nisa’ Muda yag diketuai oleh Khaulah Azwar, Hasbiah, Petugas Unit Briged Amal Nisa’ Muda  dan wakil-wakil daripada parti PKR & DAP.

Menurut Dato’ Sri W. Azizah “Semua negeri yang hadir bersama meraikan pelancaran  Petugas telah berjanji akan menjalankan tugasan dengan sebaiknya bagi memastikan Calon PR094 Dato’ Zaid Ibrahim memenangai pertandingan ini dan sekali gus untuk memastikan kerajaan UMNO /BN akan jatuh pada PRK094 dan PRU ke 13 nanti”.

Insya-ALLAH yang penting kita semua sudah bersedia lebih awal bagi memastikan PRK berjalan dengan sempurna untuk menyokong parti yang dicalonkan dalam PRK ini.

Sama-samalah kita berusaha dengan gigih dan berserah kepada ALLAH swt, samada menang /kalah. Yang pasti kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai petugas dengan sebaiknya kepada 3 serangkai parti  bagi menyokong sepenuhnya kepada  calon yang bertanding, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: