P.Raya Hulu Selangor “UMNO/BN semakin rapuh, PR semakin Kuat”

Gombak – Sudah menjadi kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya kecil, disebuah kawasan pasti menjadi tumpuan diseluruh negeri untuk turut sama memberi sokongan kepada calon parti yang disokong.

Kalau dahulu kawasan tersebut yang dikatakan menjadi pekan koboi kerana tidak dikunjungi orang luar tetapi apabila berlaku pilihanraya kecil kawasan tersebut telah dipenuhi dengan berbagai ragam manusia dan seluruh negeri.

Begitulah yang terjadi di Hulu Selangor, suasana p.raya kecil kini semakin hari semakin sengit dengan 2 parti yang bertanding. Berbagai cara dilakukan oleh semua petugas untuk memastikan  calon parti tersebut menang dalam p.raya ini.

Salah satu di peringkat permulaan sebelum penamaan calon,  Kerajaan PR telah menyambut Ulangtahun Tawas kepada semua Ahli  TAWAS yang telah berlangsung  di Dewan Abd Hamid, Bandar Utama, Batang kali.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dif-dif terhormat puncuk pimpinan PR iaitu Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia YB. Dato’ Dr. Hasan B. Mohamed Ali,  Utz Nasharudin Mat Isa Ketua Pemuda PAS Pusat, Pengarah JPN Selangor En. Radhi Yusoff,  Pengarah P.Raya PKR En. Abdullah Sani, Ahli Majlis S.Alam Ustazah Mariam Abd Rashid, Ahli Majlis MPAJ Ustazah Hjh. W. Hasrinah, dan Calon PKR Dato’ Zaid Ibrahim bekas Menteri  di Jabatan Perdana Menteri.

En. Radhi telah memaklumkan kepada semua yang hadir, petugas dan Ahli-Ahli TAWAS bahawa PRK Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25hb April, 2010 akan menentukan corak politik di Hulu Selangor PRK094 yang mempunyai 47 buah UPU samada kemenangan akan berpihak kepada PR/UMNO. Jumlah keseluruhan pengundi adalah seramai 64,500.

Sebelum penamaan calon, didapati petugas jentera PR daripada PAS telah mula bergerak kehadapan untuk membantu  calon dan petugas PKR. Jumlah petugas hamper mencecah 2 ribu lebih. Beliau berkata “Saya yakin insya-ALLAH jentera PR akan meningkat dari hari kehari  bagi memastikan gerakkerja berjalan dengan lancar untuk berkempen di  Hulu Selangor”.

Kami merasa bersyukur kepada ALLAH swt  kerana sepanjang tempoh  untuk mengadakan PRK di Hulu Selangor didapati Jentera PR telah memainkan peranan masing-masing  untuk bekerjasama tanpa dipaksa. Mereka menghadirkan diri disini bagi menginfakkan seluruh tenaga dalam menjalankan gerakkerja demi memastikan PRK 094 akan memperolehi kemenangan pada PR.

Inilah kesan daripada tarbiyah yang diberikan kepada ahli-ahli PAS. Apabila kita telah faham konsep Amal Jamaei’ insya-ALLAH mereka tahu peranan masing-masing tanpa mengharapkan bayaran dalam melakasanakan tugas dan dihati –hati mereka niat semata-mata mencari keredhan ALLAH swt demi melihat kegemilangan kemenangan ISLAM dan untuk  membantu rakyat m’sia daripada ditindas oleh parti UMNNO/BN, katanya.

Sementara itu, YB Dato’ Dr. Hasan B. Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia  telah memaklumkan kepada semua yang hadir dalam majlis Ulangtahun Tawas bahawa “didapati rakyat di Hulu Selangor walaupun mereka daripada parti BN,  mereka   memberi maklum balas sokongan yang amat baik  kepada parti kita tidak kira samada pengundi muda/tua apabila mereka turut hadir dalam majlis/program PR adakan. Ini bermakna insya-ALLAH ada harapan mereka akan menerima parti PR dalam P.Raya ini”, katanya.

Semua Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dipertanggungjawab oleh puncuk pimpinan untuk bersama-sama membantu gerakkerja PRK P094 untuk mengadakan berbagai program bersama rakyat.

Dengan adanya program ini, kita juga akan memberi pendedahan kepada rakyat di Hulu Selangor hak keistimewaan kepada rakyat yang telah kita berikan di Selangor sepanjang 2 thn lebih memerintah.

Pendekatan kita kepada rakyat bukan sahaja berlaku p.raya umum/kecil. Tetapi kita   membantu rakyat setiap masa tidak kira bangsa dan agama,khidmat kami berada dimana-mana sahaja ujarnya.

Sementara itu Dato’ Zaid Ibrahim Calon parti Keadilan P094  (PKR), mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan penyokog  rakyat di seluruh negeri yang memberi sokongan padu pada beliau untuk bertanding dalam p.raya kecil ini.

Beliau berkata ” Insya-ALLAH saya akan bekerja dengan sungguh-sungguh untuk bersama kerajaan PR bagi membantu rakyat di Selangor”.

Walapun saya telah diprovokasi oleh pihak UMNO/BN dengan melemparkan berbagai fitnah namun saya terima dengan redha walaupun tidak benar , namun saya sentiasa berdoa semoga kebenaran diberi oleh ALLAH swt.

Saya bersyukur Tok guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang dan semua saf pimpinan PR memberi kepercayaan pada saya malahan sokongan mereka membuat saya benar-benar terharu. Perkara yang diprovokasikan oleh UMNO/BN menyatakan saya seorang kaki botol, sudah saya perjelaskan dan segala fitnah ini telah kita ketahui bahawa semua foto yang dibuat adalah satu rekacipta UMNO yang begitu kotor sekali.

Insya-ALLAH marilah kita bersama berdoa dan sentiasa mengadakan solat hajat semoga pertolongan diberi oleh ALLAH swt kepada kita semua dalam mentadbir negara m’sia ini daripada pimpinan yang amat zalim (UMNO/BN), katanya dalam majlis tersebut.

UMNO /BN sanggup buat apa sahaja untuk merampas negeri pakatan rakyat sedangkan mereka begitu rapuh dan tidak pandai mentadbir negeri sehinggakan ekonomi negara kita semakin turun.

Cuba kita lihat, dengan pentadbiran Kerajaan pakatan Rakyat kita dapati ekonomi semakin meningkat dengan kerjasama semua pimpinan yang beribawa, jujur dalam segala aspek.

Ini yang kita mahukan untuk memastikan rakyat terbela, negara aman daripada kejahatan-kejahatan UMNO/BN yang bekerjasama dengan Agen Yahudi (APCO). Semoga rakyat semua boleh menilai itu semua demi kebaikan rakyat dan anak-anak generasi muda akan datang.

Jika rakyat salah memilih ini adalah satu kesilapan yang besar. Sama-samalah kita terus berdoa semoga ALLAH swt beri petunjuk kepada semua pengundi di Hulu Selangor pada 25hb April ini, katanya.

Majlis Ulangtahun Tawas yang berlangsung meraikan anak-anak ahli tawas telah berjalan dengan lancar dengan meriahnya pada waktu malam, bersama pimpinan – pimpinan exco kerajaan negeri Selangor dengan menyampaikan sumbangan kepada ahli tawas.

Editor : Khaulah Azwar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: