Jentera PR harus bersatu hati “selamatkan Rakyat M’sia daripada pimpinan UMNO/BN”

Gombak – Suasana P. Raya Hulu Selangor semakin hari semakin hangat. Walaupun cuaca tidak begitu panas tetapi rentak arena politik telah membakar semangat  semua rakyat seluruh negeri di m’sia yang inginkan keadilan.

Dengan susunan strategik gerakkerja p.raya di Gombak yang telah di atur begitu cantik oleh semua Jawatankuasa JPN  yang diketuai oleh Pengarah JPN Selangor En. Radhi Yusoff, Ustazah Mariam Timb. Pengarah 4 JPN dan AJK DMPG, DPPG, Nisa Gombak telah membakar semangat jentera-jentera P.Raya Gombak untuk turut sama turun padang bagi memastikan Kemenangan PR akan berpihak di Hulu Selangor.

Menurut En. Radhi dalam  program melancarkan gerakkerja jentera pilihanraya di Dewan Orang Ramai Batang Kali baru-baru ini menyatakan keluasan  kedudukan Hulu Selangor adalah sama lebih kurang dengan keluasan Negeri Melaka. Jumlah pengundi adalah 6,450 orang di hulu selangor.

Oleh itu, beliau bersama semua pimpinan amat berharap agar semua penyokong PR haruslah bersatu hati untuk turut membantu kerja-kerja pengurusan p.raya dan memastikan parti UMNO/BN akan hancur lebur kerana diatas kezaliman mereka pada rakyat begitu ketara dan yang begitu amat kita kesali sebagai orang ISLAM, UMNO/BN telah terlibat dalam APCO (Israil) tetapi mereka bermati-matian menyatakan tidak terlibat dengan APCO.

Mereka beoleh menipu dengan mengadakan berbagai helah namun rakyat kini semakin bijak menilai dan kita akan pastikan segala rahsia kejahatan UMNO/BN akan terbongkar 1 persatu, insya-ALLAH.

Kita amat bimbang sekiranya APCO yang dibawa oleh UMNO / BN ke negara m’sia, akan datang memberi kesan buruk kepada masyarakat khususnya generasi anak-anak kita akan datang. Kita harus membuka mata pengundi dan memberi kefahaman yang dalam kepada semua pengundi mengenai APCO dan segala kejahatan mereka kepada rakyat.

Rakyat di Hulu Selangor dan seluruh m’sia harus peka betapa bahayanya  pimpinan-piminan UMNO/BN jika rakyat Hulu Selangor memberi peluang UMNO/BN mentadbir negara ini. Jika mereka berjaya dalam PRK Hulu Selangor bermakan mereka akan meneruskan agenda mereka untuk bekerjasama dengan Israil bermakna UMNO/BN bekerjasama dengan agen yahudi. Adakah kita sebagai rakyat ISLAM merelakan yahudi bersekutu dengan kita sedangkan mereka cuba sedaya upaya memusnahkan umat ISLAM.

Kita sendiri maklum Israil akan cuba sedaya – upaya untuk membunuh orang-orang ISLAM di negara-negara luar seperti yang telah berlaku di Palestin dan lain-lain.  Oleh itu adakah kita  rela  melihat Israil untuk memasuki m’sia dengan membawa sedikit demi sedikit agenda mereka.

“Kami dalam puncuk pimpinan PAS  menyeru sebagai orang ISLAM, kita semua dipertanggungjawabkan  untuk menjanlankan tanggungjawab ini dengan memberi kefahaman kepada pengundi di Hulu Selangor dan seluruh rakyat m’sia .  Bekerjalah sekuatnya untuk pertahankan kemenangan PRK ini demi menyelamatkan negara kita daripada menjadi mangsa UMNO/BN  yang bersekutu bersama Agen Yahudi”.

Katanya lagi, semua jentera diperingkat kawasan, cawangan dan negeri, harus meluangkan masa dan membuat susunan jadual berkala  agar jentera-jentera di cawangan dan kawasan dapat mengarahkan semua jentera yang membantu p.raya ini dapat berjalan dengan lancar dan bersistematik dengan mengamalkan konsep 3I (Ikhlas, Iktiqad dan Istiqama’) tanpa dipaksa untuk turun padang dalam memastikan PRK Hulu Selangor memperolehi kemenangan yang besar.

Jika kita amalkan 3I, insya-ALLAH amalan kita diterima ALLAH swt tidak kira menang/kalah dalam PRK di Hulu Selangor, katanya dalam memberi taklimat pelancaran gerak  kerja P. Raya yang telah Berjaya dilaksanakan baru-baru ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia YB Dato’ Hassan Bin Mohammed Ali berkata “p.raya di Hulu Selangor merupakan P.Raya yang amat penting bagi memastikan nasib rakyat terbela insya-ALLAH saya yakin pertolongan ALLAH swt diberi dengan kerjasama semua pihak”.

Tidak kira siapakah yang diletakkan untuk dijadikan calon pilihan raya kecil (PRK) ini, yang penting kita dalam Parti PR harus bersatu hati dengan mengikhlaskan hati kita untuk membantu kemenangan PR di kawasan Hulu Selangor. Selangor adalah milik kerajaan PR.

Selama Kerajaan PR memerintah 2 tahun lebih, kita dapati  nasib rakyat terbela apabila ekonomi di negeri selangor semakin hari semakin meningkat.

Dengan kebijaksanaan semua pimpinan di Negeri PR  telah membuatkan Sultan Selangor  begitu teruja dan puji dengan pentadbiran kerajaan PR khususnya di Negeri Selangor dan beberapa buah negeri kerajaan PR.

Dengan kejujuran, ketulusan, mengutamakan dan membela nasib rakyat hasilnya telah kita dapat iaitu Ekonomi kita meningkat daripada hari ke hari. Rakyat juga begitu berpuas hati. Ini yang kita mahukan dalam mentadbir negeri. Pimpinan yang jujur, beribawa dan membantu rakyat akan memberikan kepuasan kepada rakyat dengan khidmat kemasyarakatan yang diberikan.

Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pimpinan PR,  Sultan Selangor juga melihat  pemerintahan Kerajaan PR benar-benar membantu rakyat dengan MES (Menjana Ekonomi Selangor), memberi bantuan pelajar, Usia Emas, Tawas, memberi kelas tuisyen rakyat percuma kepada keluarga yang tidak berkemampuan dan lain-lain bagi mengurangkan  bebanan kepada rakyat yang tidak mampu untuk membiayai kos perbelanjaan semakin hari semakin meningkat dan sekali gus rakyat merasakan 1 bebanan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat.

Walaupun UMNO/BN sering dengan melaungkan 1 m’sia dengan mengutamakan rakyat namun ianya sebenarnya tidak membantu rakyat seperti apa yang telah kita rasakan dengan berbagai tekanan diberikan oleh kerajaan pusat kepada rakyat.

Namunpun begitu, kerajaan Negeri akan sedaya upaya   meneruskan agenda MES dengan berbagai agenda dalam memastikan nasib rakyat terbela, walaupun kerajaan Negeri diberi berbagai tekanan.

Dengan itu, untuk memastikan nasib rakyat terbela, pimpinan Kerajaan PR akan sedaya upaya membantu rakyat agar memastikan  agenda MES terus terlaksana walaupun kerajaan Pusat cuba sedaya upaya menggagalkan agenda ini dengan berbagai cara tetapi ianya tidak sedikit memberi gentar kepada pihak kerajaan pimpinan PR.

Oleh yang demikian, saya dan semua puncuk pimpinan PR menyeru dan amat berharap, kita semua dapat memainkan peranan sebaiknya dengan meneruskan gerakkerja kita dengan konsep 3I, bagi memastikan UMNO /BN tumbang dalam PRK kali ini, isnya-ALLAH, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: