Hidup Untuk memberi “Ceramah Motivasi Persatuan Ibu Tunggal Di raikan”

Gombak – Hidup untuk memberi. Maksud memberi bukan hanya dengan wang ringgit, tetapi memberi kalau diperhalusi akan memberi 1000 makna kepada penerima.

Berilah kegembiraan kepada orang sekeliling kita dengan mengembirakan hati mereka. Jika tidak mampu dengan wang ringgit, tetapi berilah kegembiraan dengan cara mendoakan kebahagiaan,  kejayaan dunia akhirat mereka.

Paling mudah adalah dengan memberi senyuman dan memenuhi setiap undangan diberi yang akan mengembirakan hati penerima dengan mengubat kesedihan, kekecewaan kepada mereka, yang apabila mereka melihat diri kita sudah pasti akan terhibur kerana permintaan mereka dipenuhi.

Undangan yang telah diberikan oleh Persatuan Ibu tunggal Gombak kepada YB Dato’ Hassan  untuk  menghadirkan diri beliau dalam memberi ceramah motivasi di Masjid Simpang 3 baru-baru ini telah dipenuhi bagi meraikan  persatuan kaum ibu  seramai 200 orang. Turut  menghadirkan diri dalam majlis tersebut YB Azmin Ali .

Untuk menolak adalah tidak wajar baginya kerana sebagai Adun beliau tidak akan mengecewakan permintaan rakyat. Dengan itulah penyusunan Jadual adalah penting agar segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun pada ketika ini YB Dato’  begitu sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab di Hulu Selangor untuk menjalankan tanggungjawab beliau bersama masyarakat  dan semua petugas di Hulu Selangor .

Pengisian yang disampaikan adalah dengan memberi  penekanan mengenai tentang  pentingnya hidup, dan kehidupan ini perlu diteruskan walaupun tanpa pasangan hidup.

Selain itu, YB Dato’ juga  memberi penekanan dalam aspek pendidikan anak-anak melalui pendekatan berunsur KEISLAMAN. Beliau  telah memberi suntikan perangsangan dan dorongan yang amat bermakna kepada persatuan ini bahawa kembali kepada ajaran Islam adalah kaedah yang paling sesuai dan diberkati dalam membangunkan keluarga sendiri.

Katanya lagi,  bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang ada, sedia membantu   golongan yang susah dan miskin di Selangor ini dengan melalui MES (Menjana Ekonomi Selangor).

Perjumpaan ini diakhiri dengan acara pemberian sumbangan saguhati  yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Hassan dan YB Azmin Ali untuk Persatuan tersebut dan juga jamuan ringan untuk dif-dif jemputan.

Editor :Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: