Rakyat Hulu Selangor Jangan termakan GULA-GULA UMNO

Gombak – Pilihan raya di Hulu Selangor telah menjadi perhatian seluruh rakyat di negeri selangor apabila bahang-bahang p.raya kecil sudah mula dirasakan.

Retetan daripada itu Timbalan ketua Penerangan PKM DUN Gombak Setia /P.A Ahli Majlis MPS Zon 11 berkata Semoga rakyat di Hulu Selangar tidak termakan janji manis & gula-gula UMNO berikan yang ternyata tiada kebenarannya.

Setiap P.Raya kecil inilah permainan mereka, samaada mereka menang/kalah janji manis mereka tidak akan ditunaikan.

Lihatlah perkembangan negeri Sembilan yang telah di main kotor oleh UMNO. berbagai janji manis mereka berikan kepada rakyat akan tetapi kini rakyat negeri sembilan diuji dengan berbagai-bagai oleh mereka.

Segala peruntukan yang dijanjikan tidak ditunai tetapi rakyat ditimpa dengan berbagai ujian dengan menanggung masalah atas ketidakbijaksaaan UMNO untuk menerajui negara.

Mereka dibebankan dengan berbagai risiko, seperti peruntukan gaji guru kafa tidak ditunaikan, bekalan air semakin tinggi dan lain-lain sehingga rakyat negeri sembilan menderita.

Beliau berkata, “ana ingin membuka mata rakyat di Gombak dan Semua pengungjung blog ana tidak kira dimana sahaja untuk melihat bagaimana Rakyat Desa Sri Makmur di Sri Gombak menderita apabila mereka tidak diberikan peruntukan sepanjang UMNO memerintah di Gombak dalam 50thn pemerintahan mereka. Kenyataan ini diberikan dalam liputan PKM bersama Sinar Harian  oleh Ketua PAS cawangan,  semasa merasmikan Cawangan Desa Sri Makmur baru-baru ini, ulasnya.

Malahan rakyat Desa Sri Makmur kesal dimana rumah kediaman mereka seperti duduk dalam sebuah kotak, insfrastruktur tidak dibuat, surau terbengkalai. UMNO membuat kerja separuh jalan semasa P.Raya Umum ke 12 yang lalu adalah semata-mata untuk merabuni mata rakyat, tetapi apabila PRU ke 12 berpihak kepada PR mereka biarkan semua projek terbengkalai begitu sahaja akhirnya penduduk menderita dan segala risiko menaiktaraf insfrastruktur dibuat sendiri dengan berpakat bersama semua penduduk untuk kumpulkan dana agar kerja-kerja menaiktaraf dilakukan segera walaupun peruntukkan tiada diberi.

Tetapi adakah penduduk disini berkemampuan untuk membangunkan kawasan tersebut kerana rata-ratanya penduduk disini tidak mempunyai pendapatan yang besar. Malahan pendapatan mereka sendiri hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Untuk membiayai pelajaran anak-anak dan belanja dapur kadangkala banyak tertangguh. Penjelasan tersebut telah diberikan oleh beberapa orang penduduk dan ketua kg Desa Sri Makmur sendiri.

Kini, Rakyat Desa Sri Makmur semua telah keluar parti BN kerana mereka telah hilang sabar dan jelek dengan segala janji-janji manis diberikan oleh UMNO kepada mereka.

UMNO Gombak semakin hari mereka merasa cemas apabila menerima maklumat penduduk sekitar Desa Sri Makmur telah keluar parti.

Ketua UMNO bahagian Gombak juga menafikan apabila penduduk di sini bertemu dengan mereka mengadu masalah ini dan memaklumkan Dewan Rakyat telah disewakan kepada orang indonesia.

Penafian yang dibuat telah dijawab oleh Ketua Kg & Ketua PAS Cawangan apabila mereka menyimpan surat menyurat permohonan dan segala urusan mereka ketika bertemu dengan ketua UMNO cawangan untuk menyelesaikan masalah penduduk.

Namun setiap kali ingin diadakan perjumpaan, mereka cuba membuat helah dan kerap kali mereka gagalkan pertemuan dengan penduduk, katanya.

Ketua PAS Cawangan Desa Sri Makmur berkata, sehingga kini penduduk sekitar kehilangan tempat untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan malahan semasa berlaku kebakaran penduduk sekitar kehilangan tempat berteduh.

Mereka berkata “nasib baik ada sebuah surau yang kecil walaupun insfrastruktur tersebut tidak dinaiktaraf. Dengan kehilangan Dewan Masyarakat, kini surau yang kecil dan tidak dinaiktaraf ini menjadi tempat untuk bermesyuarat dan solat jemaah yang hanya memuatkan 2 saf sahaja”.

Laluan jalan juga telalu sempit yang kerap berlaku kemalangan akibat penembungan kenderaan. Walaupun kami sering membuat aduan pada ketua UMNO cawangan semasa mereka memerintah tetapi aduan kami tidak diambil perhatian malahan rasa terlalu dingin oleh Adun UMNO Gombak dahulu, ini amat mengecewakan kami.

Atas keperitan dirasakan oleh Penduduk Desa Sri Makmur, penduduk disini semua keluar parti BN dan alhamdulilah penduduk sekitarnya telah memasuki ahli PAS apabila mereka melihat pentadbiran yang dibawa oleh PR di Negeri Selangor lebih baik daripada UMNO.

Sekali gus penduduk Desa Sri Makmur begitu teruja dengan pntadbiran yang dibawa oleh Adun Gombak Setia yang diterajui oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali.

Penduduk semakin yakin dengan pentadbiran di Gombak daripada UMNO yang dahulunya. Penduduk sendiri melihat YB Dato’ Hassan bersama pihak PKM Dun Gombak Setia, Ahli-ahli Majlis MPS Zon Gombak, MPS, JKR, wakil-wakil D. O daripada pejabat tanah, ketua-ketua kg. kerap kali turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Ini yang kami mahu kerana kami perlu pimpinan yang beribawa, akhlak pemimpin yang mulia, kebajikan rakyat terbela bukan hanya mementingkan keluarga kaum kerabat mereka sahaja tetapi membiarkan rakyat menderita. Dan ana rasa slogan 1 m’sia dengan rakyat didahulukan adalah tidak sesuai digunakan kerana kita tidak mahu hanya slogan yang begitu gah tetapi disebalik kegahan slogan tersebut tidak diperhalusi oleh UMNO untuk diguna pakai dalam negara kita jika kebajikan rakyat sebenaranya tidak terbela, ujar ketua kg dan Ketua PAS cawangan Desa Sri Makmur disini, katanya.

YB Dato’ Hassan yang telah merasmikan penubuhan PAS cawangan Sri Desa Makmur berkata Rakyat seharusnya meninggalkan parti BN/UMNO yang semakin hari semakin tenat dan memenatkan.

Parti tersebut ibarat seperti gelanggang padang yang telah rapuh dan tidak sesuai untuk digunakan lagi. Jika digunakan pasti pemain tersebut akan mendapat parah dan mengalami kemudaratan dalam diri mereka sendiri.

Beliau menyeru agar rakyat tidak kira dimana sahaja meninggalkan parti UMNO/BN yang tidak sesuai diikuti masa kini. Pentadbiran UMNO kini semakin menunjukkan mereka keadaan tersepit. Walaupun mereka membuat berbagai projek dan membuat aktiviti bersama rakyat dengan slogan 1 m’sia namun ianya tidak menepati citarasa pada rakyat semalaysia. Yang merasa kehebatan 1 m’sia hanya pada kaum kerabat dan kuncu – kuncu UMNO yang telah disogok untuk menyokong slogan tersebut.

YB Dato’ akan meminta pihak PKM Dun Gombak Setia untuk bersama turun padang akan untuk membantu rakyat disini untuk  bersama mengadakan gotong – royong kawasan tersebut. Daripada insfrastruktunya pula insya-ALLAH akan diambil perhatian untuk kita sama-sama nemperbaikikannya dengan menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang masih dipegang oleh UMNO lagi.

Jesturu itu, beliau meminta dan menyeru agar P.ilihan Raya Kecil di Hulu Selangor yang akan diadakan penamaan calon pada 17hb April, 2010 ini, meminta agar semua rakyat diseluruh negeri turun padang menyokong dan berkerjasama untuk memberi sokongan kepada parti kita. Sementara itu dalam menunggu hari mengundi pada 24hb April, 2010 ini agar semua jentera p.raya diseluruh negeri khususnya di Negeri Selangor dan Gombak dapat meluangkan masa dengan membuat susunan jentera dan strategi gerak gempur P.Raya ini untuk memastikan kemenangan berpihak kepada perjuangan ISLAM (PAS).

Insya-ALLAH semoga dengan usaha murni kita dalam melakukan setiap kerja, akan dinilai oleh ALLAH swt dan semoga niat yang ikhlas akan kita dapat natijahnya dengan memperolehi kemenangan yang besar selepas kita berusaha bersungguh-sungguh dan mengadakan solat hajat agar pertolongan ALLAH swt sentiasa diberi.

Walaupun kita lihat berbagai projek ditabur oleh UMNO dalam P. Raya kecil ini untuk mengaburi mata rakyat. Tetapi tidak bermakna rakyat akan memilih mereka, kerana rakyat kini semakin terbuka dengan isu-isu negara dan mereka boleh menilai sendiri siapakah yang benar dan siapakah yang salah dalam mentadbir negara kita.


Kita sendiri sudah maklum bahawa UMNO semakin hari ketandusan pimpinan dan calon yang beribawa. Insya-ALLAH dengan calon-calon kita yang beribawa setelah diberi amanah dalam perlantikan oleh syura semoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab ini sebaiknya dan sentiasa memberi komitment yang sangat tinggi kepada rakyat bukan sahaja semasa nak dekat pilihan raya tetapi tanggungjawab ini seharusnya dijalankan setelah kita diberi mandat apabila telah perolehi kemenangan dalam p.raya, ujarnya.

Sekarang rakyat Hulu Selangor diuji, semoga ujian diberi tidak akan memakan diri sendiri. Rakyat Hulu Selangor diminta jangan sekali kita makan gula-gula UMNO dengan banyaknya walaupun sebiji, kesan akan memakan diri sendiri apabila mereka tidak menunaikan kewajipan mereka sebagai pimpinan kepada rakyat.

Semoga Negeri dibawah pimpinan  PR yang telah dirampas secara haram oleh UMNO, royalti minyak di negeri Kelantan tidak dibayar oleh kerajaan Pusat (UMNO) kepada kerajaan negeri, pengundian yang telah diadakan di Negeri Sembilan secara tektik kotor mereka, akan membuka mata rakyat disini. Buatlah istikarah siapakah pemimpin yang layak menerajui negeri/ negara kita samada PR kecil/PRU ke 13 nanti diseluruh negara ini, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: