Warga Emas Bimbang Jika Lot Tanah Pusaka Tidak dapat dimiliki

Gombak – Kehadiran Warga Emas di pej PKM baru-baru ini telah mengurangkan sedikit kerisauan  Tn Hj. Harith Johari dan Hjh Rokiah Bt Long, apabila tanah yang diduduki selama 15thn akan mempunyai masalah untuk memiliki geran tanah pusaka kerana kesukaran Tn Tanah (Warga Indonesia) untuk membuat penamaan geran kepada setiap pembeli.

Tanah yang dimiliki  daripada Warga Indonesia di kediaman beliau Pinggiran 1 Sg. Chincin, telah di jual  kepada beberapa orang yang telah membeli lot rumah tersebut. Sebanyak 72 buah rumah yang terdapat dalam lot tanah berkenaan.

Tn. Tanah warga Indonersia berkenaan, menyatakan beliau telah berurusan dengan Pej. Tanah untuk menukar nama tetapi pihak pej tanah menyatakan tidak boleh dilakukan kerana beliau bukan warga M’sia. Sekiranya ingin ditukarkan nama, maka harus mencari orang tengah Warga M’sia yang menduduki kawasan tersebut untuk menjadi penama.

Tn Tanah meminta Tn Hj. Harith agar dapat membantu beliau menyelesaikan masalah ini kerana untuk memberi pecahan lot tanah kepada semua pembeli, tetapi Tn Hj Harith tidak berani melakukan perkara berkenaan memandangkan banyak perkara  dan “procedure” akan berlaku dan keadaan kesihatan beliau yang keuzuran menghadapi Diabetis membuat beliau tidak upaya untuk berurusan dengan mana-mana pihak agensi.

Tn Hj telah bersepakat bersama isteri beliau untuk meminta khidmat nasihat dan tindakan YB Dato’ Hassan / Adun Gombak Setia untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku.

Tindakan YB Dato’adalah  meminta En Kamarul daripada PKM  agar berhubung dengan pej. tanah untuk berbincang mengatasi masalah ini dengan segera.


Editor : Khaulah Azwar

PEKAWANIS Meraikan Fakir Miskin, Ibu tunggal Warga Emas

Gombak – Menjadi satu kelaziman setiap kali menjelangnya sesuatu perayaan masyarakat di negara ini tidak melupakan golongan kurang bernasib baik.

Pelbagai bantuan dan sumbangan dihulurkan bagi membolehkan golongan itu turut merasai kegembiraan.

Meneruskan tradisi itu, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) baru-baru ini mengadakan satu majlis khas bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 200 ibu tunggal dan 200 orang warga emas  dari 8 kawasan dewan undangan negeri (Dun) terpilih menerima sumbangan tersebut.

Continue reading

Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PSRA, PMR & Hari Kesihatan Percuma

Dengan Sukacitanya dijemput semua warga Dun Gombak Setia untuk bersama meraikan pelajar-pelajar cemerlang UPSR, PSRA, PMR dan Hari Kesihatan Rawatan percuma pada :-

Tarikh    : 13hb Mac, 2010

Tempat : Padang Pinggiran Batu Caves

Masa      : 09:00 pagi

Kehadiran amat dialukan bagi mengimarahkan majlis tersebut.

Gotong – Royong Bersepadu Menyatukan Bangsa

Gombak- Tanggungjawab Bersama, Kira-kira 250 penduduk Taman Samudera Utara, Selatan di Zon 11 bergotong-royong menggempur kawasan pembiakan aedes bagi memastikan kediaman mereka bersih sekali gus bebas daripada nyamuk tersebut.

Majis Gotong – Royong yang telah diadakan di Samudera Utara, Selatan merupakan kawasan terakhir di Zon 11 setelah 4 kawasan berjaya dilaksanakan.

Alhamdulilah kawasan ini didapati ramai penduduk yang hadir untuk turun bersama dalam menjayakan gotong royong bersepadu.

Continue reading

Majlis Perasmian Surau Al-‘Izzah memberi 1000 makna kepada penduduk Zon 11

Gombak – Mengingatimu ya Rasulllah masih terasa bahang-bahangnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal solih walaupun kelahirannya telah berlalu. Alhamdulilah Surau Al” Izzah di Tmn Selasih Fasa 2, Zon 11  telah meraikan majlis Maulidur Rasul  bagi merasmikan Penamaan Surau yang dahulunya adalah surau Al-Husna tetapi telah ditukar nama kepada Surau Al-‘Izzah.

Ini memandangkan terdapat 2 nama yang salah satunya telah digunakan untuk Masjid di Gombak. Atas nasihat pihak Jais,  disebabkan surau tersebut masih tidak didaftarkan, seharusnya ditukarkan nama.

Continue reading

Ceramah Maulidur Rasul dan Perasmian Surau Al-‘Izzah

Dengan segala sukacitanya dijemput semua warga gombak untuk bersama ke majlis sambutan Maulidur rasul dan Perasmian Penamaan Semula Surau Al-‘Izzah pada :-

Tarikh : 5hb Mac, 2010 (Jumaat)

Masa   : 7:00 mlm solat berjemaah

Tempat : Surau Al- ‘ Izzah Tmn Selasih Fasa 2, Bt Caves, Selangor

Penceramah : YB Dato’ Hassan Bin Mohamed Ali (Adun Gombak Setia)

Semoga kehadiran tuan/puan  dapat  menyerikan masjlis tersebut dan bersama – sama mengimarahkan majlis ILMU sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi mengingati jasa dan pengorbanan Nabi saw terhadap ummatnya.


Editor : Khaulah Azwar

Minda Mahir JKP Zon 11 Harumkan Nama Adun

Gombak – Pasukan Futsal Minda Mahir JKP Zon 11 telah mengharumkan nama Ahli Majlis, MPS Zon 11 dan Adun Gombak Setia apabila perlawanan Kejohanan Futsal 1 M’sia UKM di Kolej Tun Syed Nasir, pada akhir bulan Februari, 2010 telah mencatat sejarah yang besar bagi pasukan tersebut yang telah banyak kali mendapat jemputan perlawanan kejohanan diperingkat Kawasan/Negeri.

Continue reading