Kaum India sentiasa menyokong PR Gombak

Gombak – PKM Dun Gombak Setia dengan kerjasama JKP Zon 11,   telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan masyarakat India di Zon 11 di dalam satu majlis Ramah Mesra dan penerangan diadakan di Flat Tmn  Samudra baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia. Turut Hadir bersama Pn. Khatifah Zamani Bt. Sulong Ahli Majlis  MPS Zon 11 dan Tn. N. Gopalan Krishnan a/l Rajoo Ahli Majlis MPS Zon 15.

Tn. N. Gopalan  turut menyampaikan ucapan menaikkan semangat kepada kaum India yang hadir.

N. Gopalan mengingatkan masyarakat India agar terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat termasuk kaum India dapat dibela .

Beliau yakin dengan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat, Pakatan Rakyat akan  terus bertahan untuk memerintah negeri ini apabila pilihan raya PRU ke 13 akan diadakan, dan DUN Gombak Setia  juga dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11 merangkap Timb. Ketua Muslimat PAS Kaw. Gombak mewakili pimpinan PAS Kawasan Gombak, mengucapkan syabas kepada masyarakat India kerana keyakinan mereka untuk bersama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kita dapati sokongan rakyat disini sentiasa diberi dalam setiap program yang dianjurkan oleh JKP Zon 11, terima kasih atas segala sokongan padu  dan segala kerjasama diberikan.

Continue reading

Advertisements