UMNO GOMBAK GERUN DENGAN PKM DUN GOMBAK SETIA

Gombak – Pembangunan masyarakat dengan objektif untuk memupuk nilai positif, menyemai hidup berjiran dan mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang etnik serta menanam semangat berdikari akan terus dilaksanakan.

Pertemuan  Adun Gombak bersama penduduk  untuk memberi khidmat kepada masyarakat telah diadakan di PKM DUN Gombak Setia  bersama kakitangan dan agensi-agensi yang terlibat bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk.

Dengan kedatangan berbagai masyarakat tidak mengira bangsa dan agama telah membuatkan pihak lawan (UMNO) gombak semakin menjadi gerun lebih-lebih lagi apabila setiap hari tanpa mengira waktu pejabat PKM Dun Gombak Setia mendapat kunjungan dan tumpuan rakyat untuk mendapat khidmat  Adun.

Ketakutan ini telah membuatkan UMNO sering sahaja mencetuskan berbagai provokasi pada pihak Ahli Majlis MPS Zon Gombak dan kakitangan yang lain.  

Walaubagaimanapun bukan menjadi gentar kepada kakitangan apabila mendapat berbagai  ugutan. Bagi mereka ini adalah satu tarbiyah/ didikan yang ALLAH berikan pada  mereka untuk berhadapan dengan pihak lawan biarpun diberi berbagai fitnah, namun tidak akan berundur untuk meneruskan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat masyarakat.

Pertemuan YB Dato’ baru-baru ini bersama Ahli Majlis  MPS Zon  Gombak, Ketu-ketua Kg. Nazir, Polis,  PEKIM, MPS, Pej. Tanah, penduduk dan lain-lain agensi adalah  untuk mendapat kerjasama semua pihak untuk membantu rakyat yang merasakan diri mereka ditindas oleh golongan-golongan tertentu.

Alhamdulilah perjumpaan kali ini telah dapat menyelesaikan secara terbaik dalam 9 kes yang berkaitan dengan kehidupan harian pada setiap masyarakat diantaranya adalah Permohonan Penyelesaian urusan hak milik tanah, Permohonan milik tanah kawasan Buloh Akar Mukim Setapak, Aduan penduduk tanah secara tidak sah, aduan ancaman dan keselamatan, permohonan lesen perniagaan  dan lain-lain isu yang berbangkit.

YB Dato’ Hassan berkata, “Inilah peranan Pusat khidmat masyarakat (PKM)  di setiap negeri pakatan rakyat dalam menjaga kebajikan masyarakat.

Pusat Khidmat bukan hanya tempat meminta  atau menerima bantuan kewangan sahaja tetapi dengan adanya pusat khidmat ini, masyarakat boleh membuat pelbagai aduan, permohonan,  dan khidmat nasihat. Insya-ALLAH kakitangan yang dilantik akan memberi khidmat sebaiknya pada masyarakat walaupun parti yang berbeza”  ujarnya setiap kali mengadakan pertemuan bersama kakitangan dan pertemuan bersama rakyat.

Harus kita semua perhalusi maksud V I S I, MISI dan Objektif PKM Dun Negeri Selangor iaitu Visi  Selangor Negeri Idaman, Maju Dan Sejahtera, Misi Menguruskan Kesinambungan Kejayaan Negeri Maju Melalui Perkhidmatan Yang Mesra, Mudah, Cepat Dan Tangkas Selaras.

O B J E K T I F ›

Merancang dan mengendalikan urusan Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta hal ehwal Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan jabatan secara cekap, cepat dan berkesan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Timb. Penerangan PKM Dun Gombak Setia (Khaulah Azwar) menyatakan walaupun beliau sering sahaja menerima berbagai provokasi daripada pihak lawan  baginya itu perkara biasa namun dalam kebiasaan itu harus pihak kakitangan PKM, JKP setiap Zon Gombak, Jentera-jentera PAS memainkan peranan jangan kita hanya mendiamkan diri, perligatkan gerak kerja kita yang kini pihak lawan akan buat apa sahaja untuk merampas negeri pakatan rakyat kembali terutamanya Negeri Selangor sentiasa menjadi tumpuan dan Gombak adalah sasaran yang hebat.

“Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Selangor  sengaja digambarkan sebagai lemah, lesu dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat”.

“Bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap parti yang memerintah yang sengaja diputar belitkan oleh pihak tertentu, terutama isu-isu tempatan maka peranan Muslimat sangatlah penting,” ujarnya.

Ustazah Khatifah, turut menyeru agar Muslimat agar mengadakan perjumpaan yang lebih kerap lagi dan mengadakan berbagai program di masjid-masjid, hidupkan markaz-markaz  berdekatan supaya masyarakat mendapat manfaat dan muhibah daripada program berkenaan.

Menurut Khatifah, Ahli Majlis MPS  Zon 11 / Timb. Ketua Muslimat PAS Gombak , dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak menaruh dendam terhadap musuh politiknya, bahkan bersedia duduk berbincang mengenai kepentingan orang ramai bahkan beliau berkata sudah lali dengan propaganda yang dimainkan oleh UMNO, dan rasa tidak perlu dilayan. Kita teruskan kerja dan amanah yang diberikan oleh Pimpinan Kerajaan Negeri pada kita sebaiknya.

Mereka “jelous” pada parti PAS dan JKP Zon 11,  apabila dilihat kaw. gombak kerap mengadakan berbagai program bersama rakyat yang semakin hari mendapat sambutan baik pada masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

Mereka timbulkan berbagai propaganda buat kita jadi lemah tetapi insya-ALLAH, dengan kekuatan iman, kesatuan hati jemaah kita dalam bekerja mencari keredhaan ALLAH dengan menyampaikan dakwah dan berbagai informasi tidak membuat kita cepat melatah dan berundur sebaliknya mereka akan penat bercakap dan bertongkat dagu tepuk dahi sebab perang saraf mereka tidak menjadi, isnya-ALLAH.

Ini maknanya mereka jelous/irihati kerana tidak dapat memberi khidmat terbaik pada masyarakat semasa pemerintahan mereka. Mereka menyatakan PR memerintah hanya mengaut keuntungan tetapi itu adalah tanggapan yang salah sama sekali.

Tiada keuntungan yang kami ambil malahan apa yang kami dapat diberi kepada rakyat kerana itu hak rakyat. Yang mengaut keuntungan adalah pihak mereka semasa memerintah dengan mengambil kesempatan setiap keuntungan yang diberi dan akhirnya rakyat menangggung risiko atas sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Insya-ALLAH,  Tarbiyah dalam ahli jemaah PAS adalah sangat mantap sudah diajar dengan kesusahan setiap apa yang kita lakukan. Malahan setiap kali ingin mengadakan program dan PRU,  jemaah PAS bersatu hati sedaya upaya mencari jalan terbaik untuk mengumpul berbagai dana untuk buat persiapan.

Jadi inilah keistimewaan kita, itu sebab mereka sedaya upaya jatuhkan kita dalam PR, inilah ujian dan kita jangan mudah melatah dengan provokasi murahan mereka.

Inilah antara peluang kita mendampingi masyarakat setempat. Begitu juga dengan peranan Pusat Khidmat Masyarakat dan  JKP yang ditubuhkan setiap zon teruskan gerakkerja dengan mantap jangan terleka.

Saya lihat tiada ‘khidmat’ yang di sumbangkan selain sampul berisi  wang ehsan, menjaga  kebajikan rakyat. Maksud saya , biarlah masyarakat nampak  ‘peranan’ Pusat ini . Janganlah Pusat Khidmat Masyarakat ini jadi macam ‘Pusat’ diperut kita – tersorok dan dilindungi sebagai anggota ‘aurat’ tubuh badan kita!

Alangkah besarnya hati kita, apabila orang melihat kehebatan jemaah kita  yang selama ini  bercakap tentang :  NEGARA KEBAJIKAN ,  UKHWAH ISLAMIYAH , Berdetik dihati saya, agaknya, kalau anak kucing TOK Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang,  MB Nizar yang mati , tentu masing-masing akan berebut-rebut  berkejar  ke residensi MB untuk mengucapkan takziah  kepada mereka.

Memang kita hebat berkokok. Berkokoklah seterusnya hingga  saat umno menyembeleh kita semua ujarnya sambil tersenyum.

Editor : Khaulah Azwar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: