Warga Emas Bimbang Jika Lot Tanah Pusaka Tidak dapat dimiliki

Gombak – Kehadiran Warga Emas di pej PKM baru-baru ini telah mengurangkan sedikit kerisauan  Tn Hj. Harith Johari dan Hjh Rokiah Bt Long, apabila tanah yang diduduki selama 15thn akan mempunyai masalah untuk memiliki geran tanah pusaka kerana kesukaran Tn Tanah (Warga Indonesia) untuk membuat penamaan geran kepada setiap pembeli.

Tanah yang dimiliki  daripada Warga Indonesia di kediaman beliau Pinggiran 1 Sg. Chincin, telah di jual  kepada beberapa orang yang telah membeli lot rumah tersebut. Sebanyak 72 buah rumah yang terdapat dalam lot tanah berkenaan.

Tn. Tanah warga Indonersia berkenaan, menyatakan beliau telah berurusan dengan Pej. Tanah untuk menukar nama tetapi pihak pej tanah menyatakan tidak boleh dilakukan kerana beliau bukan warga M’sia. Sekiranya ingin ditukarkan nama, maka harus mencari orang tengah Warga M’sia yang menduduki kawasan tersebut untuk menjadi penama.

Tn Tanah meminta Tn Hj. Harith agar dapat membantu beliau menyelesaikan masalah ini kerana untuk memberi pecahan lot tanah kepada semua pembeli, tetapi Tn Hj Harith tidak berani melakukan perkara berkenaan memandangkan banyak perkara  dan “procedure” akan berlaku dan keadaan kesihatan beliau yang keuzuran menghadapi Diabetis membuat beliau tidak upaya untuk berurusan dengan mana-mana pihak agensi.

Tn Hj telah bersepakat bersama isteri beliau untuk meminta khidmat nasihat dan tindakan YB Dato’ Hassan / Adun Gombak Setia untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku.

Tindakan YB Dato’adalah  meminta En Kamarul daripada PKM  agar berhubung dengan pej. tanah untuk berbincang mengatasi masalah ini dengan segera.


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: