PEKAWANIS Meraikan Fakir Miskin, Ibu tunggal Warga Emas

Gombak – Menjadi satu kelaziman setiap kali menjelangnya sesuatu perayaan masyarakat di negara ini tidak melupakan golongan kurang bernasib baik.

Pelbagai bantuan dan sumbangan dihulurkan bagi membolehkan golongan itu turut merasai kegembiraan.

Meneruskan tradisi itu, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) baru-baru ini mengadakan satu majlis khas bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 200 ibu tunggal dan 200 orang warga emas  dari 8 kawasan dewan undangan negeri (Dun) terpilih menerima sumbangan tersebut.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan disempurnakan oleh YB Dato’ Hassan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia  dan semua Y.B yang terlibat dalam 8 Adun di Negeri Selangor berkenaan di Dewan Ahmad Razali, Ampang.

Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut.

Sementara itu, Pekawanis kini sedang giat membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat termiskin negeri Selangor khasnya golongan ibu tunggal melalui berbagai program kebajikan.

Sejak ia ditubuhkan pada Oktober 2008,lebih 600 orang ibu tunggal dan 800 orang anak yatim  di negeri ini diberikan pelbagai sumbangan.

KOLEKSI FOTO


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: