• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • PAS tidak menari gendang dipalu pihak lain February 27, 2020
      JAUH beza Tun dengan PAS sejauh langit dan bumi. PAS berpisah dengan Umno sejak tahun 1951. Sejak itu PAS bertarung dengan Umno selama 68 tahun. Manakala Tun yang pernah menjadi Presiden Umno yang paling lama berpisah dengan Umno pada Februari 2016. Usia permusuhan Tun dengan Umno hanya 4 atau 5 tahun. Jauh lebih singkat masanya […] The post PAS tidak menari […]
      Zaid Adhar
    • Kekeliruan Liberal mengenai hak bersuara February 27, 2020
      SITI KASIM (melalui NGO Maju) dilihat mempertahankan tindakan graduan UM yang didakwa menghina Naib Canselor UM dengan membawa pelekat ke dalam Dewan Konvo untuk mendesak pemimpin universiti meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’ dan ‘Ini Tanah Malaysia’. Sebahagian Liberal terkadang dilihat keliru dengan pengertian hak bers […]
      Zaid Adhar
    • Tun M mengadap YDPA sekali lagi February 27, 2020
      KUALA LUMPUR: Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara pada 11:59 tengahari. Tun Dr Mahathir hari ini sekali lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara masih belum dike […]
      Wan Nordin Wan Yaacob
    • Nafi cadang Muhyiddin, kekal mohon bubar Parlimen February 27, 2020
      KUALA LUMPUR: PAS menafikan sama sekali laporan media bahawa semua Ahli Parlimen parti ini dan Umno telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) dengan menamakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menyanggah laporan berita itu sebagai tidak benar sama sekali, bahkan menegaskan bahawa […]
      Izwan Abdul Halim
    • SPRM – Pantau setiap Ahli Parlimen February 27, 2020
      KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memantau rapi perkembangan politik semasa tanah air bagi mengesan jika ada mana-mana Ahli Parlimen yang terlibat dengan sebarang kesalahan rasuah. Beliau berharap tidak ada pemimpin yang diangkat menjadi kerajaan yan […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Persediaan menghadapi ujian yang perit February 27, 2020
      KEGOYANGAN prinsip (1) Sebelum ini saya ada menulis mengenai kegoyangan prinsip, khususnya di akhir zaman. Prinsip yang tak kukuh digambarkan di dalam hadis Nabi S.A.W sebagai penyakit Umat akhir zaman. [1] Nabi S.A.W bersabda; بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِن […]
      Zaid Adhar
  • Archives

  • March 2010
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Online

    website stats
  • Meta

Majlis Perasmian Surau Al-‘Izzah memberi 1000 makna kepada penduduk Zon 11

Gombak – Mengingatimu ya Rasulllah masih terasa bahang-bahangnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal solih walaupun kelahirannya telah berlalu. Alhamdulilah Surau Al” Izzah di Tmn Selasih Fasa 2, Zon 11  telah meraikan majlis Maulidur Rasul  bagi merasmikan Penamaan Surau yang dahulunya adalah surau Al-Husna tetapi telah ditukar nama kepada Surau Al-‘Izzah.

Ini memandangkan terdapat 2 nama yang salah satunya telah digunakan untuk Masjid di Gombak. Atas nasihat pihak Jais,  disebabkan surau tersebut masih tidak didaftarkan, seharusnya ditukarkan nama.

Pengerusi Surau, Tn Hj. Mat Desa berkata surau ini dahulunya amat usang selama 14thn tidak dinaiktaraf. Tetapi alhamdulilah atas kerjasama sumbangan yang diberikan oleh pihak consultanat perumahan, Ahli Majlis MPS  Zon 11 dan penduduk sekitar maka surau ini dapat dinaiktaraf.

Ilham dan pemandangan yang begitu cantik, menarik telah diberikan oleh ALLAH swt kepada En Husaini Bin Mat Dahlan bersama Isterinya ketika menunaikan Umrah baru-baru ini.

En. Husaini menyatakan apabila beliau berada disana tiba-tiba beliau ternampak surau Al-Husna yang begitu usang dan tidak dinaiktaraf sekian lamanya. Apabila beliau balik ketanah air, beliau telah bermusyawarah bersama AJK Surau untuk sama-sama menaiktaraf surau tersebut. Alhamdulilah ALLAH swt permudahkan urusan kami semua sehinggakan wujudnya keindahan mimbar dan pemandangan ala’ Madinah. Semoga ILHAM yang ALLAH kurniakan saya bersama isteri disana dapat dikongsi bersama semua penduduk sekitar untuk kita sama-sama mengimarahkan surau ini, ujarnya dengan kesayuan dan menitis air mata ketika itu yang mungkin adalah satu tangisan kegembiraan untuk kongsi bersama.

Majlis perasmian Surau Al-“Izzah telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali,  Adun Gombak Setia. Turut menghadirkan diri Ustazah Khatifah Zamani Binti Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11.

Bagi menyerikan majlis ini agar mendapat keberkatannya, pihak penganjur telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul bagi mengingati jasa Nabi Muhammad saw terhadap ummatnya. YB Dato’ telah menekankan beberapa aspek iaitu akhlak Nabi saw yang harus dicontohi oleh ummatnya yang semakin hari semakin pudar, Beri makan kepada fakir miskin dan kasihkan mereka, Sebarkan Salam dan eratkan silaturrahim, Hidupkan majlis ilmu dirumah-rumah ibadah (Masjid/Surau) .

Masyarakat diminta berpegang  teguh kepada 2 Kitab yang harus kita amal dan ikuti iaitu Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan mahupun mentadbir negeri.  Beliau berkata, Akhlak Nabi saw terletak dalam Al-Quran. Nabi saw adalah seorang yang pemurah dan amat penyayang.  Rumah tangga yang diberkati apabila wujudnya kasih sayang, solat berjemaah, mengambil berat antara satu sama lain dalam ahli keluarga, masyarakat sekitar akan selamat,  damai jika kawasan tersebut terdapat Majlis/surau yang mengimarahkan dengan majlis-majlis ilmu serta adanya pemimpin yang beriman dan adil pada masyarakat dengan mengikut syariatnya yang disarankan oleh Nabi saw, ujarnya dalam masjlis  ceramah tersebut.

Untuk memeriahkan masjlis Maulidur Rasul ini, pihak penganjur surau,  telah meminta Ustazah Khatifah Zamani Sulong yang menerajui kawasan Zon 11 sebagai Ahli majlis MPS/Pengerusi JKP Zon11 untuk berucap sepatah 2 kata dan berkongsi pendapat .

Ustazah Khatifah, melahirkan kesyukuran dan kegembiraannya apabila kawasan yang diterajuinya  (Zon 11) telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul sebanyak 2x disurau-surau kawasannya bagi meraikan majlis yang amat bermakna kepada ummat ISLAM. Beliau bersyukur masyarakat sekitarnya bermurah hati untuk menginfaqkan wang, tenaga untuk bersatu hati menaiktaraf surau sebagai  rumah ibadah untuk kegunaan masyarakat sekitar. Ini merupakan amal jariah bagi semua penderma. Pahalanya akan didapati oleh mereka apabila digunakan oleh orang lain. Semoga dimanfaatkan sebaiknya, insya-ALLAH.

Berita Gembira Buat Penduduk Flat Samudera

Dikesempatan ini juga, Ustazah Khatifah telah memaklumkan kepada penduduk sekitar bahawa insya-ALLAH, Flat Tmn Samudera akan diwarnai kehidupan baru iaitu pihak Exco perumahan telah bersetuju untuk memberi sumbangan dalam bentuk cat. Urusan  mengecat dan lain-lain urusan yang bersangkutan kawasan perumahan tersebut akan diuruskan oleh pihak JKP Zon 11 dengan penglibatan semua penduduk samada pemilik rumah ataupun penyewa. Diharap semua pihak dapat memberi kerjasama kepada pihak JKP Zon 11 dan Exco Perumahan yang telah bersetuju untuk memenuhi permintaan penduduk Flat Tmn Samudera.

Kerjasama ini harus dimainkan oleh semua penduduk tersebut, bagi keselesaan mereka sendiri lebih-lebih lagi apabila dilihat kawasan tersebut yang jelas kelihatan suram, kotor dan terdapat anasir-anasir makhluk asing seperti tikus dan lain-lain yang menggelikan penduduk dan orang luar yang hadir untuk mengunjungi kawasan tersebut, katanya.

Selain daripada itu, Ustazah Khatifah Zamani juga mewakili pihak penduduk Zon 11 telah meminta pihak YB Dato’ dapat membantu memenuhi hasrat beliau bersama penduduk agar dikawasan yang telah diterajui olehnya diadakan sebuah Masjid atau  menaiktaraf salah satu  surau yang sediaada untuk menunaikan solat jumaat, memandangkan kawasan Zon 11 mempunyai lebih kurang 16000 orang penduduk.  Buat masa sekarang ini, penduduk menunaikan solat jumaat di masjid Ar-Rahimah yang berada disebelah lebuhraya Karak.

Beliau sentiasa melihat pemasalahan ini setiap kali diadakan solat jumaat,  penduduk tidak begitu selesa dan keselamatan mereka tidak terjamin memandangkan  laluan lintas yang sentiasa sibuk. Ibubapa amat risau dan berat hati untuk melepaskan anak-anak ke masjid yang jauh diluar kawasan Zon 11. Kadangkala anak-anak menyatakan “mereka  tidak solat jumaat kerana masjid jauh dan berbagai alasan dibuat sedangkan kita sudah maklum solat jumaat adalah 1 kewajipan bagi orang mukmin lelaki melainkan perkara-perkara tidak dapat dielakkan maka dimaafkan. Tetapi adakah disebabkan masalah yang dihadapi  ini harus meninggalkan solat jumaat begitu sahaja”.

Jadi sebagai Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11, adalah 1 tanggungjawab saya untuk menyelesaikan masalah ini segera dan saya amat berharap agar surau Al-Ikhwan yang mempunyai Kawasan strategik dinaiktarafkan menjadi  sebagai tempat solat jumaat untuk keselesaan penduduk Zon 11, MPS. Semoga permohonan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya oleh YB Dato’ sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk diusulkan kepada pihak berkuasa, katanya dalam majlis yang penuh keberkatan yang disaksikan oleh semua penduduk. ”

YB Dato’ menyatakan insya-ALLAH, beliau akan mengambil tindakan segera dan akan menyemak kembali kepada pihak JAIS mengenai hal tersebut dan untuk mendaftarkan surau Al-‘Izzah secepat mungkin. Semoga tindakan kedua pihak pimpinan ini memberi keselesaan dan kegembiraan penduduk Zon 11 yang menghadiri majlis ini.

Penduduk Zon 11 telah diraikan dengan makan malam bersama  tetamu-tetamu terhormat YB Dato’ Hassan, Adun Gombak Setia dan Ustazah Khatidah Zamani, Ahli Majlis MPS.

Pihak penganjur surau,  telah menyampaikan hadiah cenderahati kepada YB Dato’ dan  Ustazah Khatifah yang telah banyak membantu masyarakat gombak dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan insfrastruktur, sampah dan lain-lain.

Pengerusi surau berkata, sebagai penghargaan buat mereka yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan sangat komited dalam mentadbir Negeri Selangor ini.


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: