Gotong – Royong Bersepadu Menyatukan Bangsa

Gombak- Tanggungjawab Bersama, Kira-kira 250 penduduk Taman Samudera Utara, Selatan di Zon 11 bergotong-royong menggempur kawasan pembiakan aedes bagi memastikan kediaman mereka bersih sekali gus bebas daripada nyamuk tersebut.

Majis Gotong – Royong yang telah diadakan di Samudera Utara, Selatan merupakan kawasan terakhir di Zon 11 setelah 4 kawasan berjaya dilaksanakan.

Alhamdulilah kawasan ini didapati ramai penduduk yang hadir untuk turun bersama dalam menjayakan gotong royong bersepadu.

Continue reading

Majlis Perasmian Surau Al-‘Izzah memberi 1000 makna kepada penduduk Zon 11

Gombak – Mengingatimu ya Rasulllah masih terasa bahang-bahangnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal solih walaupun kelahirannya telah berlalu. Alhamdulilah Surau Al” Izzah di Tmn Selasih Fasa 2, Zon 11  telah meraikan majlis Maulidur Rasul  bagi merasmikan Penamaan Surau yang dahulunya adalah surau Al-Husna tetapi telah ditukar nama kepada Surau Al-‘Izzah.

Ini memandangkan terdapat 2 nama yang salah satunya telah digunakan untuk Masjid di Gombak. Atas nasihat pihak Jais,  disebabkan surau tersebut masih tidak didaftarkan, seharusnya ditukarkan nama.

Continue reading