Tertubuhnya Pasukan Futsal JKP Zon 11 DUN Gombak Setia

Gombak – Geopolitik dan sosio-budaya mampu menjadi kurang stabil disebabkan berbagai cabaran dan ancaman semasa yang berbagai.

Justeru itu, berlaku berbagai kegiatan yang tidak sihat seperti ketagihan dadah, budaya melepak, maksiat, mat rempit dan lain-lain lagi yang telah lama berleluasa di kawasan ini. Salah satu punca yang telah dikenal pasti membawa kepada masalah ini ialah kerana kurangnya aktiviti sihat yang diceburi oleh remaja dan belia di masa lapang mereka.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, JKP Zon 11 telah mengambil berbagai inisatif untuk mengatasi masalah gejala sosial dengan mendekati remaja / belia.

Pengerusi JKP Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong berkata, setelah menubuhkan Organisasi Keselamatan bagi mencegah maksiat dan jenayah, pihak kami akan mengorak langkah ke hadapan untuk meneruskan tanggungjawab kami sebagai JKP yang telah diberi mandat sepenuhnya oleh pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan MPS.

Di antara langkah tersebut adalah dengan menubuhkan pasukan futsal (Minda Mahir JKP Zon 11) yang telah saya berikan mandat kepada Ketua Pemuda JKP Zon 11, En Azlan Mohd Omar dan En Abd Aziz Aban.

Sentiasa memberi sokongan padu pada generasi muda

Beliau berkata, pasukan futsal yang telah diberikan nama Minda Mahir JKP Zon 11 telah lama ditubuhkan, iaitu sejak 5 tahun yang lalu, cuma pergerakan mereka bukan di bawah pertubuhan organisasi seperti JKP. Mereka bergerak aktif secara individu yang tidak berdaftar di bawah organisasi. Pasukan ini mempunyai 32 orang pemain yang terdiri daripada tiga kategori iaitu senior, bawah 17 tahun dan 14 tahun.

Alhamdulilah, semenjak saya dilantik sebagai Ahli Majlis di Zon 11, saya telah memberi peluang kepada mereka untuk bergerak lebih aktif kerana saya lihat bakat mereka terserlah dalam arena sukan, dan insya-ALLAH saya akan memantau pergerakan aktiviti mereka dengan sebaiknya.

Pengurus Pasukan Hampir Kecewa

En. Azlan Omar berkata, sebelum ini pihak kami tidak tahu kepada siapakah tempat untuk kami rujuk bagi mendapatkan peruntukan setiap kali perlawanan diadakan. Apa yang kami lakukan adalah atas usaha sendiri untuk membawa generasi muda dalam aktiviti sihat.

Alhamdulilah, mungkin rezeki saya untuk mengatasi masalah kewangan bagi menubuhkan pasukan futsal. Hampir-hampir saya rasa kecewa apabila memikirkan masalah ini. Kadangkala faktor kewangan tidak menggalakkan, membuatkan saya putus asa untuk menguruskan pasukan ini dengan baik.

Memang benar kata orang “berusaha sungguh-sungguh dalam melakukan apa juga, doa jangan sekali kita putuskan dengan mengharap keredhaan dan pertolongan ALLAH”. Akhirnya saya menemui jalan penyelesaian, apabila 1 hari saya telah melibatkan diri dengan Rehlah Mahabbah yang dianjurkan oleh JKP Zon 11. Dengan itu saya cuba mendapatkan berbagai informasi mengenai JKP ini.

Saya difahamkan JKP Zon 11 yang telah dipengerusikan oleh Pn. Khatifah Zamani bergerak aktif dengan mengadakan berbagai aktiviti sihat dalam mendekati masyarakat sekeliling. Oleh itu saya sentiasa mengikuti perkembangan JKP ini. Dengan tidak disangka, selepas seminggu program rehlah, saya telah mendapat tawaran daripada JKP Zon 11 untuk menyertai organisasi tersebut.

Ibarat bulan jatuh ke riba juga, mungkin doa saya selama ini telah didengar ALLAH untuk menyelesaikan masalah pasukan kami. Peluang yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin demi generasi muda, agar melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, terus sentiasa berusaha membawa mereka mendekati ALLAH swt. Apa yang telah membuatkan hati saya terpaut di Zon 11 ini adalah pentadbiran yang dilakukan oleh Pn Khatifah, kakitangan, semua AJK JKP beliau yang menjalankan tugas dengan profesional dan efektif. Justeru itu saya menerima tawaran menjadi AJK JKP Zon 11 yang telah ditawarkan oleh beliau.

Saya telah diberi mandat sepenuhnya oleh Pn. Khatifah untuk terlibat dalam PBT/MPS dengan mengadakan berbagai aktiviti sukan. Hati saya begitu gembira dan kegembiraan ini saya kongsi bersama dengan sahabat-sahabat JKP Zon 11.

Harapan saya, pasukan futsal ini akan sentiasa menjadi JOHAN dalam setiap kejohanan yang disertai, samada peringkat kawasan / negeri bagi menaikkan nama JKP Zon 11 dan Adun Gombak Setia yang diterajui oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali.

Alhamdulilah setelah saya menguruskan pasukan Minda Mahir JKP Zon 11 sebanyak 5 kali pasukan kami telah menyertai kejohanan futsal seperti berikut yang telah mengharumkan nama JKP Zon 11 dan Adun:-

1. Kejohanan Piala Ketua Pemuda PAS Cawangan pada 31/1/10 di Sport Planet,Ampang di mana pasukan layak hingga ke pusingan 2;

2. Kejohanan Futsal i-metro bawah 17 Zon Tengah pada 7/2/10 di de Stadium, Subang Jaya di mana pasukan layak hingga ke pusingan ke 4;

3. Kejohanan Futsal Zon PBT 6 pada 7/2/10 di Sport Seven, Wangsa Maju di mana pasukan layak hingga ke pusingan suku akhir.

4. Kejohanan Futsal Karnival Putrajaya (bawah 17 tahun) di Presint 2, Putrajaya pada 20-21/2/2010 di mana berjaya menduduki tempat ke 3,

5. Kejohanan Futsal 1 Malaysia UKM di Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur pada 28/2/2010 di mana menyapu bersih dua tempat teratas, iaitu sebagai johan dan naib johan.

Alhamdulilah kejayaan di tangan Minda Mahir JKP Zon 11 Dun Gombak Setia. Semoga kejayaan kami dapat dikongsi bersama Pengerusi dan semua AJK JKP Zon 11 & Adun Gombak Setia sebagai membalas jasa mereka yang sentiasa memberi sokongan padu dan kepercayaan pada pasukan ini.

Harapan Pengurus  Pada Ahli Majlis MPS Zon 11 & Adun Gombak Setia

“Selaku Ketua Pemuda JKP Zon 11, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menangani gejala negatif yang melibatkan belia dan remaja. Justeru, saya amat berharap agar cadangan yang telah saya kemukakan bersama Pn Khatifah dan YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali untuk menyediakan kemudahan riadah, sukan dan rekreasi. Secantik-cantik adalah kawasan yang berdekatan dengan surau/masjid bagi menggalakkan mereka dalam ibadat setelah beriadah, yang kemudiannya akan disusuli dengan inisiatif terancang oleh pelbagai institusi setempat seperti NGO dan pertubuhan belia mampu untuk membendung masalah ini. Semoga harapan kami untuk menyelamat generasi muda daripada terlibat dengan gejala sosial dan maksiat akan tercapai dengan sokongan semua pihak.

Dengan adanya pusat seperti ini, pihak saya dan Jawatankuasa Penduduk Zon 11 berharap, ia dapat dijadikan platform kepada remaja dan belia di kawasan ini supaya mereka dapat menjalankan aktiviti sihat di masa lapang mereka, katanya.

Selanjutnya beliau berkata, misi kami adalah menyertai pelbagai peringkat kejohanan futsal dan mengadakan latihan futsal berterusan di samping program keagamaan dan program-program lain dapat diserapkan dalam jiwa mereka yang perlukan bimbingan rohani dan jasmani. Anak-anak muda yang berada bersama kami adalah yang masih perlu bimbingan, perlu didekati dengan melalui tarbiyah daripada kami, insya-ALLAH semoga peranan kami bersama JKP Zon 11 akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada YB Dato’ Hassan bagi menangani masalah gejala sosial.

Visi kami pula adalah menaikkan nama JKP Zon11 & Dun Gombak Setia sebagai zon yang paling aktif mengadakan pelbagai program sukan, menarik remaja dan mendekati masyarakat sekeliling ke arah aktiviti sihat dan menyahut seruan amalan gaya hidup sihat dengan menjulang semangat kesukanan dan ukhuwah ISLAMIAH. Semoga mereka adalah generasi yang mempunyai akhlak yang mulia dan menjadi pemimpin akan datang, ujarnya sambil tersenyum dalam sesi pertandingan perlawanan futsal baru-baru ini.

Editor : Khaulah Azwar


















Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: