Adun Ziarah Warga Emas

Gombak- Lawatan YB Dato’ kepada seorang warga Emas berusia 74thn  di kg. Changkat yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Beliau adalah Allahyarham En. Jaafar Abd Rahman yang mengalami sakit tua.

YB Dato’ telah  menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada ahli keluarga beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.

Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dapat memberi sedikit kekuatan  dan menenangkan keadaan.

Selepas mengunjungi keluarga arwah, YB Dato’ melawat En. Amiruddin Ismail, 54thn yang megalami sakit tua. Beliau duduk di Kg Changkat.

Sumbangan telah diberikan oleh YB Dato’ kepada beliau untuk membuat rawatan perubatan. Semoga dengan bantuan diberikan akan mengurangkan bebanan keluarga beliau untuk menampung kos perubatan.

Editor : Khaulah Azwar

Advertisements

Maulidur Rasul Gombak membentuk 1 ummah

Gombak – Sempena hari kebesaran dan mengenang jasa Nabi Muhammad saw, YB. Dato’ Hassan  yang merupakan EXCO Kerajan Negeri Selangor, Pengerusi  Jawatankuasa  Tetap Hal Ehwal ISLAM Adat-adat Melayu Infrastruktur Dan Kemudahan Awam telah turun padang dengan membuat lawatan semua masjid, surau dan beberapa kawasan untuk bersama masyarakat gombak  tanpa mengira parti.

Y.B Dato’ berkata, tujuan menyambut hari kebesaran Nabi Muhammad saw adalah “ kerana hendak mengingati hari kelahiran, perjuangan, pengorbanan baginda bersama sahabat-sahabat baginda yang tidak mampu kita bayar. Hakikat ingat ke Nabi saw, ini tidak boleh sekali setahun begitu, tetapi sepanjang masa kita mesti ingat. Mengamal ajaran dan sunnahnya malahan ikutilah akidah dan akhlak baginda yang merupakan contoh terbaik pada kita. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulidur Rasul”.

Continue reading