MAULIDUR RASUL GOMBAK MERIAH

Gombak- Kecintaan kita sebagai ummat ISLAM terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw telah disambut begitu meriah sekali disetiap kawasan dan negeri seluruh m’sia.

Sambutan ini telah diadakan dengan berbagai program yang telah disusunkan oleh semua pihak Masjid, Surau, PKM setiap Zon, Jawatan Kuasa Penduduk (JKP), malahan ada juga syarikat-syarikat organisasi menyambut Kelahiran Nabi saw, di Pejabat untuk bersama kakitangan mereka.

Tujuan untuk Meraikan Kelahiran Nabi Saw adalah agar kita sebagai ummatnya mengenangkan jasa baginda yang tidak termampu untuk kita membalasnya kerana sifat peribadi baginda yang sanggup megorbankan diri sendiri untuk ummatnya sebagai bukti kasih sayang baginda.

Tanpa disedari, baginda telah meninggalkan kita semua 1400thn yang lalu, namun namanya sentiasa terukir didada dan mulut bagi orang-orang yang beriman dengan mengamalkan ajarannya.

Bagi Pihak YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia yang telah memantau dan menyertai Majlis Maulidur Rasul di Gombak dengan menziarahi Masjid, Surau dan Kawasan -kawasan sekitarnya dan beliau sangat menggalakkan majlis kebesaran ini diadakan setiap kawasan dan seluruh negeri bagi mengenangkan jasa Nabi Muhamad saw dan disinilah persaudaraan sesama insan terjalin lebih rapat lagi.

Beliau berkata, Sempena kelahiran baginda saw, YB Dato’ dapat merasakan kemeriahan ini apabila di lihat kawasan Gombak telah menjadi tumpuan pesta ibadat dengan mengadakan ceramah, qiammulail, mengadakan perarakan Maulidur Rasul dengan memberi dan memuji Kebesaran ALLAH swt dan Nabi Muhammad saw walaupun baginda tiada disisi kita. Semoga dengan meraikan kelahiran baginda saw, mengamalkan sunah dan mengikuti ajaran menjadi satu pembalasan kita terhadap pengorbanan baginda yang tidak mampu kita bayar walaupun dengan wang ringgit.

Malahan, Kemeriahan ini telah diserikan lagi dengan Kesenian ISLAM yang telah dilaksanakan oleh Penduduk Casmaria Pangsapuri dengan kerjasama JKP Zon 11 untuk mengadakan program bersama Masyarakat sekitarnya yang telah dirasmikan oleh Ustazah Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis, MPS Zon 11.

Turut menghadiri majlis Kesenian ISLAM adalah En. Samusudin B. A. Rahman Ahli Majlis MPS Zon 24 dan beberapa saf pimpinan PAS Kaw Gombak. Dengan adanya program sedemikian ukhwah antara pimpinan dan masyarakat akan terjalin.

Terdapat berbagai program yang diadakan seperti pertandingan Hafazan, Nasyid, Bacaan Al-Quran, Selawat Keatas junjungan Besar Nabi Muhammad saw beramai-ramai yang telah disertai oleh penduduk Casmaria di sekitar Zon 11.

Suasana Kesenian ISLAM di Zon 11 mejadi meriah lagi apabila diadakan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustazah Khatifah kepada penduduk sekitar yang hadir dalam majlis tersebut dengan membuka minda kepada masyarakat agar bangun daripada lamunan yang panjang kerana kita sebagai umat ISLAM semakin jauh daripada Nabi Muhammad saw untuk mengikuti ajaran baginda.

Selain daripada itu, penduduk diajak mengimbau kembali sirah perjuangan baginda bersama sahabat-sahabat mereka untuk ISLAM sehingga penyebaran dakwah ISLAM tersebar luas di pelusuk dunia. Tetapi sayang, diatas pegorbanan baginda dan shabat-sahabat baginda yang tidak terbalas, kini kita sendiri sebagai ummatnya telah merosakkannya dan menolak hukum ISLAM. Kita mengatakan diri kita ISLAM tetapi adakah kita benar-benar ISLAM secara totally dengan mengamal perintah ALLAH swt dan menerima perjuangan ISLAM??

Kita sanggup melakukan berbagai propaganda sehingga imej ISLAM tercalar yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab sehingga bangsa lain memandang ISLAM dengan sinis sekali. Adakah pengakuan ISLAM hanya pada dibibir sahaja, sedangkan hati kita tidak kepada ISLAM?? Tepuk dada tanya iman kita.

Ramai umat ISLAM menyatakan kita menyintai Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda tetapi adakah kita sedar bahawa ramai antara kita tidak menyintainya sepenuh hati. Ini jelas terbukti apabila kita sebagai orang ISLAM telah menolak ajaran dan sunnah baginda malahan kebanyakkan kita begitu berani menolak perjuangan ISLAM dengan mengatakan Ulama’ yang bukan-bukan sedangkan Ulama’ merupakan orang yang terhampir kepada ALLAH swt selepas Nabi saw, kerana peribadi mereka yang begitu wara’ dengan menjaga setiap perbuatan mereka dan mengamalkan hukum ajaran didalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Cuba kita renungkan pula bagaimana ibadat kita? Berapa ramai ibubapa yang mengambil berat terhadap ibadat anak-anak, menggalakkan ahli keluarga ke majlis ILMU agama di rumah ALLAH swt. Sedarkah kita bahawa graf orang ISLAM yang benar-benar mendirikan solat. Hanya 30% orang yang solat dan tidak pernah meniggalkannya, 35% solat yang ikut suka hati, 35%, adalah yang tidak solat. Dimanakah kedudukan kita??

Ini jelas menunjukkan kita adalah golongan yang mengaku ISLAM diluaran sahaja memandangkan kita tidak mengikuti perintah ALLAH swt apatah lagi ibadat puasa yang diwajibkan pada semua umat ISLAM. Tetapi kita meninggalkannya. Ini amat membimbangkan kita. Sedarkah kita sebelum baginda wafat, dimana Nabi Muhammad saw juga memberi penekanan kepada ummatnya agar jaga solat. Solat akan membentuk peribadi kita sebagai seorang muslim. Jika kita tidak menunaikan solat maka kita mudah melakukan kemungkaran, memghampiri serta melakukan zina dan kezaliman.

Ini amat membimbangkan pada kami, apabila dilihat generasi muda masa kini setelah JKP Zon 11 menubuhkan organisasi Pencegahan Jenayah dan maksiat terdapat 2 kes serbuan noda berjaya dilakukan walaupun organisasi ini baru ditubuhkan. Amat memalukan kita apabila anak-anak remaja yang berumur 15thn telah terlibat dengan gejala sosial semakin menular.

Anak-anak muda membuat maksiat dengan tidak rasa bersalah, ibarat apa yang mereka lakukan seperti sudah menjadi 1 kebiasaan pada mereka. Jadi adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa dan masyarakat mengambil berat kepada anak-anak generasi muda masa kini.

Mari kita renungkan ayat Al-Quran ini, ALLAH swt memberi larangan sekerasnya kepada ummatnya“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Oleh itu sempena Maulidur Rasul yang penuh bermakna, marilah kita sama-sama memperbaharui iman kita, mengamalkan perintah ALLAH swt dan sunnah baginda.

Meninggalkan segala larangan ALLAH swt, melakukan kebaikan dimuka bumi ini.Saat-saat baginda wafat, baginda masih menyebut ummatku, ummatku, begitulah kasih sayang baginda pada ummatnya dan baginda amat bimbang kepada ummatnya yang akan semakin jauh jika tidak mengikuti ajaran baginda dengan berpegang teguh mengikuti Al-Quran dan Al-Sunnah sebagi rujukan agar tidak sesat sepanjang zaman.

Tetapi, adakah kita membuka kitab ini setiap kali menghadapi kesulitan, pengurusan pentadbiran negara kita masa kini?? Kita berani menolak hukum yang termaktub dalam Al_Quran yang telah diturunkan oleh ALLAH swt tetapi kita mengikuti hukum yang dibuat oleh manusia tanpa takut kepada ALLAH swt.

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun” (An-Nisa’:124) .

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Semoga sedikit suntikan ini membuka hati kita kembali kepada fitrahnya sentiasa menjadi Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan kita untuk meneruskan kehidupan yang banyak ujian dan tribulasinya,Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).

ujarnya dalam ceramah Maulidur Rasul yang telah dihadiri begitu ramai oleh penduduk sekitar Zon 11 baru-baru ini.

Majlis Kesenian ISLAM ini telah menjadi lebih meriah sekali apabila secara keseluruhan Acara pertandingan telah jatuh di Blok E yang telah mendapat piala Johan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tetap menyediakan hadiah cenderahati kepada semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut agar menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk terus berusaha lebih gigih dalam lagi untuk mencintai kesenian ISLAM dengan mendalami dan mengawal ISLAM keseluruhannya.

Semoga dengan adanya Program ini, para peserta akan sentiasa mengasah bakat yang terpendam sekian lama. Disamping itu terjalinnya ukhwwah dan wujudnya kasih sayang antara satu sama lain.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: