130 Warga Emas Thioghua Diraikan Pesta Angpow

Gombak – Masyarakat di gombak bertuah apabila sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka terbela. Malah setiap tahun kaum Tionghua dan India diraikan kerajaan negeri pada sambutan hari kebesaran kaum terbabit.

Pada 20hb Februari, YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia telah meraikan Thn Baru Cina dengan mengadakan Tarian Naga, Edaran Kad, Buah Limau, Angpow kepada semua masyarakat yang berada di Pasar Seni Sri Gombak  dan kepada masyarakat yang hadir  dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang telah mendapat sambutan luar jangkaan sehinggakan bekalan makanan dan kad tidak mengcukupi walaupun telah dicetak sebanyak 3000 kad.

Masyarakat Thioghua & India Gembira


Justeru itu, untuk tidak mengecewakan masyarakat Thiounghua, beliau telah menunaikan janjinya untuk mengadakan majlis secara besar-besaran untuk masyarakat gombak. Majlis makan malam bersama warga emas dengan kerjasama JKP Zon 11, diraikan dengan meriah sekali walaupun kehadiran YB Dato’ Hasan seketika untuk merasmikan majlis, kerana beliau mendapat beberapa undangan yang harus dipenuhi.  Walaubagaimanapun majlis ini tetap berjalan lancar dan penuh kegembiraan dengan diraikan oleh Saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS, Zon 11, Ketua Kg, JKP Zon Gombak.

25 Februari, 2010 merupakan sejarah bangsa cina, apabila mereka  yang rata-ratanya menyatakan sepanjang menjadi warga gombak,  inilah pertama kali mereka diraikan oleh Adun Gombak dengan mengadakan makan malam bersama. Ini merupakan majlis besar-besaran yang tidak pernah diraikan oleh pimpinan lain dalam pemerintahan di Gombak.

Selain itu warga emas pula telah diraikan dengan mendapat bekalan makanan, angpow untuk merasakan nikmat yang diberikan oleh ALLAH swt kepada Pemerintahan Kerajaan  PR di Gombak  untuk dikongsi bersama semua bangsa tanpa mengira agama mahupun pemahaman politik yang berbeza. Majlis ini bukan sahaja Warga Emas Thionghua sahaja yang hadir, malahan warga Emas Kaum India juga hadir untuk bersama makan malam.

Suasana kemeriahan ini, menjadi gimik apabila muda mudi yang hadir telah diberi “special angpow” dengan beberapa permainan yang disampaikan oleh Pn. Khatifah pada majlis tersebut. Semua yang hadir telah mendapat hadiah angpow. Kelihatan kegembiraan dihati mereka bersama Ahli Majlis MPS Zon 11 dan semua pimpinan yang hadir.

Continue reading