N17 dan JKP Zon 11 Ops.. Anti Tikus, Denda RM1000

Gombak – Operasi Penangkapan Tikus yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1 seekor di kawasan Pangsapuri Seksyen 16, Shah Alam dan RM3 bagi kawasan sekitar Dewan Negeri (DUN) Chempaka dan di sekitar Negeri Selangor telah mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.

Malahan operasi ini juga telah diajalankan dibeberapa peringkat kawasan termasuklah di kawasan N17 Gombak yang telah diadakan baru-baru ini setelah menerima aduan penduduk samada di Pej. Ahli Majlis, MPS Zon 11 atau PKM DUN Gombak Setia.

Setelah menerima aduan, YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali / Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis MPS, Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong telah bersetuju untuk mengambil langkah inisatif dan efektif untuk meminta pihak MPS membuat Operasi Ops..Anti Tikus. Tujuan operasi Penangkapan Tikus untuk keselesaan penduduk sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

YB Dato’ Saran 3K

YB Dato’ telah menekankan masyarakat perlu menanam 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula.

“Ini kerana kami menerima banyak rungutan dan aduan daripada penduduk setempat, jadi sebagai inisiatif pihak kami dan Ahli Majlis akan segera bertindak pantas bagi menjamin keselesaan penduduk dan peniaga di situ,”

“Harapan kami melalui program ini, ia dapat mendidik masyarakat supaya sentiasa peka dan mengambil berat berhubung tahap kebersihan di kawasan kediaman /premis perniagaan masing-masing”.

“Usaha ini perlu dibuat berterusan bagi mengawal wabak demam denggi daripada merebak serta ancaman tikus daripada berleluasa serta memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua pihak terutamanya saya ingin melihat kerajaan PR bersih daripada semua sudut dengan menjaga kebersihan diri, akhlak, tidak mengamal rasuah dan lain-lain lagi.

Mungkin pada zaman pemerintahan UMNO kerajaan tidak mengambil serius setiap aduan dibuat dan sekiranya adapun hanya ibarat seperti menabur racun tikus begitu sahaja, kemudian untuk melakukan secara berkala begitu sukar sekali, jadi besar harapan saya semoga dengan pemerintahan kerajaan PR akan menjaga secara keseluruhan dengan mendapat kerjasama semua pihak” katanya.

Operasi penangkapan Ops.. Anti tikus dan memusnahkan pembiakan tikus telah dihadiri oleh Unit Haiwan Liar (Tikus), Jabatan Kesihatan MPS, En M. Sofi, beberapa orang kakitangan MPS dan Ahli Majlis, MPS / JKP Zon 11 bersama pembantu kanan beliau.

Operasi yang dijalankan adalah kawasan premis – premis perniagaan Pasar Tani Sri Gombak, Medan Selera Tmn Samudera dan beberapa tempat di persekitaran gombak.

En. Sofi menyatakan, pihaknya meminta kerjasama orang ramai agar menjaga kebersihan dikawasan persekitaran premis.

Beliau telah memberi cadangan agar pihak peniaga hendaklah simen kawasan premis supaya tikus tidak memasuki lubang yang sudah menjadi sarang. Bagi kawasan / tanah yang telah menjadi pembiakan tikus akan diletakkan racun kemudian akan ditutupkan dan tikus tersebut akan mati.

Sekiranya pihak peniaga / penduduk tidak menjaga kebersihan terutamanya dikawasan premis perniagaan pihak berkuasa berhak mengeluarkan saman sebanyak RM1000 untuk memberi peringatan kepada mereka.
Selain daripada itu adalah untuk mengelak berlakunya perlbagaian penyakit / keracunan makanan kepada pelanggan.

Ahli Majlis, MPS Zon 11 Kesal dengan Sikap Masyarakat

Ahli Majlis, MPS Zon 11 Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong apabila meninjau di kawasan premis perniagaan terutama melihat di dalam longkang dan bekas-bekas kosong yang ditakungi air beliau berkata ” Sikap masyarakat yang sukar diubah kerana tidak mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan walaupun disekitar rumah sendiri”.

Walaupun kerap diadakan kempen kebersihan alam sekitar dengan mengadakan gotong – royong mengikut kawasan -kawasan di Zon 11, tetapi masyarakat masih tidak dapat membuang sikap mereka untuk bersama turun padang dan membantu menjayakan gotong – royong di kawasan sendiri.

Mereka hanya melihat daripada jauh sahaja tanpa bertindak. Bayangkanlah berapa ramai penduduk disekitar kawasan Tmn Samudera dan beberapa tempat yang telah dijalankan gotong – royong secara berkala tetapi yang hadir memberi kerjasama dalam melibatkan aktiviti kemasyarakatan adalah tidak sampai 50 orang, amat mengecewakan walaupun promosi gotong royong telah di wawarkan.

Saya yakin mungkin bukan di Zon 11 sahaja menghadapi masalah masyarakat tidak mahu bekerja sama dalam melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan malahan di merata tempat di setiap Zon.

Pada pihak Ahli Majlis disetiap zon, telah kami jalankan tanggungjawab sebaiknya tetapi terpulang kepada masyarakat sekitar untuk mengubah sikap mereka. Kami tidak mampu mengubah pemikiran dan sikap manusia melainkan diri mereka sendiri mengubahnya, ujarnya.

Jika ini berterusan, kesannya adalah kawasan mereka dihinggapi Lalat, Air sukar mengalir, tikus juga akan bermaharajelela, malahan Nyamuk Aedes mudah membiak dan akhirnya kawasan berkenaan dikatakan Kes Demam denggi tertinggi.

Jangan suka Menunding Jari, jika 1 jari ditunding pada orang, 4 lagi pada kita sendiri

Beliau melahirkan rasa kesal keatas sikap masyarakat yang kadangkala sering mengatakan dan menunding jari bahawa Ahli Majlis MPS, JPS tidak mengambil perhatian diatas pemasalahan yang berlaku apabila dibuat aduan.

Tetapi adakah mereka sedar bahawa setiap aduan dibuat telah diambil perhatian oleh pihak berkuasa tetapi yang tidak memberi kerjasama adalah diri kita sendiri yang suka membuang sampah merata tempat, kebersihan tidak dijaga.
Sikap negatif ini sukar dibendung oleh mereka sendiri.Pn Khatifah berkata lagi, seandainya kita semua bekerjasama, ambil berat terhadap kebersihan alam sekitar, insya-ALLAH tidak berlakunya masalah kerbersihan.

Beliau berkata lagi, ketika bersama membuat lawatan di Premis Perniagaan Tmn Samudera bersama MPS ” Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan masalah kemelut hidup. Kita perlu cari dimana puncanya atau tujuannya. Kita perlu kembali ke pangkal ” Back to Basic” bermula daripada diri sendiri.

Mari kita selami dan kenali siapa kita yang sebenarnya ” Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Dan untuk membaiki manusia baikilah hatinya.” Masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Objektif utama aktiviti berkenaan adalah untuk mengurangkan jumlah tikus dalam kawasan gombak serta mendidik masyarakat mengenai kesan negatif yang berpunca daripada haiwan tersebut.

Saranan Ahli Majlis Dan ubahkan “Mind Set”

Menurutnya, langkah yang diambil untuk mengawal tikus dalam kawasan tersebut adalah membubuh racun tikus di kawasan pembiakan, memasang perangkap tikus, dan sekiranya perlu insya-allah kami akan mengedar risalah dan kempen anti tikus.

Beliau juga menyarankan pertingkatkan Kebersihan samada di kawasan perumahan, premis perniagaan, melakukan gotong royong di kawasan premis perniagaan dengan mengceriakan kawasan tersebut agar kelihatan menarik dan kemas.

Bahagian kawasan yang didapati berlubang hendaklah ditutup dengan simen, tanaman pokok hendaklah dijaga dengan baik agar tikus tidak membiak dengan membuat sarangnya terutamanya pokok pisang menjadi kegembiraan tikus membiak. Bahagian dapur juga harus dijaga kebersihan kerana melibatkan makanan untuk dijual kepada pembeli.

Beliau amat berharap semoga masyarakat yang menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan keikhlasan dalam berniaga.

Menjalankan tanggungjawab dengan memberi kerjasama dengan semua pihak jangan hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan masalah alam sekitar dan kesihatan orang lain terjejas akibat daripada kelalaian diri kita sebagai peniaga, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: