N17 dan JKP Zon 11 Ops.. Anti Tikus, Denda RM1000

Gombak – Operasi Penangkapan Tikus yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1 seekor di kawasan Pangsapuri Seksyen 16, Shah Alam dan RM3 bagi kawasan sekitar Dewan Negeri (DUN) Chempaka dan di sekitar Negeri Selangor telah mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.

Malahan operasi ini juga telah diajalankan dibeberapa peringkat kawasan termasuklah di kawasan N17 Gombak yang telah diadakan baru-baru ini setelah menerima aduan penduduk samada di Pej. Ahli Majlis, MPS Zon 11 atau PKM DUN Gombak Setia.

Setelah menerima aduan, YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali / Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis MPS, Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong telah bersetuju untuk mengambil langkah inisatif dan efektif untuk meminta pihak MPS membuat Operasi Ops..Anti Tikus. Tujuan operasi Penangkapan Tikus untuk keselesaan penduduk sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

YB Dato’ Saran 3K

YB Dato’ telah menekankan masyarakat perlu menanam 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula.

“Ini kerana kami menerima banyak rungutan dan aduan daripada penduduk setempat, jadi sebagai inisiatif pihak kami dan Ahli Majlis akan segera bertindak pantas bagi menjamin keselesaan penduduk dan peniaga di situ,”

“Harapan kami melalui program ini, ia dapat mendidik masyarakat supaya sentiasa peka dan mengambil berat berhubung tahap kebersihan di kawasan kediaman /premis perniagaan masing-masing”.

“Usaha ini perlu dibuat berterusan bagi mengawal wabak demam denggi daripada merebak serta ancaman tikus daripada berleluasa serta memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua pihak terutamanya saya ingin melihat kerajaan PR bersih daripada semua sudut dengan menjaga kebersihan diri, akhlak, tidak mengamal rasuah dan lain-lain lagi.

Mungkin pada zaman pemerintahan UMNO kerajaan tidak mengambil serius setiap aduan dibuat dan sekiranya adapun hanya ibarat seperti menabur racun tikus begitu sahaja, kemudian untuk melakukan secara berkala begitu sukar sekali, jadi besar harapan saya semoga dengan pemerintahan kerajaan PR akan menjaga secara keseluruhan dengan mendapat kerjasama semua pihak” katanya.

Operasi penangkapan Ops.. Anti tikus dan memusnahkan pembiakan tikus telah dihadiri oleh Unit Haiwan Liar (Tikus), Jabatan Kesihatan MPS, En M. Sofi, beberapa orang kakitangan MPS dan Ahli Majlis, MPS / JKP Zon 11 bersama pembantu kanan beliau.

Continue reading