Kenduri kesyukuran untuk Adun Gombak

Gombak – Majlis kesyukuran sempena penerimaan CF bagi Pusat Pendidikan Sek. Men ISLAM Al Amin, Gombak telah diadakan baru-baru ini bagi tanda kesyukuran diatas kejayaan YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali/  Adun Gombak Setia yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkan CF bagi sekolah tersebut.

Tn Hj. Shahrom Mat Sharif yang merupakan Pengelola Lembaga Pusat Pendididkan Al-Amin menyatakan, beliau terlalu gembira kerana selama Sek. Al-Amin ditubuhkan di Kaw. Gombak bermula 1986 sehingga 2009 pihak Sek. mendirikan pusat pendidikan ini  dengan tidak mempunyai CF.

Alhamdulilah, semenjak PR memerintah Sek. Al-Amin telah memperolehi CF atas usaha YB Dato’ Hasan bersama semua pihak.

Dengan hasil kejayaan beliau, pihak kami telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Kesyukuran untuk meraikan kejayaan tersebut dan sebagai tanda penghargaan terima kasih diatas kerjasama, kesungguhan YB Dato’ membantu pihak sekolah selain daripada  itu untuk merasmikan Dewan baru yang telah dibina bagi keselesaan para pelajar disini.

Semoga ALLAH memberkati setiap usaha murni  dan keperihatinan YB Dato’ dalam semua perkara  terhadap masyarakat. Peranan dan tanggungjawab yang diberikan beliau kepada masyarakat amat memberi kepuasan kepada semua. Inilah yang sepatutnya harus ada dalam ciri-ciri pimpinan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat setelah diberi mandat.  katanya, dalam majlis  tersebut.

Majlis pelancaran dan ucapan perasmian Kesyukuruan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan. Beliau telah diiringi dengan semua kakitangan PKM Dun Gombak Setia,  MPS, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua Kg dan Nazir Masjid.

YB Dato’ mengucapkan kepada pihak sekolah dan semua ibubapa/penjaga dan warga Sek. Al Amin yang hadir bahawa ini merupakan tanggungjawab beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia untuk memberi bantuan kepada masyarakat.

Atas usaha bersama MPS, JKR, JPS, Pej Tanah dan semua pihak akhirnya Pusat Pendidikan Al-Amin telah berjaya mendapat CF. Saya mengucapkan terima kasih buat semua yang memberi komitment yang tinggi dan sentiasa memberi kerjasama pada saya. Saya akan sentiasa memberi sokongan padu lebih-lebih lagi jika mengenai pendidikan kearah mendalami ilmu agama. Tanpa agama manusia akan lupa diri kerana daripada kecil dibangku sekolah kita perlu mendidik anak bangsa kita mencintai dan mendalami ilmu agama, daripada situlah akan lahirnya generasi Al-Quran dan pimpinan akan datang juga tidak akan menolak perjuangan ISLAM, isnya-allah.

Alhamdulilah kini Al-Amin tidak ketinggalan arus pemodenan dan semakin berkemajuan. Institusi ini juga telah mendapat sambutan masyarakat ISLAM dengan baik. Lebih-lebih lagi Sekolah Al-Amin ini juga berhampiran dengan Univ. ISLAM Antarabangsa, Kolej, dan Sekolah Integrasi ISLAM, semoga negeri diselangor ini akan membangun dengan konsep ISLAM juga.

Agak menghairankan Sek. Al-Amin yang telah dibina semenjak 24thn dan mempunyai bilangan murid yang ramai tidak mempunyai CF walaupun telah lama memohon semenjak pemerintahan UMNO. Amat membimbangkan, jika terjadi perkara yang tidak diingini ketika pelajar dan kakitangan berada disekolah ketika itu. Jadi, saya rasa tidak wajar dan berjanji akan membuat terbaik untuk membantu pihak sekolah agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Alhamdulilah hasil tersebut telah kita perolehi, semoga institusi pendidikan ini akan semakin berkembang, isnya-ALLAH, ujarnya dalam Majlis Kesyukuran Pelancaran Penyampaian CF.

Majlis penyampaian CF telah disampaikan oleh YB Dato’ diiringi  En. Johari Mohamad daripada Jabatan Perancangan Bandar, MPS untuk diserahkan kepada pihak Pengelola Pendidik Sekolah Al-Amin iaitu Ustaz Hj. Shaarom Mat. Sharif.

Bagi memeriahkan suasana kesyukuran pihak Sekolah juga telah mengadakan Nasyid daripada para pelajar Al-Amin.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: