Adun Gombak Meraikan Masyarakat Thioghua sempena Gong Xi Fa cai

Gombak – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno / Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang dan tidak membuahkan hasil untuk memecah belahkan perkauman dengan mengadakan berbagai fitnah dan provokasi terhadap parti PAS/PR pada masa kini.

Ia bermula pada detik pilihanraya umum yang lalu sehingga kini apabila pilihanraya kecil diadakan ramai masyarakat Tionghua mengibarkan bendera PAS dan melilitkan bendera dibadan mereka dimana, ketika itu DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan boleh menerima perjuangan dan memahami perjuangan PAS.

Perkara ini dinyatakan oleh beberapa orang masyarakat Tioghua kepada wartawan PKM Dun Gombak Setia sempena meraikan Tahun baru cina  yang telah diadakan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua-Ketua  Kg, Nazir Masjid Gombak, baru-baru ini.

Dalam perutusan meraikan Tahun Baru Cina baru-baru ini,  YB Dato’  menyatakan “Dalam Arena Politik masa kini, jelas kelihatan  masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia. Semoga  dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita  bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih Adil, Bersih  dan Aman buat semua”.

Oleh itu, pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang giat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, Bersama masyarakat Cina setempat.

YB Dato’, saf  pimpinan PAS Gombak, kakitangan  PKM Dun Gombak Setia dan Sri Gombak  bersama Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum China telah mengadakan makan bersama rakyat sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Kelihatan begitu ramai penduduk tempatan dari kalangan masyarakat China telah diraikan dan tidak dapat dikira kerana dewan perkarangan pasar Tani Moden Sri Gombak telah dipenuhi oleh rakyat sekitarnya.

YB Dato’  Hasan berkata, beliau begitu sukacita dengan kehadiran yang ramai, melebihi luar jangkaan.

“Saya minta maaf, kalau ada yang tidak dapat limau, saya beli sebanyak 250 kotak limau, kad yang dicetak sebanyak 3000 keping kad sudah habis, sebab saya jangka hanya 250 orang akan hadir, tapi sekarang sudah melebihi orang, walaubagaimanapun saya janji tahun akan datang kita akan buat lebih meriah dan semua orang akan dapat limau, kad, angpow. Terima kasih kerana sudi hadir dan sentiasa memberi sokongan padu bersama pihak kami (PAS/PR) dan saya ucapkan buat semua “Gong Xi Fa Cai” ujar YB Dato’  ketika berucap dalam majlis tersebut.

Selain memberi limau, kad, mengadakan tarian naga ,YB Dato’ juga telah mengagihkan angpow kepada semua yang hadir,   yang sudah menjadi lambang sambutan perayaan tersebut. Jelas kelihatan kegembiraan hati mereka terutamanya anak-anak kecil yang menerima angpow.

Setelah meraikan Tahun Baru Cina, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya di Sek. Al-Amin Gombak untuk menyampaikan CF kepada sekolah berkenaan.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar

Kenduri kesyukuran untuk Adun Gombak

Gombak – Majlis kesyukuran sempena penerimaan CF bagi Pusat Pendidikan Sek. Men ISLAM Al Amin, Gombak telah diadakan baru-baru ini bagi tanda kesyukuran diatas kejayaan YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali/  Adun Gombak Setia yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkan CF bagi sekolah tersebut.

Tn Hj. Shahrom Mat Sharif yang merupakan Pengelola Lembaga Pusat Pendididkan Al-Amin menyatakan, beliau terlalu gembira kerana selama Sek. Al-Amin ditubuhkan di Kaw. Gombak bermula 1986 sehingga 2009 pihak Sek. mendirikan pusat pendidikan ini  dengan tidak mempunyai CF.

Alhamdulilah, semenjak PR memerintah Sek. Al-Amin telah memperolehi CF atas usaha YB Dato’ Hasan bersama semua pihak.

Dengan hasil kejayaan beliau, pihak kami telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Kesyukuran untuk meraikan kejayaan tersebut dan sebagai tanda penghargaan terima kasih diatas kerjasama, kesungguhan YB Dato’ membantu pihak sekolah selain daripada  itu untuk merasmikan Dewan baru yang telah dibina bagi keselesaan para pelajar disini.

Semoga ALLAH memberkati setiap usaha murni  dan keperihatinan YB Dato’ dalam semua perkara  terhadap masyarakat. Peranan dan tanggungjawab yang diberikan beliau kepada masyarakat amat memberi kepuasan kepada semua. Inilah yang sepatutnya harus ada dalam ciri-ciri pimpinan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat setelah diberi mandat.  katanya, dalam majlis  tersebut.

Majlis pelancaran dan ucapan perasmian Kesyukuruan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan. Beliau telah diiringi dengan semua kakitangan PKM Dun Gombak Setia,  MPS, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua Kg dan Nazir Masjid.

YB Dato’ mengucapkan kepada pihak sekolah dan semua ibubapa/penjaga dan warga Sek. Al Amin yang hadir bahawa ini merupakan tanggungjawab beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia untuk memberi bantuan kepada masyarakat.

Atas usaha bersama MPS, JKR, JPS, Pej Tanah dan semua pihak akhirnya Pusat Pendidikan Al-Amin telah berjaya mendapat CF. Saya mengucapkan terima kasih buat semua yang memberi komitment yang tinggi dan sentiasa memberi kerjasama pada saya. Saya akan sentiasa memberi sokongan padu lebih-lebih lagi jika mengenai pendidikan kearah mendalami ilmu agama. Tanpa agama manusia akan lupa diri kerana daripada kecil dibangku sekolah kita perlu mendidik anak bangsa kita mencintai dan mendalami ilmu agama, daripada situlah akan lahirnya generasi Al-Quran dan pimpinan akan datang juga tidak akan menolak perjuangan ISLAM, isnya-allah.

Alhamdulilah kini Al-Amin tidak ketinggalan arus pemodenan dan semakin berkemajuan. Institusi ini juga telah mendapat sambutan masyarakat ISLAM dengan baik. Lebih-lebih lagi Sekolah Al-Amin ini juga berhampiran dengan Univ. ISLAM Antarabangsa, Kolej, dan Sekolah Integrasi ISLAM, semoga negeri diselangor ini akan membangun dengan konsep ISLAM juga.

Agak menghairankan Sek. Al-Amin yang telah dibina semenjak 24thn dan mempunyai bilangan murid yang ramai tidak mempunyai CF walaupun telah lama memohon semenjak pemerintahan UMNO. Amat membimbangkan, jika terjadi perkara yang tidak diingini ketika pelajar dan kakitangan berada disekolah ketika itu. Jadi, saya rasa tidak wajar dan berjanji akan membuat terbaik untuk membantu pihak sekolah agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Alhamdulilah hasil tersebut telah kita perolehi, semoga institusi pendidikan ini akan semakin berkembang, isnya-ALLAH, ujarnya dalam Majlis Kesyukuran Pelancaran Penyampaian CF.

Majlis penyampaian CF telah disampaikan oleh YB Dato’ diiringi  En. Johari Mohamad daripada Jabatan Perancangan Bandar, MPS untuk diserahkan kepada pihak Pengelola Pendidik Sekolah Al-Amin iaitu Ustaz Hj. Shaarom Mat. Sharif.

Bagi memeriahkan suasana kesyukuran pihak Sekolah juga telah mengadakan Nasyid daripada para pelajar Al-Amin.

Editor : Khaulah Azwar