UMNO Kg Desa Makmur Loncat Parti, Tanda Rakyat Menolak Pimpinan & Parti UMNO

Gombak – Loncat Parti sudah menjadi sinonim pada sebuah arganisasi dalam politik. Bagi sebuah organisasi yang tidak mempunyai Syarat -syarat dalam mengikuti parti politik akan mudah menimbul masalah dalam parti dan akhirnya akan keluar daripada parti. Ini  yang akan memberi gambaran yang buruk kepada sebuah parti oraganisasi  tersebut.

Selain daripada itu, ahli dalam parti tersebut akan mudah goyang dan berlaku berbagai-bagai perselisihan faham sehinggakan kadangkala tercetusnya berbagai perkara / berlaku tikam belakang pada kawan sendiri walaupun dalam 1 parti. Begitulah yang terjadi dalam arena parti politik pada masa kini.

Amat berbeza sama sekali parti dalam  jemaah ISLAM seperti  parti PAS yang mana semua ahli  yang menjadi ahli PAS akan berbaiah kepada pimpinan selagi tidak melanggari syariat. Mengikhlaskan hati sepenuhnya dalam melakukan kerja-kerja ISLAM tanpa mengira masa dan apa yang dilakukan oleh ahli jemaah PAS adalah semata-mata kerana mencari keredhaan ALLAH swt  untuk menegakkan Daulah ISLAMIAH sehingga tertegaknya kalimah ALLAH swt dimuka bumi ini dan membenteraskan kezaliman. Parti PAS mempunyai sahsiah yang tinggi bukan seperti parti-parti politik yang lain.

Al-Quran, Sunah, Hadis, Ijtima sentiasa menjadi pegangang dalam parti PAS. Ahli PAS akan  mengikuti adab-ada berjemaah.  Tarbiyah yang diserap dalam ahli jemaah PAS dengan kemantapan ILMU-ILMU oleh para alim ulama sehinggakan ahli jemaah PAS mempunyai sahsiah yang tinggi,berkahlak, menghormati antara satu sama lain di dalam jemaah sehinggakan ukhwah yang terputik dalam jemaah seperti saudara sendiri.

Sejak akhir-akhir ini, berbagai sifat manusia/ pimpinan yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU lalu telah keluar parti atas sebab-sebab kepentingan diri sendiri, mencari populirati murahan tanpa memikirkan hak dan kepercayaan rakyat yang telah diberikan mandat pada mereka. Sebab utama terjadinya keluar parti kerana salah satunya adalah tidak diberi didikan/tarbiyah dan kefahaman perjuangan dalam parti. Mereka keluar tanpa memikirkan masa depan rakyat dan negeri sendiri. Mereka tidak merasa  bersalah pada rakyat  setelah mereka dipilih dalam PRU lalu.

Menurut YDP PAS Kaw. Gombak  Utz Salehuddin B. Mohd Nasir mengikuti perjuangan ISLAM dibawah pimpinan Ulama’ adalah Fardhu Ain bukan Fardhu Kifayah. Meninggal perjuangan ISLAM adalah berdosa. Tanggungjawab kita sebagai khalifah adalah menjalankan amanah dan menyambungkan perjuangan Nabi Muhammad saw bagi memastikan ISLAM dijulang bukan ditindasi oleh orang-orang yang menolak perjuangan dan hukum ISLAM.

Beliau telah mengingati kepada semua yang hadir dalam ceramah tersebut agar mengingati sirah peperangan Al-Ahzab dimana berlakunya fitnah yang amat dasyat, tetapi atas pertolongan ALLAH swt maka ISLAM telah menang dan tentera ISLAM diberi bantuan. Semoga peristiwa itu menjadi tauladan pada kita  ketika ini agar tidak  cepat melatah, goyah apabila diuji dengan berbagai cara yang begitu banyak sekali berlaku berbagai fitnah yang dilontarkan oleh UMNO pada  parti PAS/PR dalam semua media yang telah dimonopoli oleh UMNO.

Semoga segala fitnah tersebut tidak menjadi goyah kepada ahli jemaah PAS. Anggaplah ujian yang diberi adalah tarbiyah ALLAH sebagai cubitan kasih sayang ALLAH swt pada kita agar tidak terleka dengan tanggungjawab dan setiap amanah yang diberikan dalam tugasan. Teruskan dakwah, kerja-kerja membantu agama ISLAM.  Berdoa dan meletakkan harapan pertolongan kepada ALLAH swt dalam menghadapi pihak lawan dan hendaklah kita membantu melakukan gerakkerja ISLAM secara istiqama’ dan efektif. Beliau amat merasa bersyukur kepada ALLAH   swt kerana dibuka pintu hati penduduk sekitar Kg Desa Makmur untuk menerima perjuangan PAS walaupun telah dipropagandakan dengan berbagai isu, namun PAS telah menyelesaikan secara profesional dan matang  dalam berpolitik.

Beliau amat mengalukan semua rakyat yang hadir untuk menyertai parti PAS. Bukan semua orang dipilih oleh ALLAH swt untuk menyertai jemaah ISLAM dan membantu agama ISLAM.  Sekiranya kita telah berada dalam jemaah PAS maka perlu berasa bersyukur kerana hidayah diberi oleh ALLAH dengan mendorongkan hati-hati kita  berada dalam jemaah ISLAM. Insya-ALLAH, beliau telah menyusunkan berbagai strategi untuk diturunkan di peringkat kawasan dan cawangan untuk dijalankan oleh semua ahli agar cawangan-cawangan berfungsi sepenuhnya, katanya.

Saat-saat pihak UMNO  melontarkan berbagai tomahan dan membuat berbagai provokasi dengan menggunakan multimedia televesyen mahupun akhbar ingin menjatuhkan parti PAS/PKR untuk mengelirukan rakyat, kini terjadi sebaliknya apabila seramai 50 orang penduduk daripada Kg Desa Makmur yang majoritinya keseluruhannya adalah penduduk melayu yang dulu UMNO kini telah meloncat parti PAS. Wartawan PKM difahamkan oleh Che  Mazli dan beberapa orang penduduk yang telah ditemuramah dalam ceramah umum mlm semalam sempena penubuhan cawangan baru  Kg Desa Makmur, PAS Kaw. Gombak yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia bersama saf pimpinan Pemuda PAS Kaw. Gombak, Saf pimpinan Muslimat PAS Kaw. Gombak, Ahli Majlis MPS .

YB Dato’ Hasan melahirkan perasaan yang amat gembira dan rasa beryukur kepada ALLAH swt kerana dibuka pintu hati rakyat untuk menilai yang terbaik dalam memilih parti walaupun UMNO telah merancang berbagai agenda untuk menjatuhkan PAS/PR. Beliau amat berharap agar rakyat meninggalkan parti UMNO kerana parti tersebut semakin rapuh dan goyang. Ibarat seperti gelanggang silat yang tidak berfungsi lagi. Hanya menunggu masa untuk diselenggarakan.

Beliau berkata, semoga rakyat boleh menilai sendiri parti mana yang terbaik (PR/UMNO). Rakyat masih ada waktu memikir sedalam-dalamnya  dengan memilih pimpinan-pimpinan yang beriman dan beramal solih untuk melahirkan Negara yang aman dan mengamalkan kehidupan ISLAM bukan menolak ISLAM dan menyusahkan rakyat dengan dibebani berbagai-bagai perkara tetapi  Kroni, kaum keluarga UMNO mendapat kesenangan yang sewajarnya.

YB Dato’ berkata, walaupun UMNO melontarkan berbagai isu fitnah, membuat provokasi isu kalimah ALLAH sehingga tercetus isu perkauman tetapi pihak PAS telah menyelesaikan cara profesional dengan tenang. Semua provokasi dilakukan adalah untuk menjatuhkan negeri PR. Negeri Selangor adalah kawasan yang paling terkaya dengan berbagai sumber oleh itu pihak UMNO akan sedaya upaya merampas kembali Negeri Selangor.  UMNO akan terus bermain dengan  berbagai starategi kotor dan kolot dalam politik untuk merampas kembali negeri PR selagi tidak tercapai matalamat mereka.

Oleh yang demikian YB Dato’ amat berharap agar rakyat tidak termakan gula-gula manis yang diberikan oleh UMNO masa kini untuk mengaburi mata. Jangan terus melakukan kesilapan dan memberi peluang kepada musuh-musuh ISLAM sebaliknya harus ditentang sehabis-habisnya untuk kebaikan negara dan generasi akan datang. Semua jentera harus bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke13 yang akan dijangka berlaku Mac, 2011. Oleh yang demikian semua ahli harus melakukan aktiviti dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat. Aktiviti ini bukan sahaja dilakukan saat-saat pilihan raya tetapi setelah diberi mandat dan kepercayaan rakyat pada kita dalam PRU yang lalu.

Beliau mengucapkan TAHNIAH kepada semua penduduk Kg Desa Makmur & penduduk penyokong PR kerana berjaya menubuhkan PAS cawangan baru. YB Dato’  dimaklumkan awal thn 2010,  cawangan PAS di kawasan gombak sahaja ibarat  parti PAS tumbuh seperti cendawan yang terus berkembang  dengan sebanyak 13 cawangan baru ditubuhkan di kawasan gombak. Semoga cawangan-cawangan tersebut berfungsi dengan sebaiknya. Beliau amat berharap agar ketua cawangan dapat memainkan peranan  dan mendapat maklum balas semua aktiviti, keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat seperti Bantuan kemasukan IPT, Sumbangan Warga Emas, Bantuan Zakat fakir miskin,OKU dan berbagai-bagai lagi. Semua boleh didapati di PKM Dun Gombak Setia/ semua PKM di bawah PR. Semoga parti PAS sebagai parti ISLAM akan berkembang seperti cendawan yang subur dan mampu mengkuburkan parti UMNO, dengan kerjasama semua pihak tidak kira generasi tua mahupun generasi muda, Insya-ALLAH .

YB Dato’ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas, penyokong dan pengundi-pengundi yang telah menyokong dan memberi kerjasama dalam PRU ke 12 yang lalu. Beliau tidak akan melupakan segala pengorbanan tenaga, masa yang diberikan oleh semua rakyat dengan menyokong beliau sehingga beliau menjadi adun gombak disini. Inysa-ALLAH beliau  berjanji akan menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pimpinan dengan sebaiknya.

Che Mazli telah menyerahkan borang keahlian ahli PAS kepada YB Dato’.   Sempena pelancaran penubuhan cawangan tersebut,  Parti PAS Kaw. Gombak telah membuka kaunter SPR dan ahli PAS. Pendaftaran tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh penduduk sekitarnya.

Beliau yang telah diberi mandat menjadi ketua cawangan kawasan tersebut berkata, bahawa penduduk telah keluar daripada Parti UMNO memandangkan pimpinan UMNO yang tidak tulus dalam semua perkara  dan menggunakan kuasa vektor yang ada sehinggakan penduduk rasa seperti ditindasi. Pengurusan pentadbiran dan amanah yang diberikan penduduk kepada Ketua UMNO/Adun semasa UMNO memerintah sehingga kini untuk menerajui dan menjaga khidmat masyarakat   tidak dijalankan dengan sebaiknya.

Katanya lagi, bahawa keseluruhan penduduk yang berjumlah 50 orang telah keluar parti UMNO disebabkan ketidakpuasan hati terhadap Ketua UMNO di kawasan tersebut. Penduduk rasa kesal  keatas parti UMNO kini  semakin tidak berpegang kepada janji, semakin rapuh dan goyang, malahan rakyat kini semakin nampak kelemahan pentadbiran UMNO walaupun laungan 1 m’sia rakyat diutamakan tetapi tidak seperti apa yang dimaksudkan. Harap rakyat tidak tertipu dengan slogan tersebut memadailah apabila rakyat telah dikaburkan dengan berbagai janji manis oleh pimpinan UMNO tertutamanya masa pilihan raya tetapi selepas pilihan raya, mereka abaikan tanggungjawab kepada rakyat inilah yang terjadi kepada penduduk disini selama UMNO memerintah.

Setelah menilai dengan pengurusan pentadbiran dan pimpinan PAS,  amat jauh bezanya semenjak kemenangan diberi kepada PR. Pentadbiran yang dijalankan oleh kerajaan Negeri dilihat adalah tulus dan bersih. Manifesto yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri juga telah tertunai kepada rakyat. Duit Rakyat digunakan dan diberikan dengan sempurna tanpa penyalahgunaan kewangan/kuasa.  Maka dengan ketulusan diberikan oleh pimpinan PR, jadi kami semua berpakat dan telah bersetuju untuk menolak parti UMNO/BN dan amat berharap semoga kemasukan kami dalam parti PAS akan memberi sinar baru dan diterima oleh semua jemaah PAS.

Selain daripada itu, masalah utama yang telah menyebabkan penduduk rasa tiada hati lagi pada parti UMNO  dan keluar parti adalah penyalahguna kuasa, penyelewengan dan kepentingan peribadi sehingga penduduk rasa kecewa diatas apa yang berlaku terutamanya Dewan Rakyat Masyarakat telah dikenakan sewa RM400 sebulan. Dewan tersebut juga telah diubahsuai untuk kegunaan kepentingan diri sendiri.

Penduduk melahirkan perasaan kesal kerana Dewan Masyarakat telah dikunci dan diberi sewa kepada warga asing. Walaupun Dewan masyrakat  tersebut kepunyaan UMNO semasa pemerintahan dulu dan telah diberi kepada rakyat untuk menggunakan aktiviti, tetapi setelah PR memerintah dewan tersebut tidak dibenarkan guna  lagi. Penduduk kini menghadapi masalah untuk mengadakan pelbagaian  aktiviti kemasyarakatan kerana  masalah  tersebut.

Ketua Kg., sering mencari jalan penyelesaian terbaik untuk atasi masalah yang timbul dengan meminta ketua UMNO cawangan dan pimpinan UMNO agar adakan pertemuan dengan penduduk dan berbicang sebaiknya tetapi tidak diendahkan oleh pimpinan UMNO/ Ketua caw. UMNO tersebut.

Beliau berkata, penduduk sering melontarkan pertanyaan mengapa dewan tersebut dikenakan sewa yang tinggi dan diberi kepada warga asing?. Tidakkah pihak pimpinan UMNO & ketua cawangan tersebut merasa belas ehsan kepada penduduk sekitar tanah setinggan disini, yang rata-ratanya adalah golongan yang susah dan kawasan tanah disini juga tidak begitu luas untuk ditubuhkan dewan. Dewan yang telah diberi masyarakat guna sebelum PR memerintah mengapa diambil tanpa berbincang. Peralatan dalam dewan juga banyak yang telah hilang. Walaupun dulu Dewan terebut adalah Dewan UMNO tetapi tidakkah ada keperihatinan dalam diri untuk membantu penduduk yang susah untuk menggunakan dewan. Duit hasil sewa dewan tersebut disalurkan dimana? Adakah UMNO mengambil kesempatan dengan menindas penduduk yang miskin dengan menggunakan sewa untuk dapatkan hasil setiap bulan.

Ketua kg dan penduduk telah membincangkan perkara ini kepada pimpinan UMNO tetapi amat mengecewakan kerana tiada tindakan displin kepada ketua UMNO cawangan tersebut. Malahan sepanjang pentadbiran UMNO disini insfrastruktur jalan, kemudahan surau, kebajikan penduduk  dan lain-lain juga tidak diambil perhatian.

Penduduk telah bersepakat untuk mengumpul wang  menaiktaraf  jalan, simen dan lain-lain tanpa mendapat bantuan peruntukan UMNO daripada pemerintahan mereka sehingga kini. Kalau diberi semasa saat-saat menghadapi Pilihanraya tetapi ibarat seperti hanya sekadar mengkaburkan mata rakyat dan tiada keikhlasan sepenuhnya. Apabila PR menang projek menaiktaraf jalan terbengkalai begitu sahaja. Kos untuk membaiki jalan telah memakan belanja RM 350 hasil daripada duit penduduk sendiri bukan daripada peruntukan UMNO.

Selama 50thn UMNO memerintah, penduduk tidak merasakan nikmat menaiktaraf insfrastruktur untuk kegunaan rakyat.  Malahan Jika ingin  menaiktaraf insfrastruktur / membaiki surau,   penduduk terpaksa berkongsi duit, bergotong royong bagi menyediakan kemudahan asas tersebut untuk keselamatan dan keselesaan penduduk bukan peruntukan kewangan daripada pihak pimpinan /Ketua UMNO cawangan bagi menyediakan kemudahan tersebut. Kebajikan rakyat tidak dijaga. Untuk mendapat rasa keperihtinan pimpinan UMNO/Ketua cawangan UMNO  terhadap penduduk disini jauh sama sekali dan sukar untuk mendapat kerjasama daripada pihak mereka. Surau yang kecil kelihatan semakin uzur dan tidak pernah dibaiki oleh mereka. Disinilah tempat penduduk berkumpul walaupun kecil, uzur tetapi sekurang-kurangnya ada tempat kami berkumpul membincangkan masalah penduduk sekitarnya.

Malahan semasa berlaku kebakaran yang telah melibatkan 4 buah rumah, semua mangsa berkunpul disini juga dan akhirnya pihak PKM DUN Gombak Setia yang telah mengambil perhatian terhadap masalah penduduk disini. Mr Keong telah menghantarkan nama mangsa kebakaran kepada PKM Dun Gombak Setia dan akhirnya Mangsa mendapat bantuan zakat sebanyak RM500 setiap keluarga. Alhamdulilah kami merasa bersyukur kerana pihak PKM dan Parti PR telah mengambil berat pada masyarakat disini. Semejak daripada situ penduduk terbuka mata dan fikiran,  parti  yang terbaik untuk mereka pilih diatas kejujuran, dan menjaga kebajikan rakyat  adalah  parti PAS/PR bukan parti UMNO.

Inilah puncanya penduduk disini keluar parti UMNO dan telah bertekad untuk menjadi ahli jemaah PAS dan akan memberi kerjsama semua pihak PR untuk menghadapi PRU ke 13 nanti insya-ALLAH.  Beliau amat berharap agar rakyat buka mata, hati dan minda diatas apa yang berlaku dinegara kita pada masa kini. Jangan salah pilih parti lagi tolak sehabis-habisan parti UMNO yang tidak boleh diselamatkan lagi terlalu tenat dan memenatkan, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: