UMNO Kg Desa Makmur Loncat Parti, Tanda Rakyat Menolak Pimpinan & Parti UMNO

Gombak – Loncat Parti sudah menjadi sinonim pada sebuah arganisasi dalam politik. Bagi sebuah organisasi yang tidak mempunyai Syarat -syarat dalam mengikuti parti politik akan mudah menimbul masalah dalam parti dan akhirnya akan keluar daripada parti. Ini  yang akan memberi gambaran yang buruk kepada sebuah parti oraganisasi  tersebut.

Selain daripada itu, ahli dalam parti tersebut akan mudah goyang dan berlaku berbagai-bagai perselisihan faham sehinggakan kadangkala tercetusnya berbagai perkara / berlaku tikam belakang pada kawan sendiri walaupun dalam 1 parti. Begitulah yang terjadi dalam arena parti politik pada masa kini.

Amat berbeza sama sekali parti dalam  jemaah ISLAM seperti  parti PAS yang mana semua ahli  yang menjadi ahli PAS akan berbaiah kepada pimpinan selagi tidak melanggari syariat. Mengikhlaskan hati sepenuhnya dalam melakukan kerja-kerja ISLAM tanpa mengira masa dan apa yang dilakukan oleh ahli jemaah PAS adalah semata-mata kerana mencari keredhaan ALLAH swt  untuk menegakkan Daulah ISLAMIAH sehingga tertegaknya kalimah ALLAH swt dimuka bumi ini dan membenteraskan kezaliman. Parti PAS mempunyai sahsiah yang tinggi bukan seperti parti-parti politik yang lain.

Al-Quran, Sunah, Hadis, Ijtima sentiasa menjadi pegangang dalam parti PAS. Ahli PAS akan  mengikuti adab-ada berjemaah.  Tarbiyah yang diserap dalam ahli jemaah PAS dengan kemantapan ILMU-ILMU oleh para alim ulama sehinggakan ahli jemaah PAS mempunyai sahsiah yang tinggi,berkahlak, menghormati antara satu sama lain di dalam jemaah sehinggakan ukhwah yang terputik dalam jemaah seperti saudara sendiri.

Continue reading

Jemputan Tahun Baru Cina

Dijemput Dato’/ Datin/Tn/Pn/ Cik/ Encik,  semua warga Gombak untuk bersama meraikan Gong Xi Fa Cai bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia YB Dato’ Dr Hasan Bin  Mohamed Ali bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli-Ahli Majlis MPS Zon Gombak.

Tarikh : 20/2/2010 (Sabtu)

Masa  : 8:30 pagi

Tempat : Pasar Tani Seni Sri Gombak.

Untuk memeriahkan suasana program, pihak penganjur akan menyediakan makan pagi, tarian naga dll. Semoga dengan adanya program bersama YB Dato’ Hasan &   pimpinan Gombak akan merapatkan hubungan 2 hala antara rakyat dan pimpinan.

Kehadiran Dato’ / Datin/Tn/Pn/En/Cik amatlah dialu-alukan. Terima Kasih.

Editor : Khaulah Azwar