PENGUMUMAN..Gong Xi Fa Cai

Dikesempatan ini Y.B Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia dan Kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Ahli Majlis MPS, Zon11 & AJK JKP Zon 11  mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” buat semua warga penduduk Gombak yang beragama Cina.

Semoga perayaan ini memberi kegembiraan kepada semua rakyat untuk bersama ahli keluarga. Dan Selamat bercuti buat semua rakyat m’sia..  Berhati-hati memandu untuk menuju ke Destinasi yang hendak ditujui.. Ingatlah keluarga TERSAYANG..

Sehubungan dengan itu,  pejabat urusan PKM akan bercuti bermula 15-16hb Feb, 2010 dan akan beroperasi pada 17hb Feb, 2010  (Rabu) manakala pej Ahli Majlis MPS Zon 11 akan bermula bercuti pada 15-17 hb Feb, 2010 dan akan beroperasi semula pada 18hb Feb 2010.

Harap Maklum;

Editor : Khaulah Azwar

PERCUMA….. PROGRAM TUISYEN RAKYAT NEGERI SELANGOR

Dijemput semua  warga Gombak ibubapa/penjaga yang mempunyai anak-anak menduduki peperiksaan SPM 2010 untuk bersama mengikuti kelas tuisyen yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Penyertaan adalah percuma bermula 07/03/2010 untuk 100 orang sahaja. Guru-guru yang dilantik adalah mereka yang berpengalaman luas dalam pendidikan.

Semoga usaha murni yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Ekonomi rakyat Negeri Selangor terjamin dengan membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk membayai pelajaran anak-anak ke tuisyen.

Selain daripada itu,    membantu  pelajar agar yakin untuk menghadapi peperiksaan dan meraih kejayaan seperti insan lain.

Berminat sila hubungi Pusat Khidmat Dun Gombak Setia (Ukhti Nurul) , Pejabat Ahli Majlis, MPS Zon11  Tmn Selasih Fasa 2, berhubung dengan  Ukhti Khaulah Azwar 019-3281840.

BELAJAR HARI INI

UNTUK

KEJAYAAN HARI ESOK

Editor : Khaulah Azwar