YB DHMA “Melawat Kg Kerdas 5, Atasi Masalah Banjir”

Gombak – Prihatin terhadap permasalahan yang menimpa kepada penduduk. Setiap aduan yang dibuat telah diambil perhatian oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam.

Baru-baru ini, beliau bersama  pihak MPS, JPS, Nazir Masjid, Ketua-Ketua Kg, Ahli Majlis, MPS telah turun padang bagi melihat kawasan  yang kini  sering mengalami masalah banjir di lot 404, 2651 dan beberapa kawasan lot yang berhampiran.

YB Dato’ serta semua pengiring beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Kg. Kerdas  5 (En. Majid) bahawa masalah ini berlaku berpunca daripada perparitan dan saluran air yang tidak terancang dan tidak diuruskan dengan sempurna disebabkan  pihak yang tidak bertangungjawab telah mengalihkan longkang asal yang berada di lot (Tanah Pak Abu) Ke sempadan lot 404 dan lot 2651   untuk menjalankan kerja-kerja membina rumah di lot tersebut.

YB Dato’ difahamkan oleh En Majid, bahawa pengalihan longkang tersebut belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ekoran daripada pembinaan tersebut telah menyebabkan tanah-tanah bersebelahan iaitu di lot 404, lot 2651 dan di lot-lot yang lain telah terhakis dengan teruknya sekali gus telah merosakkan harta benda dan mengancam nyawa penduduk sekitarnya.

Selain daripada itu Hjh Rahani salah seorang daripada penduduk yang berhampiran lot tersebut menyatakan begitu kesal diatas   apa yang berlaku.  Kesan daripada pembinaan ini, telah membuatkan beberapa orang penduduk sekitar telah  berpindah kawasan lain  kerana penduduk merasa bimbang keatas keselamatan nyawa mereka memandangkan tanah tersebut semakin terhakis dari semasa ke semasa walaupun mempunyai rumah dan tanah sendiri.

Setelah mendengar dan melawat kawasan tersebut YB Dato’ telah meminta Ketua Kg agar mengeluarkan surat bantahan keatas Tn Tanah   & ditandatangani daripada semua penduduk sekitarnya.

Selain itu  beliau meminta pihak Ketua Kg, JPS siasat terlebih dahulu siapakah milik Tn. Tanah tersebut agar mudah utk membuat urusan dan tindakan seterusnya.

En. Hirman daripada JPS Gombak telah memberi cadangan agar  surat bantahan yang dikeluarkan oleh Ketua Kg dan penduduk tersebut diberi pada MPS, JPS dan Pej Tanah dan akan dibawa kedalam mesyuarat OSC untuk tindakan.

YB Dato’ meminta pihak penduduk,  Ketua Kg, dan Pn. Rahani agar bersabar diatas apa yang berlaku dan  YB Dato’ akan atasi masalah ini sebaiknya.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: