• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • PAS tidak menari gendang dipalu pihak lain February 27, 2020
      JAUH beza Tun dengan PAS sejauh langit dan bumi. PAS berpisah dengan Umno sejak tahun 1951. Sejak itu PAS bertarung dengan Umno selama 68 tahun. Manakala Tun yang pernah menjadi Presiden Umno yang paling lama berpisah dengan Umno pada Februari 2016. Usia permusuhan Tun dengan Umno hanya 4 atau 5 tahun. Jauh lebih singkat masanya […] The post PAS tidak menari […]
      Zaid Adhar
    • Kekeliruan Liberal mengenai hak bersuara February 27, 2020
      SITI KASIM (melalui NGO Maju) dilihat mempertahankan tindakan graduan UM yang didakwa menghina Naib Canselor UM dengan membawa pelekat ke dalam Dewan Konvo untuk mendesak pemimpin universiti meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’ dan ‘Ini Tanah Malaysia’. Sebahagian Liberal terkadang dilihat keliru dengan pengertian hak bers […]
      Zaid Adhar
    • Tun M mengadap YDPA sekali lagi February 27, 2020
      KUALA LUMPUR: Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara pada 11:59 tengahari. Tun Dr Mahathir hari ini sekali lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara masih belum dike […]
      Wan Nordin Wan Yaacob
    • Nafi cadang Muhyiddin, kekal mohon bubar Parlimen February 27, 2020
      KUALA LUMPUR: PAS menafikan sama sekali laporan media bahawa semua Ahli Parlimen parti ini dan Umno telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) dengan menamakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menyanggah laporan berita itu sebagai tidak benar sama sekali, bahkan menegaskan bahawa […]
      Izwan Abdul Halim
    • SPRM – Pantau setiap Ahli Parlimen February 27, 2020
      KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memantau rapi perkembangan politik semasa tanah air bagi mengesan jika ada mana-mana Ahli Parlimen yang terlibat dengan sebarang kesalahan rasuah. Beliau berharap tidak ada pemimpin yang diangkat menjadi kerajaan yan […]
      Muhamed Noraziha Abdullah
    • Persediaan menghadapi ujian yang perit February 27, 2020
      KEGOYANGAN prinsip (1) Sebelum ini saya ada menulis mengenai kegoyangan prinsip, khususnya di akhir zaman. Prinsip yang tak kukuh digambarkan di dalam hadis Nabi S.A.W sebagai penyakit Umat akhir zaman. [1] Nabi S.A.W bersabda; بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِن […]
      Zaid Adhar
  • Archives

  • February 2010
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
  • Online

    website stats
  • Meta

Adun Melawat Tapak Futsal Kg. Changkat

Gombak – Permainan Futsal merupakan permainan yang top-10 pada masa kini kerana ia terbuka kepada semua golongan tidak kira tua dan muda, lelaki /perempuan.

Tetapi kadangkala membuat masyarakat merasa kesal sekiranya tempat rekrasi untuk riadah tiada disediakan. Ini yang menyebabkan berbagai gejala sosial wujud kerana aktiviti yang berfaedah tidak diadakan.

Oleh yang demikian, atas kesedaran itu pihak YB Dato’ sentiasa memikirkan dan mencari tapak yang bersesuaian untuk kebaikan masyarakat setempat setiap kali, beliau menghadirkan diri di Kawasan Gombak.

Terdapat beberapa kawsasan yang telah menjadi perhatian beliau dan beberapa orang penduduk kg. YB Dato’ telah membuat Lawatan ke tapak futsal yang telah dibuat baru-baru ini. Beliau telah diiringi oleh Ketua Kg Changkat (En Zainal Abidin), MPS, JKR, JPS,Pej Tanah, Ahli Majlis, MPS Zon Gombak, Nazir Masjid dan Kakitangan PKM Dun Gombak Setia.

YB Dato’ telah difahamkan oleh Ketua Kg. En Zainal bahawa kawasan tersebut telah dimohon oleh penduduk kepada JPS Kaw. Wilayah tetapi penduduk merasa kecewa permohonan tersebut tidak diluluskan atas alasan kawasan tersebut tidak sesuai.  Dengan faktor yang diberikan tidak bersesuaian,  penduduk tidak menghiraukan perkara tersebut dan telah menggunakan kawasan berkenaan walaupun terdapat kekurangan di tapak tersebut kerana tidak dinaiktaraf.

Apabila YB Dato’ bersama semua pengiring beliau melihat kawasan berkenaan ternyata tidak benar kenyataan yang diberikan oleh pihak JPS Wilayah kerana jelas kelihatan kawasan berkenaan adalah terlalu luas, sesuai digunakan oleh masyarakat. Selain daripada itu YB Dato’ menyatakan kawasan berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan keselamatan pengguna juga terjamin.

YB Dato’ memberi cadangan meminta En Hirman daripada JPS Gombak, JKR,  MPS, Ketua Kg agar mengadakan mesyuarat  bersama JPS Wilayah untuk membincangkan tapak futsal tersebut. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Dato’.

Beliau bersama semua yang melawat kawasan berkenaan merasakan ini adalah tempat yang paling sesuai dan amat berharap agar tidak menjadi halangan kepada beliau bersama penduduk untuk menubuhkan tapak futsal untuk kebaikan semua pihak  dan mengelak berlakunya gejala sosial terutamanya anak-anak muda zaman ini, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Adun melawat Sistem perparitan di Kg Changkat

Gombak – YB Dato’ bersama MPS, Ahli Majlis, MPS Zon Gombak, JKR, JPS, Pej. Tanah, ketua-Ketua Kg. Nazir Masjid telah membuat lawatan ke Kg. Changkat bagi melawat sistem perparitan yang tidak terkawal dan tidak dinaiktaraf.

Lawatan tersebut dibawah Ahli Majlis, MPS  Zon 7 (Pn. Maznah) telah menyatakan jika perparitan tersebut tidak dinaiktaraf dibimbangi air lonkang, najis akan naik kerumah kawasan penduduk.

YB Dato’ telah meminta agar pihak MPS, JPS dan JKR untuk mengambil tindakan segera agar menaiktaraf sistem perparitan tersebut untuk kebaikan penduduk sekitar.

Jika tidak diambil perhatian beliau khuatir musim hujan terutamanya pasti air longkang/najis akan melimpah ke kawasan perumahan penduduk. Ini tidak harus berlaku dan harus diperbaikikan sistem perparitan berkekaan, katanya ketika membuat lawatan tersebut.

Editor : Khaulah Azwar

Bimbang Jika projek perumahan dibina di Kaw. Public Area

Gombak – Bertindak sebelum terlambat dan  bagi mengelak terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Rasa tidak  kepuasan hati dan kebimbangan telah menyelubungi  Penduduk Tmn Selasih 1 apabila dimaklumkan bahawa  kawasan “Public area”  akan dijadikan perancangan membina 7 unit  buah rumah teres berhampiran Surau Al-Husna dibawah Syarikat Pemaju Tajaria.

Bantahan tersebut telah disuarakan kepada pihak MPS baru-baru ini oleh penduduk sekitarnya dan di serahkan kepada pihak MPS oleh Pn. Maznah (Ahli Majlis, MPS Zon 7, En. Kamal B. Hj Mohamad Pengerusi Surau Al-Husna, Dr Yusof Mohamad & Hj. Mustapha. Salinan  surat berkenaan telah diberi kepada pihak YB Dato’ Hasan / Adun Gombak Setia baru-baru ini sebagai makluman dan untuk diambil tindakan susulan bersama pihak MPS.

En. Kamal Ahli Jawatankuasa surau, telah memaklumkan bahawa  tindakan tersebut dibuat atas ingin menjaga keselamatan penduduk kerana kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan kawasan perumahan ” Public Area”.

Beliau berkata, sekiranya pihak pemaju meneruskan hasrat tersebut dibimbangi nyawa penduduk akan terancam lebih-lebih lagi kawasan berkenaan yang merupakan kawasan lalu lintas kenderaan awam.

Selain daripada itu terdapat berbagai aspek yang akan berlaku juga sekiranya pihak pemaju tidak meneliti secara terperinci dan memikirkan kesan baik dan buruknya sebelum membuat projek perumahan.

Oleh itu beliau dan beberapa orang penduduk yang telah menandatangani surat bantahan tersebut amat berharap pihak YB Dato’ dan pihak MPS dapat mengambil tindakan segera sebelum terlambat.

YB Dato’ Hasan telah menerima aduan tersebut dan beliau   akan turun padang bersama MPS, JKR, JPS, Ahli Majlis bagi melihat kawasan berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan untuk kebaikan semua pihak.

Editor : Khaulah Azwar