ADUN GOMBAK KESAL, PENDUDUK BENGANG (KG. BANJAR)

Gombak – Rumah merupakan aset utama kepada sebuah keluarga. Tetapi sekiranya harapan yang dibina untuk memiliki sebuah rumah yang telah dipendamkan  sekian lama dengan usaha titik peluh sendiri tiba-tiba tidak kesampaian disebabkan pengurusan oleh pihak  yang tidak mahu bertanggungjawab sudah pasti membuatkan pembeli rumah merasa kecewa. Lantaran itu berbagai tindakan diluar dugaan pasti akan berlaku jika tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa .

Atas pemasalahan yang menimpa keatas penduduk disekitar Tmn Selasih Fasa 1 dibawah projek perumahan MPS / Panji Selasih maka YB Dato’ Hasan telah turun pandang baru-baru ini bersama MPS, JKR, JPS, Ahli Majlis MPS di Zon Gombak, ketua-Ketua Kg, Nazir Masjid, Kakitangan PKM Dun Gombak Setia bagi melihat pemalasahan kawasan perumahan tersebut.

Tinjaun yang dibuat oleh YB Dato’ adalah bertujuan untuk mengetahui status kedudukan rumah tersebut yang kini sudah 2 thn terbengkalai. Hanya tinggal 33 orang lagi penduduk yang sepatutnya telah mendapat kunci rumah tetapi masih kini tiada jawapan dan hanya kelihatan bangunan perumahan yang hanya tersergam tetapi tidak kelihatan seindah rupa,  ternyata kelihatan telah terbengkalai. Bagi pemilik rumah yang melihat sudah pasti hati menjadi bengkak dan bengang hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan.


Jumlah keluarga setinggan yang terlibat 233 buah keluarga yang berasal daripada penduduk Kg. Banjar, Gombak. Sebanyak 200 buah keluarga telah dipindahkan ke RKR Tmn Bolton dan 33 buah keluarg ditempatkan di RKR Panji Selasih.

Kini sebanyak 33 orang yang masih tidak mendapat penempatan rumah di Panji Selasih. Pada 14hb Jan, 08 YB Dato’ Tang See Hang telah mengarahkan pihak PKNS dan Panji Selasih agar mereka  berkongsi bagi membuat pembayaran subsidi sewa Okt, 2007 – Feb, 2008 kepada 33 buah keluarga setinggan Kg. Banjar yang ditawarkan RKR Panji Selasih berjumlah RM82, 500. Walaubagaimanapun memandangkan terdapat beberapa masalah, Pihak Majlis telah diarahkan untuk mendahulukan wang subsidi sewa bagi tempoh tersebut.

Bagi menyelesaikan isu tunggakan subsidi sewa rumah 33 keluarga Kg. Banjar satu mesyuarat telah diadakan di Pej. tanah Gombak dan telah dipengerusikan oleh Y.B Dato Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam. Pihak terlibat telah menyatakan bahawa :-

1) PKNS : Tidak akan menyambung bayaran untuk subsidi sewa rumah penduduk Kg. Banjar ke RKR Panji Selasih kerana telah melaksanakan  bayaran untuk tempoh 2 thn sepertimana yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri.

2) Panji Selasih : Menyatakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap setingan kerana arahan tersebut tiada dinyatakan didalam perjanjian Joint Venture (JV) bersama MPS semasa membangunkan tanah tersebut. Pihak pemaju memaklumkan RKR tersebut akan disiapkan pada Mac, 2008.


YB Dato’ telah meminta Mohd Aszwir B. Sabiruddin, Pen. Pegawai Perancang, Unit Setinggan MPS agar dikemukan permalasahan ini kepada pihak YDP MPS untuk bersama-sama mengatasi masalah ini dengan segera dalam mesyuarat akan datang.

YB Dato’ menyatakan bahawa beliau amat bimbang jika perkara ini berlarutan kerana menyebabkan lokasi berkenaan menjadi semak, dipenuhi nyamuk dan paling dibimbangi menjadi lokasi penagih dadah dan ‘kaki botol’ ini menyebabkan penduduk lain terancam. Malahan bagi pihak penduduk sudah pasti menjadi tertekan kerana pembayaran sewa dan interest rumah berjalan sekali serentak. Sudah pasti menjadi bebanan kepada penduduk.


YB Dato’ memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi.  ”Kita mahu pemaju bertanggungjawab terhadap projek yang mereka laksanakan. Jangan biarkan penduduk sekitar menjadi mangsa akibat kegagalan menyiapkan projek perumahan itu. Ambil segera langkah pemulihan,” kata beliau ketika  membuat lawatan turun padang  di sini baru-baru ini.

Beliau berkata lagi,  untuk mengatasi kemelut  33 orang penduduk yang berhak mendapat rumah  tersebut tetapi kini telah terbengkalai, beliau mencadangkan pembeli dan penduduk merujuk perkara tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mencari formula menyelesaikannya.

Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana rumah tersebut sepatutnya sudah siap lama tetapi terbengkalai dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes serta lokasi tersembunyi kegiatan tidak bermoral.

Justeru  itu   pihak  beliau bersama MPS,  sedia menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan mahu ia segera diatasi agar dapat mewujudkan persekitaran bersih dan sihat, terutama dalam aspek keselamatan penduduk dan anak-anak mereka. Beliau akan membawa usul tersebut ke dalam mesyuarat MPS akan datang dan meminta agar laporan tersebut disedikan oleh pihak MPS bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: