Adun Gombak Menangani Masalah Sek. Ren Integrasi Sg.Cincin

Gombak –  Sebagai Pengetua Sekolah sudah pasti inginkan kebaikan untuk pelajar mereka, dengan memastikan para pelajar mendapat keselesaan dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas.

Dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pengetua sekolah, beliau cuba melengkapkan kelengkapan aset yang terkurang. Setelah mendapat bantuan Dana daripada  JAIS sedikit sebanyak telah mengurangkan bebanan kepada pihak sekolah .

Tetapi dengan  aset (Meja, Kerusi)  yang  telah di dibekalkan oleh pihak JKR tidak mengikuti spesifikasi sudah tentunya membuatkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan sedikit sebanyak  membuatkan pihak sekolah merasa kesal diatas pembekalan yang diberi oleh pihak berkenaan.

Pihak sekolah telah membuat aduan tersebut kepada pihak YB Dato’  Hasan selaku Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam, agar dapat membantu mengatasi masalah tersebut kerana jika tidak mendapat surat sokongan daripada YB Dato’ untuk menukarkan kembali perabot tersebut sudah pasti menyukarkan pihak sekolah untuk berurusan dengan pihak berkenaan.

Setelah mendengar masalah tersebut YB Dato’  bersama pihak JKR, MPS, Ahli Majlis, Nazir Masjid,   telah membuat kunjungan ke sekolah berkenaan  baru-baru ini.

Kedatangan YB Dato’ telah disambut oleh pihak Pengetua Sekolah untuk mengiringi beliau kedalam Kelas  bagi melihat keadaan kerusi dan meja yang dibekalkan  dengan Anggaran baru yang diberikan oleh pihak JKR daripada pembiayai daripada pihak JAIS untuk kerusi & meja murid.


YB Dato’ telah dimaklumkan oleh pengetua sekolah mengenai masalah yang dihadapi selama ini adalah Kerusi & Meja murid yang tidak  mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tindakan YB Dato’ untuk atasi masalah ini adalah beliau telah meminta pihak JKR  agar dapat  menukarkan kerusi & meja yang baru  mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sebagai pembeli pihak sekolah berhak membuat pertukaran jika apa yang dimohon tidak mencapai citarasa pengguna dengan mengikuti syarat-syarat perjanjian.

Apabila YB Dato’ meneliti perabot tersebut, jelas kelihatan meja tersebut tidak mengikuti spesifikasi yang telah dimohon oleh pihak sekolah dan tidak sesuai digunakan. Atas keperihatinan beliau terhadap pemasalahan ini, maka YB Dato’  meminta  P.A beliau mengeluarkan surat sokongan sebagai membantu pihak sekolah  bagi mengatasi masalah tersebut.

YB Dato’ amat berharap semoga dengan penyediaan kelengkapan sekolah yang mengcukupi, para pelajar akan mendapat keselesaan untuk belajar dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas.

Pihak Pengetua Sekolah yang mengiringi beliau kelihatan gembira apabila masalah yang dihadapi selama ini akan selesai dalam masa terdekat. Pihak Sekolah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ dan kepada semua yang hadir diatas keperihatinan dan pemantauan yang diberikan disekolah tersebut .

Bagi YB Dato’ tiada yang lebih menggembirakan beliau melainkan  apabila melihat anak – anak generasi muda ini berjaya dunia akhirat. Mereka adalah aset negara yang amat berharga  dan merupakan  sebagai pewaris untuk memajukan negara dengan Adil & Bijaksana apabila ketiadaan kita nanti.

Editor : Khaulah Azwar

One Response

  1. Salam,

    Tentang kerosakan ini, sebagai pilihan kepada keputusan menghantar 800 buah kerusi meja, bagaimana kiranya jika kerusi meja ini dihantar untuk dibaiki terlebih dulu kepada beberapa tukang kayu sekitar Gombak?

    Pastinya pendekatan untuk membekalkan 800 meja dan kerusi dari kontraktor, memakan belanja yang agak besar untuk jangka masa panjang, jika sekolah-sekolah lain pula menghadapi masalah serupa.

    Ikhlas,
    YASIR TAMIZI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: