Zon Bersih ” Khatifah Zamani Ahli Majlis, MPS Zon 11″


Gombak – Masalah gejala sosial semakin hari semakin meningkat dikalangan golongan remaja tidak kira bangsa dan agama. Oleh itu Pengerusi JKP Zon 11 telah mengambil inisatif untuk membendong masalah tersebut dibawah Biro Keselamatan.

Ustazah Khatifah Zamani Ahli Majlis, MPS/Pengerusi JKP Zon 11 berkata masalah tersebut telah sekian lama menular dan sukar untuk diatasi, kerana tiada pemantauan yang kerap dilakukan lebih – lebih lagi aktiviti tersebut dilakukan sebelah malam. Jesteru itu setelah beliau diberi mandat sebagai Ahli Majlis MPS , Zon 11 ,beliau bersama semua AJK JKP berhasrat ingin menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya terhadap masyarakat sekeliling dengan meminta kerjasama semua pihak berkuasa iaitu JAIS, Polis, Nazir Masjid , Pengerusi Surau dan Rukun Tetangga setiap kawasan agar bersatu hati untuk membenteras masalah gejala sosial. Beliau dan semua AJK JKP amat berharap gejala sosial ini dapat diatasi secepat mungkin dan harus dipandang serius daripada terus – menerus menular dalam masyarakat masa kini. Dibimbangi jika pihak berkuasa tidak mengambil langkah secepat mungkin penyakit ini akan terus merebak dan imej M’sia akan terletak dalam senarai gejala sosial yang paling tertinggi berbeza di negara luar.


Beliau yang ditemuramah dalam mesyuarat JKP Zon 11 bersama Pengerusi Masjid & Surau baru -baru ini telah menyatakan bahawa Tahun 2010 adalah merupakan “Tahun Zon Bersih bagi Zon 11”. Beliau tidak mahu masyarakat menganggap MPS dan Ahli Majlis hanya dikaitkan dengan masalah sampah dan longkang sahaja . Tanggungjawab sebagai Ahli Majlis bukan semudah itu untuk dilaksanakan jika tidak memberi komitmen yang tinggi terhadap permasalahan masyarakat. Sebaliknya beliau merasakan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis merangkumi berbagai aspek yang harus dilaksanakan. Beliau berpegang kepada prinsip “Jika kita membantu orang, nescaya ALLAH membantu urusan kita juga, dan saya rasa gembira bila melihat masyarakat gembira apabila masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaiknya”.

Oleh itu beliau berazam ingin meletakkan Zon 11, MPS  sebagai Zon Bersih di Kaw. Adun Gombak Setia. Bersih yang dimaksudkan disini ialah dari semua aspek iaitu sampah, masalah sosial, masalah rasuah yang berleluasa, bersih daripada maksiat serta bersih Jasmani dan rohaninya.

Selain daripada itu beliau amat berharap agar semua pihak dapat melaksanakan Amal Maaruf Nahi Mungkar dan tidak meletakkan bebanan kepada pihak Nazir Masjid, Jawatan Kuasa Surau ataupun JAIS sahaja. Ianya merupakan tanggunngjawab bersama masyarakat setempat apatah lagi institusi kekeluargaan yang perlu diperbaiki.

Untuk memastikan pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar maka JKP Zon 11 telah bercadang akan menubuhkan 1 organisasi Keselamatan Berkelompok di Zon 11 yang melibatkan kawasan Tmn Samudera, Apartmen Casmaria, Apartmen Fiona, Tmn Selasih Fasa 2, dan Flat Samudera. Tujuan penubuhan oraganisasi tersebut adalah untuk mengatasi masalah sosial dari terus menular.

Ustazah Khatifah berkata lagi, kita sering kali mendengar masalah penduduk, terutamanya pecah rumah, pecah kenderaan, membuat maksiat samada di kawasan terbuka / tersembunyi, inilah yang menyebabkan pihak JKP Zon 11 ingin menyatukan tenaga bersama semua pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. Operasi ini harus dilakasanakan secepat mungkin dan pihak berkenaan akan membuat pemantauan disebelah malam mengikut jadual yang akan dirangka tidak lama lagi. Semoga dengan penubuhan Biro Keselamatan di bawah organisasi JKP Zon11 sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah yang timbul di kawasan yang terbabit.

Beliau melahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan kehadiran semua pihak ke mesyuarat malam tersebut dan memberi kerjasama, semangat yang tinggi dan sanggup meluangkan masa demi kesejahteraan masyarakat setempat. Beliau amat berharap agar matlamat untuk mewujudkan Zon Bersih akan tercapai.

Beliau telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir, jika pelaksanaan Keselamatan ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak insya-ALLAH anak -anak remaja termasuklah anak kita sendiri akan menjadi anak bangsa yang berguna di dalam masyarakat dan sebagai pewaris menerajui negara dimasa akan datang.


Editor : Khaulah Azwar

One Response

  1. rakyat diutamakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: