Kesakitan Rakyat turut dirasai- Adun GS “YB DHMA”

Gombak – Tidak pernah mengenal erti penat. Beginilah rutin kehidupan YB DHMA setiap hujung minggu. Menziarahi penduduk sekitar gombak tiada hentinya selagi menerima berbagai jemputan dan perkhabaran daripada penduduk yang ditimpa musibah dan kematian.

Selepas mengadakan 2 program besar bersama rakyat untuk meraikan pelajar miskin dan masyarakat india, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya untuk melawat penduduk daripada satu tempat ke tempat yang lain.


YB DHMA  telah menziarahi sebuah keluarga di Lorong Anggerik 1, Tmn Bolton yang melibatkan 2 orang adik beradik diuji dengan penyakit kanser. Beliau adalah En Zahri B. Abdul  dan Kakak beliau iaitu Pn Azizah Bt. Abdul yang menderita sakit kanser Rahim.

Apabila melihat keadaan mereka sebagai saudara semuslim  YB DHMA   turut merasai penderitaan dan kesakitan yang mereka tanggung selama ini. Untuk meringankan bebanan mereka YB DHMA telah memberi sumbangan kepada mereka bagi membantu kos perubatan. Semoga mereka sabar dan redha dalam hadapi ujian kesakitan yang diberi oleh ALLAH swt untuk menguji  kesabaran & keimanan kita.

Perkhabaran terkini pihak PKM Dun GS telah menerima berita bahawa  En Zahri Abdul telah pulang ke rahmatullah semalam  17/01/2010 akibat daripada derita sakit yang dirasai. Semoga Roh Allahyarham  ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-Fateha.

KOLEKSI FOTO :

Editor: Khaulah Azwar

Takziah daripada ADUN Gombak Setia – Bertemu dengan keluarga Allahyarham Mohd Zihni Zulkifli

Gombak- Lawatan YB DHMA bersama kakitangan PKM dan nazir masjid Ar-Rahimah di Kg Bolton baru-baru ini yang melibatkan kematian seorang  penduduk iaitu En Mohd Zihni B. Zulkifli, 22thn yang telah pulang kerahmatuallah pada 16/01/2010.

Kehadiran YB Dato’ telah disambut oleh kerluarga arwah dan penduduk sekitarnya. Keluarga arwah telah menerangkan kejadian kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa anak mereka.

Kenderaan yang dinaiki oleh beliau telah terbabas dan beliau telah meninggal ditempat kejadian. Ucapan takziah daripada YB Dato’ bersama kakitangan PKM dan Nazir Masjid Ar-Rahimah terhadap keluarga beliau. Semoga rohnya ditempatkan didalam golongan para solihin. Al-Fateha.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar

Adun – Ziarah Jenazah Warga Emas di Bt 9


Gombak- Lawatan Kematian YB Dato’ kepada seorang warga Emas berusia 64thn  di Bt 9. Beliau adalah Pn. Noriyah Mohd Tahir yang mengalami sakit tua telah pulang kerahmatuallah pada 17/01/2010.


YB Dato’ telah  menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada suami beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.


Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dapat memberi sedikit kekuatan  dan menenangkan keadaan.


KOLEKSI FOTO


Editor : Khaulah Azwar