Adun meraikan Saudara Baru ” YB DHMA”

Gombak – Kedatangan saudara baru ke dalam agama Islam perlu disambut bagi menunjukkan ikatan perpaduan yang utuh di kalangan penduduk berbilang bangsa dan agama di Negara ini.

Justeru, Exco Selangor yang juga ADUN Gombak Setia, YB DHMA telah meraikan 6 orang saudara baru di  PASTI  Ibnu Sina selepas merasmikan program sumbangan pelajar miskin di PKM DUN Gombak Setia baru-baru ini.

Majlis ini diadakan bagi sama-sama meraikan kedatangan saudara baru, iatitu En. Abd Rahman B. Abdullah, Nortahharwati Bt Abdullah, Mohd Yusof B. Abd. Rahman, Abd Kalam Abd. Rahman, Mohd Ariffin B. Abd. Rahman dan Muhammad Adam Pok Abdullah. Mereka semua tinggal di Tmn Gombak dan Klang.


Walaupun kedatangan YB DHMA di majlis tersebut tidak lama kerana untuk menghadirkan diri dalam program bersama masyarakat india namunpun begitu ia memberi kegembiraan kepada mereka kerana telah bertemu dengan pimpinan yang beribawa. Dan hasrat mereka semoga akan diadakan satu  majlis yang memberi mereka peluang untuk bersama YB DHMA.


Mereka ketika ditemubual menyatakan bahawa beliau telah memeluk ISLAM sejak tahun lepas dalam bulan ramadhan. Hidayah ALLAH diberi kepada mereka saat-saat umat ISLAM sedang memburu malam lailatulqadar. Alhamdulilah didalam kuliah yang diberikan oleh seorang ustaz mengenai Neraka dan syurga telah menyentuh hati mereka dan semenjak daripada itu hati mereka berdebar-debar dan telah bertemu dengan ustaz tersebut dengan menyampaikan hasrat mereka untuk memeluk ISLAM. Semoga hidayah yang ALLAH berikan kepada mereka akan kekal dengan bimbingan sahabat semulim yang lain.

Tn Hj Mansor bersama penduduk  menyatakan bahawa  beliau rasa bertangungjawab untuk membimbing mereka dan membawa mereka mendalami ISLAM lebih dekat lagi. Jesteru itu mereka sering dibawa ke mana-mana majlis ILMU dan akan dibawa ke Perkim agar mereka lebih mengenali ISLAM lebih mendalam agi. Beliau tidak mahu saudara baru ini dibiarkan begitu sahaja tanpa bimbingan bimbang jika iman tidak kuat akan dipengaruhi oleh anasir-anasir yang akan merosakakn akidah mereka kembali. Jesteru itu beliau bersama penduduk di sekitar rumah beliau di tmn gombak membawa mereka di majlis ini dan secara kebetulan PKM Dun Gombak Setia mempunyai program maka semoga diberi peluang utk bertemu dengan YB DHMA untuk meraikan mereka.

Dengan rasa sangat terharu, beliau dan saudara baru mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak PKM DUN Gombak Setia & YB DHMA sudi bersama seketika dengan saudara baru ini walaupun sibuk dengan tugas harian. Majlis tersebut telah bersurai setelah solat zohor berkumandang menyeru umat ISLAM agar mengabdikan diri pada rabbnya dengan meninggalkan seketika urusan dunia.



Editor : Khaulah Azwar

Advertisements

Adun Mendekati Masyarakat India – YB DHMA

Gombak  – Menjadi wakil rakyat adalah satu tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. Sebagai Adun, untuk mendekati rakyat adalah satu tanggungjawab yang harus dilakukan. Tugas yang harus mereka laksanakan dengan turun padang mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling, mengatasi masalah yang dihadapi penduduk dan memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Pelaksanaan tugas tersebut bukanlah harus dilakukan hanya apabila tiba bahang-bahang pilihan raya tetapi harus dilaksanakan apabila diri telah dilantik oleh rakyat dalam pilihan raya yang telah dilalui.


Oleh itu sebagai pimpinan yang beribawa yang telah diberikan amanah dan mandat sepenuhnya oleh rakyat YB DHMA sedaya upaya menyusunkan berbagai program untuk bersama rakyat. Segala perancangan gerak kerja yang telah tersusun rapi bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan semua jentera ahli PAS Kaw. Gombak  akan dilakasanakan mengikut jadual yang telah direncanakan. Dengan cara sedemikian hubungan 2 hala antara pimpinan dan  rakyat akan terjalin.

Makan pagi bersama masyarakat india yang telah diadakan baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar gombak. Beliau merasa gembira apabila dapat bertemu dengan rakyat secara bersantai lebih-lebih lagi apabila beliau dapat mendengar masalah rakyat ketika makan bersama rakyat.


Beliau telah dikelilingi oleh berbagai  peringkat umur  untuk mendengar berbagai cadangan dan idea orang muda untuk dilaksanakan bersama, agar rakyat di Kaw. Gombak terutamanya  merasa berpuas hati keatas khidmat yang diberikan oleh beliau kepada rakyat. Segala cadangan rakyat telah diambil perhatian oleh YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia serta ahli majlis MPS.

YB DHMA merasa berpuas hati dengan program yang telah berjaya dilaksanakan dan harapan beliau program tersebut harus diadakan setiap bulan bagi mengenal pasti segala masalah penduduk dan memberi peluang kepada rakyat dengan menerima segala cadangan yang bernas agar dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama.

Pertemuan bersama masyarakat india  baru-baru ini telah memberi gambaran positif bahawa PRU ke-13, parti PR akan memperolehi kemenangan yang besar dengan membuat persiapan gerak kerja yang dilakukan oleh semua jentera PR. YB DHMA berkata beliau yakin  rakyat sudah bersedia untuk memilih parti yang terbaik dalam menghadapi PRU akan datang.


Didalam pertemuan makan bersama masyarakat india YB DHMA telah menerangkan kepada masyarakat india mengenai kelebihan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat di Negeri Selangor. Pemberian tersebut bukan hanya diberi kepada bangsa melayu sahaja tetapi diberi kepada semua bangsa & agama  walaupun berbeza pemahaman politik &  parti.



Beliau menyeru masyarakat india &  cina agar menyertai kelab penyokong PAS yang boleh didaftarkan di PKM DUN Gombak Setia & PKM Sri Gombak. Bagi yang masih tidak mendaftar diri untuk mengundi pada PR 13 boleh berdaftar di PKM yang terhampir dengan segera. Beliau telah menerangkan kepada masyarakat india yang telah hadir ke program tersebut bahawa “apabila menjadi  ahli Kelab Penyokong PAS tidak bermakna mereka akan memasuki ISLAM. Tetapi YB DHMA  telah menerangkan bahawa jika menyertai kelab penyokong PAS mereka  bangsa (India, Cina) akan memberi sokongan kepada Parti PAS & PKR dengan segala cadangan dan  kerjasama agar pelaksanaan gerakkerja dalam parti mendapat sambutan yang baik kepada semua masyarakat.  Tidak sedikitpun  mereka di paksa untuk memeluk ISLAM jika menyertai PAS. Beliau amat berharap agar dengan  adanya program ini,  masyarakat india & cina mendapat kefahaman yang lebih jelas  mengenai Kelab Penyokong PAS  dan  dapat menerima parti PR sebaiknya.

YB DHMA berkata lagi sebagai  Pemimpin harus memikirkan bagaimana untuk memberi berbanding untuk mendapat. Apabila kita berfikir bagaimana untuk memberi,  fokus kita ialah peranan bukan ganjaran. Malangnya, ramai yang berfikir secara songsang. Apa yang difokuskan bukan peranan tetapi ganjaran. Jika kita hnaya berfikir tentang ganjaran, maka  ini  akan menyebabkan kita mengabaikan peranan sebagai pimpinan/Adun. Sebaliknya, apabila seorang pemimpin fokusnya pada peranan  maka ganjaran akan datang  dengan sendirinya. ALLAH tidak mensia-siakan hambanya yang benar-benar Ikhlas dalam bekerja dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pimpinan. Jika hakikat ini masih diragui, apakah layak kita menjadi pemimpin?

Penulis ingin sekali menyeru kepada semua rakyat untuk berfikir sejenak, masih ada waktu untuk bertindak  parti manakah yang terbaik dan memilih pimpinan yang beriman, beribawa untuk menerajui negara dan mempunyai akhlak mulia.

Bagaimanakah barisan kepimpinan kita yang menerajui M’sia pada masa kini?? Sudahkah dilantik orang yang baik-baik yang tidak mengamalkan rasuah, tidak mengutamakan kroni, hanya mementingkan diri mereka sendiri daripada rakyat yang kini dihimpit dengan berbagai tekanan ekonomi?? Itupun sudah terlalu sukar. Dan sudahkah orang yang baik itu telah melaksanakan kebaikannya kepada masyarakat?? Hal yang kedua ini jauh lebih sukar.  Semoga kebijaksanaan yang ALLAH berikan kepada kita semua mampu mengubah segalanya.. waallahhualam..

KOLEKSI FOTO


Editor : Khaulah Azwar