Yang Sakit Di Kunjungi “Khatifah Zamani” Ahli Majlis MPS


Gombak – Didalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis, MPS Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong masih mempunyai waktu utuk menziarahi Pn. Rohayati Hashim yang merupakan muslimat veteran PAS di Kaw. Gombak. Beliau pernah dianugerahi Tokoh Muslimat Veteran atas jasa dan sumbangan beliau yang dicurahkan dengan penuh dedikasi tanpa mengenal erti lelah. Beliau seisi keluarga telah mengalami musibah kemalangan di Temerloh Pahang baru-Baru ini.

Lawatan Ziarah oleh Ahli Majlis, MPS yang diiringi oleh Pn. Dr. Azimah bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia & AJK Dewan Muslimat PAS Kaw. Gombak terhadap Pn. Rohayati Hashim sekeluarga di HUKM, Cheras. Beliau mengalami kecederaan patah kaki yang serius. Manakala suami beliau telah pulang kerahmatuallah ditempat kejadian dan anak sulong beliau mengalami cedera parah.

Kunjungan daripada sahabat-sahabat yang terdiri daripada muslimat PAS Kaw. Gombak tidak putus arus apabila menerima berita kemalangan yang berlaku keatas diri beliau sekeluarga. Ketibaan sahabat-sahabat seperjuangan yang menziarahi beliau tetap disambut dengan senyuman meskipun jelas kelihatan beliau begitu lemah. Setiap orang yang menziarahi beliau pasti amat terharu apabila mendengar segala kata-kata beliau dimana dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau masih lagi memikirkan kekuasaan & kebesaran ALLAH swt mengenai ilmu perubatan yang kini semakin canggih lebih-lebih lagi apabila kulit kaki beliau hanya akan ditampal sahaja kalau hendak dibandingkan zaman dulu. Beliau berkata lagi bahawa terlalu bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Begitulah semangat yang ada dalam diri beliau walaupun seisi keluarga ditimpa musibah namun beliau mempunyai semangat kental dan masih lagi boleh berfikir secara positif.

Pn. Khatifah berkata setelah melihat diri Pn Rohayati yang terlantar dalam Hospital beliau begitu kagum dengan semangat dan kekuatan jiwa yang ada pada diri sahabatnya. Sebagai sahabat seperjuangan beliau merasa berat mata memandang menyaksikan musibah yang menimpa Pn Rohayati sekeluarga. Kalau iman tidak kuat pasti ada yang tidak redha dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi apabila dalam masa yang beliau kehilangan orang yang dikasihi. Hanya doa kami panjatkan agar beliau dikurniakan kekuatan iman dan sabar dalam hadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: