Meringankan bebanan Rakyat ” YB DHMA”

Gombak- Meringankan bebanan rakyat adalah salah satu tanggungjawab Adun. Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan skim bantuan pelajar Miskin Negeri Selangor bagi 56 Dun – Dun di Negeri Selangor.


Dibawah Skim Bantuan Pelajar Miskin ini, setiap pelajar miskin yang telah dikenal pasti melalui Pejabat ADUN  telah menerima bantuan yuran peperiksaan sebanyak RM90 bagi pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan RM120 bagi pelajar yang menduduki  PMR bagi tahun 2009.


Seramai 100 pelajar  telah menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali di PKM Dun Gombak Setia pada pagi ini.  Turut hadir didalam majlis sumbangan Bantuan Pelajar Miskin adalah Tim. Pengarah PKM Dun Gombak Setia Tn Hj Ezani Mansor, Ahli Majlis  MPS, Seluruh Ketua Kg.  dan   Nazir Masjid Ar-Rahimah.


YB Dato’ telah memaklumkan kepada rakyat yang hadir terdapat berbagai keistimewaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat untuk meringankan bebanan rakyat antaranya membantu ibu tunggal, warga emas,  kemasukan bantuan pelajar IPT  dengan memperolehi sebanyak RM1000, TAWAS dan lain-lain lagi seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri didalam Manifesto P.Raya lalu kepada rakyat. Sehubungan dengan itu Yb Dato’ telah memaklumkan kepada rakyat sebelum sesi persekolahan dibuka Kerajaan Negeri juga telah memberi sumbangan Beg, Kasut sekolah kepada rakyat yang  pendapatan tidak melebihi RM1500 kebawah dan  pada hari ini semua rakyat miskin yang telah disenaraikan oleh Pejabat Adun  diraikan lagi  dengan menerima bantuan kewangan.


Beliau amat berharap para pelajar & keluarga yang telah menerima subangan skim ini agar dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya dan tidak disalah guna. Semoga bantuan diberikan dapat membantu ibubapa membayar yuran sekolah dan melengakapkan peralatan sekolah anak-anak.

Koleksi FOTO



Editor : Khaulah Azwar

Yang Sakit Di Kunjungi “Khatifah Zamani” Ahli Majlis MPS


Gombak – Didalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis, MPS Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong masih mempunyai waktu utuk menziarahi Pn. Rohayati Hashim yang merupakan muslimat veteran PAS di Kaw. Gombak. Beliau pernah dianugerahi Tokoh Muslimat Veteran atas jasa dan sumbangan beliau yang dicurahkan dengan penuh dedikasi tanpa mengenal erti lelah. Beliau seisi keluarga telah mengalami musibah kemalangan di Temerloh Pahang baru-Baru ini.

Lawatan Ziarah oleh Ahli Majlis, MPS yang diiringi oleh Pn. Dr. Azimah bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia & AJK Dewan Muslimat PAS Kaw. Gombak terhadap Pn. Rohayati Hashim sekeluarga di HUKM, Cheras. Beliau mengalami kecederaan patah kaki yang serius. Manakala suami beliau telah pulang kerahmatuallah ditempat kejadian dan anak sulong beliau mengalami cedera parah.

Kunjungan daripada sahabat-sahabat yang terdiri daripada muslimat PAS Kaw. Gombak tidak putus arus apabila menerima berita kemalangan yang berlaku keatas diri beliau sekeluarga. Ketibaan sahabat-sahabat seperjuangan yang menziarahi beliau tetap disambut dengan senyuman meskipun jelas kelihatan beliau begitu lemah. Setiap orang yang menziarahi beliau pasti amat terharu apabila mendengar segala kata-kata beliau dimana dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau masih lagi memikirkan kekuasaan & kebesaran ALLAH swt mengenai ilmu perubatan yang kini semakin canggih lebih-lebih lagi apabila kulit kaki beliau hanya akan ditampal sahaja kalau hendak dibandingkan zaman dulu. Beliau berkata lagi bahawa terlalu bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Begitulah semangat yang ada dalam diri beliau walaupun seisi keluarga ditimpa musibah namun beliau mempunyai semangat kental dan masih lagi boleh berfikir secara positif.

Pn. Khatifah berkata setelah melihat diri Pn Rohayati yang terlantar dalam Hospital beliau begitu kagum dengan semangat dan kekuatan jiwa yang ada pada diri sahabatnya. Sebagai sahabat seperjuangan beliau merasa berat mata memandang menyaksikan musibah yang menimpa Pn Rohayati sekeluarga. Kalau iman tidak kuat pasti ada yang tidak redha dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi apabila dalam masa yang beliau kehilangan orang yang dikasihi. Hanya doa kami panjatkan agar beliau dikurniakan kekuatan iman dan sabar dalam hadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Editor : Khaulah Azwar