Pemantauan YB Dato’ Hasan terhadap Tugasan & Tanggungjawab kakitangan PKM, Nazir Masjid/surau, Ketua Kg

Gombak – Sebagai pimpinan yang diberi amanah  didalam Exco Kerajaan Negeri / Adun Gombak Setia, YB Dato’ telah mengemaskini segala perancangan gerakkerja yang lebih efektif  agar beliau lebih mudah dapat meluangkan masa bersama Kakitangan   PKM Dun Gombak Setia, Ahli Majlis-Ahli Majlis, MPS  di   Zon  Gombak , Nazir Masjid, Ketua-Ketua Kg.  dengan memantau  segala tugasan, tanggungjawab dan amanah  yang diberikan.


Prinsip  beliau yang amat berpegang teguh dengan pengurusan masa adalah amat dijagai agar apa yang dirancang tidak tersasar . Oleh itu  beliau telah menetapkan  semua kakitangan PKM Dun GS, Ahli Majlis di Zon Gombak, pentadbiran masjid/surau, Ketua-Ketua Kg  dibawah pentadbiran beliau  WAJIB diadakan pertemuan 1 minggu sekali setiap hari selasa secara rasmi untuk memastikan agar segala pemasalahan yang berlaku dapat dikenal pasti dan dapat diatasi sebaiknya. Selain daripada itu agar hubungan 2 hala antara Majikan, dan sebagai wakil rakyat di gombak terjalin lebih rapat lagi dengan membuat pertemuan atau proram bersama rakyat. Bagi beliau kesibukan  di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang beliau untuk bersama kakitangan atau bersama rakyat di Gombak Setia.


Beliau tetap akan meluangkan masa  bersama rakyat setiap hujung minggu di Pusat Khidmat Masyarakat  Dun Gombak Setia  dan jika tiada urusan yang lebih penting beliau akan turun padang untuk bertemu penduduk sekitar gombak.

Bagi beliau 2010 adalah merupakan tahun memartabatkan parti PAS agar terus mendapat sokongan berbagai bangsa dan agama yang penting tunduk dan  perjuangan parti. Untuk mencapai kearah itu haruslah kita mengemaskini semua gerakkerja dan bekerja lebih kuat lagi untuk memastikan PR  memperolehi kemenangan yang besar pada PRU ke 13 akan datang.  Beliau berkata lagi,  setelah usaha dengan bersungguh-sungguh kita berserah kepada ALLAH swt samaada menang/kalah itu bukan alasannya tetapi menjalankan tangungjawab kita sebaiknya setelah diberi amanah oleh pimpinan dan rakyat pada kita.


Kata-kata beliau  telah memberi suntikan semangat kepada semua yang hadir dalam mesyuarat baru-baru ini  di pej PKM agar mereka tidak terleka kerana masa beredar begitu pantas dan secara tidak sedar kita akan berhadapan dengan tahun baru dan penentu masa depan negara  samada PR terus kekal/sebaliknya. Oleh yang demikian beliau amat berharap agar semua ahli pas, kelab penyokong PAS dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebaiknya insya-ALLAH beliau akan sentiasa memberi komitment yang tinggi bagi membantu segala gerakkerja.


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: