Kunjungan Adun Mengembirakan Rakyat

Gombak – Selepas pertemuan bersama kakitangan  dalam mesyuarat, Yb Dato’ telah membuat lawatan ziarah beberapa penduduk di sekitar Kg. Sg Changkat petang semalam setelah menerima berita kematian seorang warga Emas iaitu  En. Zulkifli Abd Rahman, 91thn yang telah pulang kerahmatuallah pada 11/1/10 di  Tmn Perwira 1  iaitu rumah anak beliau. Beliau meninggal kerana  sakit tua.


YB Dato’  Hasan Bin Mohamed Ali telah  menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada anak beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.


Kunjungan demi kunjungan diberikan oleh YB Dato’ sebagai Adun kepada penduduk Warga Emas di sekitar Kg Sg Changkat petang semalam. Beliau telah diiringi oleh beberapa kakitangan PKM Dun GS, Ketua Kg Sg Changkat dan beberapa orang penduduk. Menurut En Zainal , En Zakaria Duamin, 77 thn telah mengalami lumpuh selama 10thn, isteri beliau telah lama meninggal dunia dan kini beliau duduk bersama  6 orang anaknya.


Ziarah Warga Emas seterusnya adalah En. Mohamad B. Hj Shamsuddin 76thn bersama isterinya Pn Ramlah Mat Sarif, 73thn. En. Mohamad yang mengalami lumpuh bermula daripada sakit lutut kemudian beliau menyatakan semakin hari beliau tidak dapat berjalan lagi sehingga kini hanya bergantung pada kerusi roda untuk meneruskan perjalanan dan tidak mahu terlalu kerap menysusahkan isteri dan anak-anaknya. Sedangkan isteri beliau juga kini tidak berapa sihat. Kini isterinya juga telah menggunakan tongkat sahaja untuk meneruskan langkah.


Semoga kunjungan YB Dato’ kepada rakyat dapat memberi semangat kepada mereka untuk teruskan kehidupan seperti biasa walaupun diuji kesakitan.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: