Majlis Dailog Pengangkutan Awam Kg. Sg. Pusu Bersama YB Dato’

Gombak – Segala kerisauan Penduduk Kg. Sg Pusu mengenai masalah pengangkutan awam terutamanya bagi kemudahan anak-anak ke sekolah kini sudah terjawab apabila pihak PKM Dun Gombak Setia telah mengambil inisatif untuk mengadakan Majlis Dailog antara penduduk bersama YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bagi mendengar masalah penduduk  dan akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik antara penduduk dengan agensi-agensi yang terlibat.


Turut menghadirkan diri dalam  Majlis Dailog bersama YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali adalah En. Radhi Yusof Pengarah PKM Dun Gombak Setia, Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej.  Daerah, MPS & JKR yang telah diadakan pagi semalam di Dewan Masyarakat Kg. Sg Pusu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali.


YB Dato’ menyatakan bahawa perlu adanya Majlis Dailog antara penduduk kerana dengan adanya perjumpaan sedemikian beliau dan kakitangan PKM dapat mendengar dan membantu masalah yang mereka hadapi. Segala permintaan penduduk dan kertas kerja yang diusulkan oleh penduduk kepada YB Dato’ akan diteliti terlebih dahulu dan sekiranya bersesuaian beliau akan membawa usul tersebut kepada Mesyuarat Exco Negeri  Selangor untuk dibincang bersama MB Selangor sebelum dilaksanakan.


Selain daripada itu, YB Dato’ menyatakan bahawa  dengan adanya Dailog ini penduduk akan mendengar sendiri daripada agensi yang terbabit daripada pertemuan Dua mata dan dari hati ke hati   dengan mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh Yb Dato’ Hasan, Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar) perwakilan daripada Pej Tanah, Bas Rapid, MPS bagi mengatasi masalah yang telah timbul dan beberapa faktor lain di kawasan tersebut.


Tujuan utama mengadakan majlis tersebut adalah untuk menyelesaikan segala pemasalahan yang dihadapi oleh penduduk Kg. Sg Pusu yang amat mengharapkan setelah PR memerintah akan memberi sinar baru kepada penduduk sekurang-kurangnya menyediakan kemudahan Awam untuk anak-anak ke sekolah kerana bagi penduduk Kg. Sg Pusu mereka merasakan Penantian bagaikan satu penyeksaan  setelah sekian lama permohonan pengangkutan dibuat  tidak diambil perhatian semenjak pemerintahan UMNO walaupun  beberapa kali membuat permohonan tersebut.


Penduduk menyatakan bahawa masalah kemudahan awam tidak sepatutnya berlaku pada zaman yang serba moden lebih-lebih lagi setelah Negara yang semakin berkemajuan.

Draf perancangan terakhir yanng telah dibuat pada 2008 oleh Tn Hj. Mohd Naim  daripada pej. Tanah terutamanya adalah :-

1) Pembangunan dan infrastruktur Kg Sg. Pusu yang melibatkan lot-lot kecil yang dibangunkan tanpa menyeluruh & efektif;

2) Bentuk muka bumi kawasan ketinggian yang berbukit bukau dengan ketingian 100-300m hampir 60% terletak kelas 3 & 4;

3) Pembangunan kediaman yang menjangkau sempadan lot;

4) Pembangunan sedia ada melibatkan lot-lot kecil & kawasan berbukit;

5) Penyediaan kemudahan awam – kawasan laluan adalah sempit & tidak mempunyai kawasan yang strategik;

6) Sistem pengangkutan masih terlalu rendah;

7) Sistem perparitan, pembangunan adalah tidak teratur menyebabkan mudah berlaku tanah runtuh, banjir dan berlaku pencemaran air & udara;

8)   Tidak ada pemantauan  pembuangan sampah dilakukan.

Untuk atasi masalah tersebut pihak beliau telah merancang beberapa perkara iaitu  :-

1) Menaik tarafkan kawasan Kg Sg. Pusu akan diadakan Pintu Gerbang di laluan Kubur;

2) Komersial Ke 2 (Bazaar) akan diberi keutamaan kepada penduduk tempatan;

3) Mendirikan Sek. Ren. Keb.

4) Membuat Laluan Alternatif sekiranya berlaku banjir dan lain-lain;

5) Resort

6) Kediaman berkembar

7) Kediaman teres (mengikut kesesuaian)

8) Kediaman  rumah bandar dan lain-lain.

Bagi masalah kemudahan Awam pula telah di bentangkan oleh En Faizal daripada Rapid KL. Beliau telah menerangkan masalah yang berlaku selama ini adalah  :-

i) Laluan Bas Masuk ke Kg. Sg Pusu yang sempit adalah merbahaya kerana  Bas Rapid adalah panjang bimbang akan berlaku kemalangan kepada penduduk  dan pengguna jalan .

Majlis tersebut telah dilengkapkan dengan sesi Dailog antara penduduk agar kedua belah pihak merasa berpuas hati dengan mendegar masalah dan mengatasi masalah tersebut dengan efektif.  Antaranya adalah : –


1)  En Abd Latif Rashid : Semasa   thn 60an daripada 10 buah bas yang masuk tetapi  kini hanya 2 bas sahaja.Permit bas telah diberhentikan iaitu laluan KL – Kg Sg. Pusu.

: Adakah Ketua Kg. sudah membuat surat rayuan semula untuk permohonan Bas?? Tidak sepatutnya Ketua Kg meletakkan bebanan kepada YB Dato’ Hasan semuanya sekiranya tidak diambil tindakan terlebih dahulu.

Jawapan : En. Faizal (Rapid KL)

: Permit intrakota adalah sampai di UIA sahaja.

: Bas Pendek masih tiada lagi cuma yang ada Putra Line Mini Bas.Walaubagaimanapun pihak beliau telah memberi cadangan kepada syarikat agar adakan Bas pendek bagi membantu kawasan-kawasan yang bermasalah seperti ini.

: Beliau meminta Ketua Kg. agar buatkan surat permohonan dan sokongan daripada pihak MPS, Adun dan lain-lain agar dengan ada sokongan daripada pihak berkenaan permohonan tersebut akan lebih kukuh lagi.

:Ketua Kg. : Beliau menyatakan sudah membuat surat permohonan kepada MTD & Ahli Parlimen untuk menyambungkan permohonan kemudahan pengangkutan awam.


2) En. Noor : Jalan pecah dan berlekok-lekok tidak dibuat pemantauan, bimbang memberi kesan buruk kepada pengguna jalan raya.  Mohon YB Dato’ dapat memberi sedikit sumbangan bagi membantu membaiki jalan tersebut.

: Beliau memohon agar YB Dato’ adakan padang permainan di kawasan Kg Sg Pusu. Terdapat 2 tapak kosong  boleh dibangunkan sebagai Tapak Futsall dan Badminton tetapi untuk membangunkan kawasan tersebut tiada peruntukan. Beliau   minta jasa baik YB Dato’ dapat memberi sedikit sumbangan agar anak-anak muda dapat melakukan aktiviti berfaedah waktu lapang daripada terlibat aktiviti sosial yang tidak mendatangkan faedah.

Jawapan YB Dato’ : Beliau akan melihat kawasan bermasalah dengan membuat pemantauan bersama MPS, JPS, Pej. Daerah, JKR. Beliau telah memberi cadangan sekiranya jika diizinkan oleh ALLAH swt beliau ingin sekali menjadikan Kg. Sg Pusu dengan Adat, Warisan Desa ISLAM Kg. Sg. Pusu bersesuaian dengan konsep ISLAM seperti UIA.

: Beliau akan membantu dengan mengusulkan semua cadangan penduduk kepada MB Selangor terlebih dahulu untuk menaiktaraf kawasan Kg Sg Pusu mengikut kesesuaian.

3) En. Daud : Memohon agar penyediaan pengangkutan awam terutamanya pelajar sekolah perlu dibuat 4 sesi   kerana pengangkutan Bas tiada disini untuk pelajar keluar daripada Kg. Sg. Pusu ke UIA adalah jauh dan kesian kepada pelajar dan keselamatan pelajar juga harus diberi.

Jawapan YB Dato’: Insya-ALLAH seperti yang telah En. Faizal nyatakan tadi beliau akan membawa usul ini kepada syarikat bas untuk dibincangkan kembali dan akan diusahakan dengan menyediakan bas pendek bagi kawasan yang bermasalah. Bagi kemudahan Bas lain akan diusahakan kemudian yang penting untuk pelajar harus diberi keutamaan terlebih dahulu.


Majlis tersebut telah tamat jam 1:00tghari dengan makan bersama rakyat dan sesi temubual bersama YB Dato’ oleh wartawan. Semoga dengan adanya sesi Dailog ini penduduk Kg. Sg Pusu merasa berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh pihak YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali bersama Kakitangan PKM DUN Gombak Setia dan semua agensi yang terlibat. Semoga perancangan dan pertemuan ini diberkati ALLAH dan pelaksanaan seterusnya semoga akan dipermudahkan.


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: