JAMBORI NISA’ SELANGOR ’09 PECAH REKOD


Gombak – Saat-saat negara dibimbangai dengan gejala sosial yang sentiasa membimbangi pihak ibubapa penjaga terhadap anak-anak, maka pihak Nisa’ Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk sedaya upaya mengatasi masalah tersebut dengan mendekati remaja.

Pecutian sekolah yang semakin tamat dan tirai penghujung tahun hanya tinggal beberapa hari Nisa’ Selangor telah berjaya mengadakan Jambori Nisa’ dibawah Unit Latihan (ULT)’ di Bukit Lagong Selayang, Selangor selama 3 hari 2 malam yang bermula daripada 25-27hb Dis, 2009 dimana sebanyak 22 kawasan di Negeri Selangor telah terlibat dalam perkhemahan ini.



Hampir Seramai 500 remaja perempuan yang berumur antara 13thn sehingga 18thn telah terlibat dalam penglibatan perkhemahan tersebut. Perkhemahan yang bertemakan
“I’m A Super Muslim”mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peringkat dan ibubapa penjaga dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dengan mengikuti perkhemahan tersebut.


Tujuan utama mengadakan Jambori Nisa’ adalah untuk melahirkan remaja ISLAM khususnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari sahsiah dan gemilang dari akedemiknya. Selain daripada itu penerapan yang disisipkan kepada para pelajar adalah untuk mendidik para pelajar agar memahami mengamalkan cara kehidupan ISLAM yang hakiki.


Objektif utama adalah untuk mendidik para pelajar menyemai sifat kasih sayang cintakan ISLAM serta mengasah peserta agar belajar hidup berdidikari, berkarisma dan berdaya saing untuk mendepani kepelbagaian cabaran yang menanti. Selain daripada itu untuk memantapkan diri remaja agar lebih berkahlak mulia, berdisplin serta saling bekerjasama antara satu sama lain. Para pelajar juga di didik dengan memupuk silaturahim dan mengukhuhkan ukhwwah ISLAMIAH sesama muslim.

Terdapat 4 kawasan yang berjaya mengumpul peserta teramai iaitu adalah Kontijen Nisa’ Gombak, Nisa’ Kapar, Nisa’ K.Langat, Serdang.

Modul yang dibentangkan dalam Jambori Nisa’ adalah Sesi Simpulan Kasih, ICE Breaking (Peserta brsama AJK & facilitator), penyediaan ruangan tazkirah 3 hari 2 malam dengan pengisian Scan Hati & Toup Iman, Activate Amal & Reload Taqwa, Cita vs Cinta, Pemantapan Kendiri dengan Modul Iman Inside), I Love ISLAM, Impak Muslimah (Muslimah Power), Connecting Ummah dan berbagai modul yang disediakan oleh pihak penganjur dengan kerja berkumpulan.

Selain daripada Akiviti modul para peserta juga didedahkan dengan aktiviti “outdors games” iaitu dengan mengadakan aktiviti tahan lasak. Para pelajar diuji dengan daya ketahan mental dan fizikal. Dalam aktiviti “outdors games” ini Para pelajar akan di berikan cara mengimbangi badan, merentas kawasan-kawasan larangan, mendaki bukit, “Jungle Tracking/ Night walk” dan lain-lain aktiviti yang diberikan oleh pihak komander yang telah dilantik.

Pihak penganjur juga telah mengadakan malam Kesenian ISLAM dimana semua peserta terlibat dalam persembahan iaitu Nasyid, Pentomin, sajak dan lain-lain untuk mengcungkil bakat yang terpendam oleh semua peserta.


Pn. Siti Masyitah Bt Samsury yang merupakan Ketua Nisa’ Selangor dan Penasihat program berkata `NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA’ adalah berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Ia akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan. KEAHLIAN NISA’ Wanita berusia 13 – 40 tahun.


Cik Nurul Ashidah Binti Johari merupakan pengarah program, ketika ditemubual mengenai program yanng berjaya diadakan beliau terasa terharu diatas kerjasama semua ahli Nisa’ seluruh kawasan Negeri Selangor yang bertungkus lumus dengan memberi kerjasama untuk menjayakan program ini. Dan beliau tidak menduga sama sekali kehadiran peserta didalam golongan remaja begitu ramai kerana anggaran beliau hanya seramai 300 peserta tetapi saat-saat akhir pendaftaran masih ada lagi ibubapa/penjaga menghubungi pihak kami selepas waktu Isya’. Terdapat juga ibubapa yang merayu dan ingin membawa anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam perkhemahan Jambori Nisa’ Selangor. Tetapi bagi pihak kami tidak dapat menerima peserta yang begitu ramai bimbang tidak memberi keberkesanan kepada peserta yang lain walaubagaimanapun beliau berjanji isnya-ALLAH akan diadakan program ini untuk kali ke 3 pada tahun hadapan.


Ini merupakan perkara yang amat baik kerana bukan begitu mudah untuk saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan untuk mengumpulkan peserta kerana saat cuti persekolahan yang terakhir ini terdapat berbagai program yang telah direncanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat Selangor Seperti Kem Belia Spies, Smart Solat dan lain-lain. Kami mengjangkakan berkemungkinan besar program ini tidak mendapat sambutan ramai disebabkan berbagai program telah disusunkan oleh berbagai badan kerajaan tetapi pihak kami rasa terkejut dengan kehadiran peserta daripada berbagai kelompok dan kawasan yang hadir untuk mengikuti program kami.

Beliau berkata lagi untuk mengadakan program Jambori Nisa’ Selangor mengambil masa yang lama bukan masa yang singkat untuk merancang mengadakan program ini tetapi selama 2bulan bagi memastikan segala perancangan gerak kerja kami tersusun dengan rapi dan mendapat kepuasan dan kebaikan kepada peserta yang hadir . Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepada ALLAH swt yang telah memberi kekuatan pada kami untuk menjalankan tanggungjawab kami kepada generasi muda dengan memudahkan urusan kami dalam menyusun segala perancangan yang terbaik untuk kami laksanakan Impian bersama bagi melahirkan Generasi yang beriman kerana mereka inilah merupakan generasi yang akan membawa pimpinan akan datang, isnya-ALLAH.

Harapan beliau semoga peserta yang telah mengikut program Jambori Nisa’ Selangor ’09 akan mendapat input semaxsima yang mungkin dan memperbaikikan diri, akhlak mereka kearah yang lebih baik. Bagi perancangan program akan datang beliau bersama Nisa’ seluruh kawasan selangor akan terus memainkan peranan dengan mengadakan berbagai aktiviti remaja agar para pelajar yang telah mengikuti program ini tidak dibiarkan begitu sahaja malahan mereka akan sentiasa dihubungi oleh unit kami insya-ALLAH kerana mereka dibawah tanggungjawab kami bagi membantu kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan gejala sosial di Negeri Selangor ini semakin berkurangan.

Sepanjang perkhemahan ini diadakan cuaca begitu baik walaubagimanapun sebelah petang cuaca bertukar menjadi hujan namunpun begitu tidak mematahkan semangat kami dan para peserta untuk meneruskan aktiviti, malahan inilah saat-saat yang baik untuk mendidik peserta bagaimana hendak mengambil wudhuk dalam keadaan hujan kerana bilik air amat jauh daripada dewan. Maka disini para peserta diajar cara mengambil air wudhu dengan menggunakan air hujan dalam keadaan darurat. Jangan jadikan alasan jika berlaku darurat sedemikian kita tidak menunaikan solat.

Turut memberi kerjasama menjayakan Jambori Nisa’ Selangor adalah Ustaz Zamri, Mari Mengaji, Pusat Zakat Selangor, Exco Kerajaan Negeri Selangor Perbadanan Adat Istiadat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Nisa’ Educare, I LUV ISLAM.COM, DMPS DPPK, ADUN Gombak Setia YB. Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, ADUN Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar, Poliklinik Hidayah, Ahli Majlis MPS/Pengerusi JKP Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Nisa’ Kawasan, DMP Kawasan, Yayasan Amal Kawasan dan individu-individu yang terlibat dalam memberi sumbangan menjayakan program tersebut.


Majlis penutup telah dhadiri oleh Ustzah W. Hasrinah W. Hassan yang merupakan Pengerusi Bakewanis dan Ahli Majlis MPAJ. Beliau telah menyampaikan siji penyertaan untuk semua kawasan Nisa’ Selangor.


KOLEKSI FOTO Jambori Nisa’ Selangor

Urusetia begitu sibuk membuat preparation tempat


Faci membuat persiapan modul dan tag peserta

wah..semput..semput ramai sungguh peserta yang hadir.. kedatanganmu adik2 ku sangat diantikan.Selamat menempuh dunia tarbiyah..



Hehe.. dah lama tak pasang khemah ni..hrp2 jgn khemah naik atas pokok Sdh le..


Alhamdulilah setled.. pandai gak kami pasang khemah…10m’ je


Faci & Urusetia menanti adik2 masuk ke station rempuh halangan.. sempat lagi kakak2 Nisa’ ni berposing..kenangan bersama sahabat2 Nisa’ selangor..

Hehe.. kami dah selamat station rempuh halangan.. Memang best & mencabar..

Nasib badan le.. dah lama tak masuk terowong hari ini kami kena merangkak..adui..letih2..

Cak..hehe.. alhamdulilah lepas juga masuk terowong gelap ni..nak cuba ke??mai le..


Dah merangkak dalam terowong kena pula memanjat.. betul2 menguji otot2 kami..


huhu…I’M A super Muslim.. power renger.. heh.. adui nasib baik saya tak masuk dalam kolam ni kalu tak sah kena mandi air minyak wangi.. dengan keadaan berhujan…


Gelagat teman2 mencuit hatiku


Teen-Circle bersama adik2 disini tautan kasih bersemi


Menanti sahabat2 dalam meniti rempuh halangan

Apa yang mereka tengok diatas tu ye.


Gurau sendamu teman tidak mudah kulupakan..

Melepaskan penat seketika selepas habis program outdoors Games


Tengok betul2 macammana nak lepas daripada kolam renang ni..


Seiring bersama dalam apa juga, solat dan makan berjemaah tidak ditinggalkan bagi merapatkan ukhwwah fillah

Faci & Urusetia membuat persembahan untuk membakar semangat kepada peserta tanggungjawab sebagai mukmin.


Persembahan istimewa daripada semua AJK , faci untuk disembahkan kepada semua peserta sebelum berakhirnya program..Salam perspisahan..ILLALIQA’..


Beratnya hati ingin meninggalkan sahabat-sahabat..”Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan pasti ada tangisan. Bertemu & Berpisah kerana ALLAH”


Penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta mengikut kawasan

Salah seorang peserta menyatakan merasa gembira dengan mengikuti program Jambori Nisa’ yang tidak pernah ditinggalkan sejak tahun lepas.


Urusetia bersama peserta menunjukkan sijil penyertaan dengan gembira setelah tamat mengikuti Jambori Nisa’ Selangor


“Tangan yang menghayunkan Buaian Menggegarkan Dunia..”

Editor : Khaulah Azwar

3 Responses

  1. salam..mane lg gmbr2 nyer..nk tgk sume gmbr,lg2 yg utk team B pnye..

    • slm ukhwwah buat generasi muda.. Adik2 Nisa’ yg dikasihi (Shida & Sha).. syukran atas kunjungan ke blog YB Dato’ Hassan Ali.. foto terlalu banyak adik tak sempatlah pihak kami nak upload walaubagaimanapun adik boleh ke laman web Nisa’ Gombak & Nisa’ Selangor. Terdpt video klip dan juga semua foto team A & B..Slmt mengupload.. Semoga ilmu yang diberi mampu adik2 mengamalkannya utk kebaikan diri sendiri. Ilmu tanpa amalan adalah sia2.. I.allah akan kami usahakan untuk membawa berbagai program kebaikan adik2 semua.. doakan kami semua mampu buat terbaik utk agama & bangsa..

  2. alhamdulillah…
    saya btuah menyertai jambori ini…
    mmg x sia2…
    smmoga mdpt aplikasi di dunia luar apa y kami plajari di sana…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: