Seramai 320 orang pelajar menerima Bantuan Kasut Sekolah untuk Sesi persekolahan sesi 2010.

Gombak- Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada disamping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. Berikanlah apa yang ALLAH berikan kepada kita kerana disana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita.

Seramai 320 orang pelajar telah menerima bantuan   kasut sekolah   yang ditajakan oleh pihak Ahli Majlis/JKP Zon 11 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia didalam Majlis “Back To School” malam semalam. Semoga usaha yang murni ini dapat memberi sinar, semangat kepada para pelajar untuk menggalakkan mereka bersiap sedia melangkah ke sesi persekolahan baru yang akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong selaku Pengerusi JKP Zon 11 tujuan utama mengadakan program “Back To School” adalah untuk meringankan bebanan kepada keluarga yang kurang upaya, miskin dan pendapatan ibubapa kurang daripada Rm1500 ke bawah.

Selain daripada itu untuk menunaikan janji beliau apabila pemerintahan Kerajaan PKR beliau akan memainkan peranan dan amanah ini sebaiknya sebagai Ahli Majlis kepada rakyat  seadilnya dengan tidak membebankan rakyat. Disamping itu adalah untuk menyahut seruan daripada Menteri Besar Selangor (MB) Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimana duit rakyat berikan dengan dikenakan hasil daripada Kutipan Duit Pasar Malam di sekitar Tmn Selasih Fasa 2 dan Tmn Samudera dipulangkan kepada rakyat kembali.  Tiada 1 sen pun pihak kami mengambil hasil duit kutipan pasar malam tetapi hasil kutipan tersebut dimanfaatkan untuk diberi  kepada rakyat dengan sebaiknya.

Didalam majlis tersebut  pihak penaja telah memaklumkan kepada rakyat yang telah hadir ke program “Back To School” bahawa sebanyak 80 pasang kasut disediakan untuk para pelajar dan selainnya akan diberi kupon kepada ahli keluarga untuk ditukarkan kepada syarikat kedai kasut STAR MARKETING & TRADING  sah laku yang akan bermula daripada 24-31hb Dis, 2009 sahaja.

Beliau rasa bersyukur kerana sepanjang memangku jawatan Ahli Majlis /JKP Zon 11 rakyat sentiasa memberi kerjasama dengan beliau dan mengikuti setiap program yang telah disusunkan bersama AJK JKP yang lain dengan tujuan untuk mendekati rakyat lebih dekat lagi tidak kira bangsa dan agama. Beliau berkata lagi “Sesungguhnya kami berhasrat melaksanakan program yang direncanakan agar rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan Negeri Selangor dalam erti kata sebenar”.

Harapan beliau semoga rakyat sekitar Gombak sentiasa mengikuti program-program yang disusunkan oleh pihak PKM Dun Gombak Setia dan Jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 11 samada program bersama pelajar,ibubapa/kemasyarakatan agar mereka tidak ketinggalan segala informasi daripada Adun/JKP Zon 11. Dengan adanya program ini hubungan 2 hala antara rakyat dan pimpinan akan terjalin.


Turut menghadirkan diri dalam majlis ini En. Radhi Yusof selaku pengarah PKM DUN Gombak setia untuk merasmikan majlis tersebut.  Didalam ucapan yang telah disampaikan oleh beliau mengenai kebersihan, kemafaatan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Bukan sahaja hanya menolong warga Emas, OKU, Ibu Tunggal tetapi semua golongan dengan meringankan rakyat seperti pengurangan subsidi air, beras dan lain-lain.

Selain daripada itu beliau juga telah meminta YB Iskandar agar meminta setiap Flat/pangsapuri   hendaklah dicatkan kembali untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Usul tersebut telah diberikan kepada pihak MPS untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor akan terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor  tanpa mengira asal keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik.


Beliau amat berharap pelajar yang telah menerima bantuan persekolahan ini  akan belajar bersungguh-sungguh dan memberi kejayan kepada ibubapa/penjaga yang banyak memberi pengorbanan.


Kelihatan keceriaan kepada wajah penerima setelah menerima hadiah daripada pihak penaja dan Majlis tersebut dijuadahkan dengan makan malam bersama rakyat.

KOLEKSI FOTO

Ucapan Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11 & Perasmi En radhi Yusof dalam Majlis Back To School.

Penyampaian Kasut & Kupon kepada pelajar & Ibubapa/penjaga setiap kawasan oleh Pengarah PKM dan Penegrusi JKP Zon 11, MPS


Editor : Khaulah Azwar



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: