YB Dato’ menyelesaikan masalah penduduk isu Tanah yang telah dicerobohi

Gombak-Isu tanah sejak akhir-akhir ini sering berlaku kemasukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Pertemuan YB Dato’ bersama beberapa orang penduduk  untuk mendengar dan mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh mereka .

Terdapat beberapa kes yang terjadi dalam pertemuan Yb Dato’ bersama penduduk di PKM gombak Setia baru-baru ini. Kes yang pertama adalah daripada En. Amerudin Yusof  dimana beliau menyatakan kawasan Tanah Simpanan Sungai untuk diguna pakai bagi tujuan Riadah & Nurseri Pertanian yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Gombak pada 15hb Julai, 2009 di alamat  Kg Paya Sg Chincin Gombak dan mendapat perakuan daripada Jabatan Pertanian Gombak /Petaling untuk menyokong pengusaha projek Semaian Bunga & Riadah.

Beliau berkata lagi semenjak dibangunkan kawasan tersebut ada sebuah syarikat yang telah mencerobohi kawasan beliau untuk dibangunkan projek. Beliau telah menunjukkan segala surat menyurat dan dokument yang telah dibuat dan maklum balas daripada JPS untuk mengesahkan bahawa tanah tersebut adalah milik beliau, tetapi amat mengecewakan apabila beliau meminta Syarikat tersebut menunjukkan surat & semua dokument pengesahan tidak diberi. Malahan syarikat tersebut telah  menyatakan bahawa permohonan dibuat telah diluluskan oleh pihak MPS dan mendapat sokongan oleh Jawatan Kuasa Kg. (JKK) iaitu En. Abd. Raib B. Abd Awang.

Syarikat yang dimaksudkan oleh beliau  adalah Syarikat ASA Bakti Sdn Bhd No. 20, Pusat Perniagaan MPS Batu Caves dan pengurus syarikat adalah En. Mohd Isa / En Azmi.

Beliau amat kesal dengan sikap yang dilakukan oleh mereka yag tidak bertanggungjawab dan amat dibimbangi jika diteruskan niat untuk membangunkan kawasan tersebut oleh pihak yang terbabit.

Beliau berkata lagi untuk membangunkan projek ini bukan jumlah yang sedikit tetapi adalah besar dengan berjumlah RM69,800 dan tidak diminta mana-mana pinjaman tetapi hasil daripada simpanan beliau sendiri.

Walaubagaimanapun En Amiruddin telah berbincang dengan pihak berkenaan namun masih tidak diendahkan malahan diteruskan usaha untuk membangunkan kawasan tersebut. Ekoran daripada pemasalahan tersebut maka beliau telah membuat laporan polis pada 4hb Dis, 2009 jam 8:20 mlm. Tujuan membuat laporan adalah sebagai ‘Cover report” untuk keselamatan keluarga & pekerja beliau.

Justeru itu pihak beliau meminta jasa baik YB Dato’ agar dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Bagi pihak YB Dato’, beliau akan  membuat pertemuan dengan syarikat terbabit agar pemasalahan ini dapat diatasi dengan baik  tanpa menindasi orang lain.

KOLEKS FOTO

Kawasana Hutan telah diterokai dan dibangunkan dengan lasdskap.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: