YB Dato’ meraikan rakyat didalam majlis walimatulurus & kunjungan kematian di Kg Tengah 1

Gombak – Sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang pimpinan yang memangku jawatan didalam Exco Kerajaan Negeri/Adun Gombak Setia untuk meluangkan masa bersama rakyat. Tidak kira dimana sahaja undangan pasti akan dipenuhi walaupun masa begitu mengcumburi beliau sekeluarga.

Musim cuti sekolah yang hanya tinggal 1 minggu banyak jemputan yang diberi oleh rakyat kepada YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali untuk dipenuhi undangan tersebut.Tetapi itu bukan menjadi penghalang pada beliau untuk memainkan peranan sebagai ketua dalam rumahtangga.

Pembahagian masa yang diberikan oleh beliau untuk keluarga dan rakyat adalah sama rata dan disusunkan perancagan dengan sebaiknya. Pada hunjung minggu jika tiada perkara yang lebih penting beliau pastikan akan turun padang bertemu penduduk dalam menyelesaikan masalah dan lain-lain urusan. Begitulah peranan beliau mainkan bukan hanya mendiamkan diri dengan tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pimpinan pada beliau.

Terdapat 3 jemputan yang dipenuhi pada 20hb Dis, 2009 di kawasan gombak iaitu di Sri Gombak,Tmn Bolton dan Kg Indah Gombak. Selepas memenuhi undangan rakyat beliau dijemput untuk menghadirkan diri didalam menziarahi kematian seorang penduduk di Kg Tengah 1 Gombak iaitu En Sayuti Bin Jalaluddin berusia 23thn. Beliau telah ditimpa musibah kemalangan ketika hendak menuju ke Serdang untuk akad nikah. Tetapi Perkahwinan yang diharpakan berpanjangan belum sempat diijab kabulkan mangsa telah ditimpa musibah dengan Kemalangan yang menimpa beliau berpunca daripada sebuah lori yang terbabas dengan melanggari kenderaan yang dinaiki oleh beliau. Beliau meninggal di Jln Kuching. Hanya selamat adalah sahabat beliau iaitu Mohd Arif yang mengalami cedera ringan.

Kunjungan YB Dato’ bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia yang diiringi oleh En Omar dengan ucapan Takziah pada keluarga mangsa semoga sedikit sebanyak memberi penghormatan pada arwah dan keluarga si mangsa.

KOLEKSI FOTO

Majlis perkahwinan di Sri Gombak

Majlis perkahwinan di Tmn Bolton

Majlis perkahwinan di Kg Gombak Indah

Ziarah kematian di Kg Tengah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: